Salam 3 Rejab 1439h
Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.
Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalan kaum muslimin, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju syurga.
Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.
Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.
Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak-anak mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kuburmu.
Kredit : Salman Al-Audah
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU BERBUAT KEBAIKAN SAMA SEKALI, MAKA TAHANLAH TANGAN DAN LISANMU DARI MENYAKITI.... SETIDAK2NYA ITU MENJADI SEDEKAH UNTUK DIRIMU.
Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata:
*رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ*
“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya.Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya”
Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda
« *لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ* ».
“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya) bertemudengan saudaramu dalam keadaan tersenyum"...
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian,Wassalam..
1 Comments
In syaa Allah
ReplyDelete