BILA DATANG LAMBAT..

Assalammualaikum wbt.
Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawan sekolah.

Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.
Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.

kredit : apisv2.com

Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.
TAPI...

Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhir, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..

Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hamba-Nya..
(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

5 Comments

  1. Tapi ramai yang masih lupa dengan kemurahan Allah. Malah ada yang tidak mendirikan solat.

    ReplyDelete
  2. lewat datang solat berjemaah, jumlah rekaatnya tetap sama.
    Lewat datang kerja, dah kira curi masa.

    ReplyDelete
  3. Ya benar tu...kasihnya Allah pada kita kan yaya...tp kita je kdg2 leka dengan duniawi ni hmmm

    ReplyDelete