Tuesday, 20 March 2018

RESEPI : PUDING KASTARD TIRAMISU

Assalammualaikum wbt.
Salam 2 Rejab 1439h

Hari tu time BLOGWALKING ternampak 1 resepi yang 'cam best' kat blog Cik CL ni..nampak macam senang nak buat je apalagi, siap sedia la dengan bahan-bahan nya..Tapi Yaya ada tukar sedikit bahan dari resepi asal.

Sumber : Encik Google
Bahan bahan :

-1 tin susu pekat
-1 tin susu cair
-3 sudu makan gula
-10 sudu makan tepung kastad
-Air (sukAtan sebanyak 5 tin susu yang kita guna tadi)
-1 paket biskut Tiger Coklat
-Milo
-Garam (secubit)

Cara cara :

1. Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana.
3. Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. Tabur milo kemudian biskut marie.
4. Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Tapi Yaya ni sejenis yang kurang sabar. Lepas siap, buh letak dalam peti sejuk bahagian sejuk beku atas tu..haaa cepat sikit.hahaha tapi for much better taste memang elok biar lelama @ semalaman dalam peti sejuk (bahagian bawah,ye), biar dia keras sedikit. Tapi makan lembut-lembut gitu pun ok je. Nama pun puding kan. ^,^
6. Lapisan yang terakhir atas tu ikut korang la nak biar kosong ke, nak tabur milo ke, nak buat macam Yaya tu ke,terpulang..ikutlah kreativiti @ tahap kerajinan korang..hehe

Taraaa..siap daa!yeaa!

Mengapakah rupanya tidak seperti gambar yang diatas tu??wuuuu >,< Tapi tidak mengapa. Walau rupa tidak berapa nak serupa dan tak tahu juga rasa sebenar TIRAMISU tu bagaimana, hasilnya sedap je. Masuk perut ok je takda sakit perut pun lepas tu..haha

Ok. Lepas ni cari resepi untuk buat kek TIRAMISU pula.nyum3...korang ada tahu resepi KEK TIRAMISU yang senang tak? Meh share dengan Yaya. Nak try buat bila ada kelapangan nanti. =) Terima kasih in advance ye.. =D

Sekian, Wassalam =)

3 comments:

Sponsor