Salam 1 Rejab 1439h
Di bawah ni adalah perkongsian peringatan dan juga pengajaran untuk kita semua. Selamat membaca,ye =)
======================================\\//===================================
Entah kenapa malam tu, gagah pula diriku untuk berhenti di tanah perkuburan ini.
Setelah parking dan mematikan enjin kereta, sengaja aku mendiamkan diri kerana ingin mendengar kalau kalau Allah izinkan telinga ini mendengar suara suara ahli kubur.
Apabila aku buka sahaja pintu kereta, Ya! kedengaran amat jelas sekali suara manusia "melalak", bukan suara ahli kubur tetapi suara seorang pakcik yang sedang asyik "melalak" berkaraoke dikedai makan yang tidak sampai 100 metre dari tanah perkuburan ini.
Sebenarnya sesiapa sahaja yang akan melalui tanah perkuburan ini, mesti akan melalui sebuah kedai makan yang sememangnya menjadi "favorite port" bagi "golongan senja" untuk berkaraoke.
Tiap kali aku melalui kedai tersebut akan aku buka cermin tingkap sambil aku curi curi lihat gelagat mereka yang asyik sangat berkaraoke. Lelaki perempuan bercampur. Dan yang pastinya mejoriti pengunjung kedai makan tersebut adalah "golongan senja".
Selalu aku berfikir, kalaulah ada ahli kubur yang berdekatan kedai mereka berkaraoke itu sedang diazab oleh Allah, dan kedengaran pula jeritan dan tangisan mereka dengan kuat, pasti tidak ada lagi yang ingin meneruskan aktiviti lagha seperti itu.
Rasulullah SAW pernah berpesan "Dulu aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kubur, tetapi sekarang ziarahilah" (HR Muslim)
Apakah tujuan Rasulullah SAW menyuruh kita menziarahi kubur kalau bukan untuk diambil peringatan dan pengajaran.
Nah! jika perkuburan itu tidak diendahkan peringatan dan pengajaran yang ada padanya, alangkah ruginya kita.
Guru pernah berpesan kepada kami "Umat islam wajib takut akan ancaman ayat Allah dari surah Al Baqarah ini :
Ø®َتَÙ…َ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙ‰ٰ Ù‚ُÙ„ُوبِÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ٰ سَÙ…ْعِÙ‡ِÙ…ْ ۖ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ٰ Ø£َبْصَارِÙ‡ِÙ…ْ غِØ´َاوَØ©ٌ ۖ ÙˆَÙ„َÙ‡ُÙ…ْ عَØ°َابٌ عَظِيمٌ
[Surat Al-Baqarah 7]
Maksudnya:
"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar"
Ayat ini menerangkan tentang adanya golongan yang Allah telah tutupkan hati, penglihatan dan pendengaran mereka sehinggakan tidak lagi mereka dapat menerima sebarang peringatan dan pengajaran yang boleh menyelamatkan diri mereka didunia dan diakhirat. Na'uzubillah!
Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari cerita di atas. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Kredit photo : iluvislam.com
Sekian,Wassalam..
0 Comments