Assalammualaikum wbt.
Salam 17 Jamadilakhir 1439h
Dah pernah merasa or masak sendiri ikan masak butter (fish butter)? Selalu biasa dengar or makan ayam masak butter (chicken butter) kan..hehe Yaya memang sengaja tukar dari ayam kepada ikan. Ada sebab. Sebenarnya ini adalah 1st time nak buat ikan masak butter ni. Kiranya percubaan pertama la.haha. Yaya tinggal dengan family. Jadi ada sedikit kerisauan disitu dari segi rasa dan rupa.. =p Yaya tak makan ayam, lebih suka ikan (lagipun ikan rendah kalori berbanding ayam). So, let say if percubaan pertama ni gagal, at least Yaya boleh sumbat dalam perut Yaya sorang. Takdalah membazir tidak dimakan, kan. Tapi Alhamdulillah. Tak sangka pula resepi menjadi. Sedap ya'mat! (kenala angkat bakul sendiri, siapa lagi nak angat kannn..pandai masak juga rupanya Yaya ni,..haha =p) Nyesal pula buat sikit..haha tapi family lain ada makan juga la dan memberi komen yang baik..boleh la Yaya buat lagi lepas ni.Nyum nyummm!
Yaya nak share juga resepi ni dengan korang untuk mana yang belum pernah cuba buat or makan. Resepi Yaya ada tukar sendiri disebabkan kekurangan bahan. Tapi walaupun kekurangan bahan dan tak sama dengan resepi asli, rasanya memang sedap, cukup rasa!
RESEPI IKAN MASAK BUTTER (FISH BUTTER)
Bahan bahan:
1 keping isi ikan (fillet fish) - potong kecil
2 sb butter
1 cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese (Yaya guna 2 keping)
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai (Yaya terlupa nak beli susu cair...haha jadi tukar kepada susu tepung 2 sb je, tapi mengikut sukatan yang sama (230-250ml)
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal (Yaya letak MAGGI SECUKUP RASA)
Garam
Serbuk lada hitam
Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb gula
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 biji telur
Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam (tapi yaya terlebih 2 jam..haha). Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
Masukkan Knorr chicken powder (atau MAGGI secukup rasa), serbuk lada hitam, garam dan gula.
Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula. Dalam masa yang sama,rasalah masakan tu samada cukup rasanya atau tidak. Mana yang terkurang or terlebih tu pepandai la kome adjust ye..hehe.
(Kredit resepi asal : Azie Kitchen)
SELAMAT MENCUBA!
Sekian,Wassalam =)
7 Comments
wah
ReplyDelete1st time dengar fish butter
mesti sedap nih
mak aii..sdapnya..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah.mmg sedappppp
Deletenmpk pun sedap yaya..sy terbyg kn bila pekena dgn nasi pns fuhhhh
ReplyDeleteuii berdouble triple kesedapan nya..haha
Deletesedapnya.tak pernah lagi cuba guna ikan.sebelum ni masak macam ni guna ayam dan sotong jee.tengok pun dah terliur kena cuba nanti
ReplyDeletebtw kita baru first time singgah sini terus follow hehe
jangan.xelok sbenarnye guna ikan..huhu
DeleteSUSU + IKAN tu kombinasi kurang ssuai sbnrnye.yaya yg gatai p cmpur..huhu