SEGMEN #KBBA9: 10 TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR UNTUK KELUARGA

Assalammualaikum wbt.

Tahukah anda, KUALA LUMPUR merupakan antara salah satu kawasan/tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga, para pelancong dari dalam mahupun luar negara. Begitu banyak taman dan pusat-pusat negara yang boleh dilawati dan pastinya akan menarik minat ahli keluarga yang berkunjung ke KUALA LUMPUR ini. Dibawah ini Yaya kongsi dan senaraikan antara tempat menarik yang anda boleh lawati bersama keluarga tersayang.


1) MENARA BERKEMBAR PETRONAS (KLCC)
Jika ke Kuala Lumpur, memang TIDAK SAH jika tidak singgah ke Menara yang tertinggi di Malaysia ini. Merupakan antara mercu utama dan tarikan pada pelancong yang datang samaada dari dalam mahupun luar negara.

Antara tarikan pelancong didalam dan juga yang berdekatan dengan KLCC ini adalah:

Suria KLCC
Pusat membeli-belah mewah ini ada lebih dari 270 kedai untuk anda cuci mata (kalau poket kurang kencang) atau beli belah (kalau GST bukan halangan). Medan seleranya pula penuh dengan makanan antarabangsa.

Taman KLCC
Berdekatan menara ini ada taman dilengkapi kawasan permainan kanak-kanak, air pancut, kolam randuk dan trek jogging.

Aquaria
Akuarium bertaraf dunia ini boleh dilawati melalui terowong pejalan kaki di tingkat bawah KLCC. Berani 'bermain' dengan jerung? Beli pakej Menyelam Bersama Jerung ( Dive With The Sharks).

Petrosains
Pusat penemuan sains bergelar Petrosains yang luas ini ada macam-macam objek interaktif. Ini termasuklah kereta lumba Formula 1, pelantar minyak dan simulator helikopter.

Dewan Filharmonik Petronas 
Di sini juga anda boleh menikmati persembahan klasik atau jazz di dalam sebuah dewan bertaraf dunia dengan kapasiti 865 tempat duduk.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Terletak beberapa minit berjalan kaki dari KLCC. Ia merupakan pusat untuk konvensyen, pameran perdagangan dan pameran awam.

Melihat Kuala Lumpur dari Skybridge
Jika harga tiket yang mahal bukan masalah, anda boleh ke Skybridge KLCC.


2) PETROSAINS
Petrosains ini bukan saja muzium interaktif untuk kanak-kanak paling canggih, tapi juga paling besar dan paling hebat di negara ini. Bezanya di muzium ini, anda boleh pegang, sentuh dan main kebanyakan bahan pameran. Dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1. Semunya anda boleh buat di bawah satu bumbung.

Tips Pada Anda:
- Pintu masuk Petrosains ialah di Aras 4, Pusat Beli Belah Suria KLCC.
- Anda boleh menempah tiket anda terlebih dahulu.
- Elakkan lawatan pada musim cuti sekolah. Menunggu dalam barisan untuk ke dalam dan keluar dari Petrosains boleh mengambil masa satu jam.
- Walaupun pintu masuknya kelihatan kecil, ruangan dalam Petrosains luas. Dan banyak model interaktif untuk si kecil anda teroka. 

Harga Tiket Petrosains
Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma

                                Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM) Warga Emas (RM)
Warganegara          20                  8                            10
Pelancong Asing 30                 18                           15


3) TAMAN BURUNG KL
Lokasinya di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Kawasannya dalam sangkar burung yang dibuat dalam hutan hujan tiruan. Bersaiz, 20.9 ekar. Dan burung-burung ini adalah burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia.

Bila sudah ke sini, jangan lupa jenguk ‘superstar’ taman ini. Antaranya ialah Merak Biru India dengan ekor warna warninya sepanjang 5 kaki, merpati Crowned yang besarnya sudah sebesar ayam belanda, burung kakak tua Pesquet yang hampir tak wujud lagi di dunia dan burung Congo Afrika Grey Parrots — dikenali sebagai spesies nuri yang paling pandai di dunia.

Harga Tiket Taman Burung

                              Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM)
Warganegara          27                 13
Pelancong Asing    67                  45


4) AQUARIA KLCC
Antara tarikan utama Aquaria ini termasuklah terowong air 90 meter dengan travelator bergerak. Di sini, anda boleh berdiri sahaja seperti eskalator mall. Dan anda akan boleh melihat ikan jerung Sand Tiger, ikan pari gergasi Arapamia sebesar 10 kaki, juga penyu dan hidupan laut lain berenang di sekitar replika kapal karam Royal Nanhai.

Jika anda mahukan lebih aksi, anda boleh membeli pakej Dive With the Shark (Menyelam Bersama Si Jerung) atau pakej Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar). Kedua-dua pakej ini membolehkan anda menyelam ke dalam kolam Aquaria dan melihat pemangsa-pemangsa ganas taman aquarium ini dengan serapat mungkin.

Harga Tiket Aquaria KLCC
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

                             Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM) Warga Emas (RM)
Warganegara        49                  39                          39
Pelancong Asing 69                  59                          49


5) MASJID WILAYAH
Kapasitinya 17,000 orang. Jadi jangan takut sesak, melainkan waktu sembahyang Jumaat. Hebatnya masjid ini sebab ia bukan sahaja cantik, tapi lengkap dengan dewan, kelas bimbingan kursus kahwin sehinggalah bilik inapan.

Jadi jika anda sudah berkunjung ke Kuala Lumpur, datanglah ke sini untuk solat berjemaah. Keindahan dan amannya rasa di dalam masjid ini pasti menarik anda untuk datang lagi.


6) MUZIUM KESENIAN ISLAM
Dibina oleh hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari, muzium seni Islam ini bukan sahaja yang terbesar di Asia Tenggara. Tapi dianggap sebagai muzium terbaik di Malaysia.

Terletak di Taman Tasik Perdana, muzium yang serius mendamaikan ini ada lebih 7,000 artifak dan sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.

Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid-masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari anda. SubhanaAllah. Rasa teruja pula bila mendengar. 

Tips Muzium
- Kunjungi Bilik Uthmaniyyah – seni dalaman bilik Uthmaniyyah bertarikh 1820 – 1821 Masihi yang dibina semula. Lihat juga Galeri Senjata dan Perisai.
- Jika ada lebih bajet, makan tengahari di restoran Arab di muzium ini. Restoran makanan Arab di sini telah dinobatkan sebagai Restoran Timur Tengah Terbaik oleh Jurnal Halal Mihas pada tahun 2005/2006.
- Masjid Negara dan Muzium Polis terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari muzium ini. Anda boleh melawat dan bersolat berjemaah di Masjid Negara selepas kunjungan ke muzium ini dan tahan teksi untuk pulang ke hotel dari situ.

Tiket Masuk
Kanak-kanak berumur 6 ke bawah: Percuma

                              Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM) Warga Emas (RM)
Warganegara         14                  7                            7
Pelancong Asing    14                  7                            14

Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 10pg – 6ptg

Kredit : Ikhlasul Amal

7) PASAR SENI

Bila sudah di sini, anda boleh shopping pelbagai jenis cenderamata. Ada kraftangan, barang pewter dan songket hinggalah ke batik dan ukiran kayu Borneo.

Kalau tak mahu membeli, anda juga boleh duduk menonton tarian tradisional secara percuma di pentas luar Central Market. Cuma, anda kena datang pada masa yang sesuai.

Jika anda datang ke sini dengan perut kosong, ada food court di tingkat atas. Kaki kek boleh ke Secret Recipe, pengunjung bukan Islam boleh santai-santai di Old Town Kopitiam dan mereka yang mahu layan masakan tradisional Melaka boleh cuba masuk ke Restoran Precious.

Tips:
- Harga cenderamata di Pasar Seni selalunya lebih tinggi dari harga pasaran. Jangan lupa tawar-menawar untuk mendapat harga terbaik.
- Kedai kasut di tingkat bawah (lot G-37) adalah milik anak didik tukang kasut legenda, Datuk Jimmy Choo. Pemiliknya ada dua jenama kasut yang berasaskan batik dan songket.
- Jalan Petaling cuma 5 minit berjalan kaki dari Central Market. Selalunya sesak pada waktu malam, pasar barangan tiruan ini terkenal dengan jam tangan, kaca mata, minyak wangi dan cakera padat cetak rompak.

Kredit : Robert M

8) SKYBRIDGE KLCC
Kalau anda mahu merasai dan melihat sendiri gayat atau tidak berjalan di sini, bolehlah beli tiket Skybridge KLCC ini. Ya, boleh kalau anda mahu lihat Kuala Lumpur dari jambatan Menara Berkembar KLCC ini. 

Tapi ini beberapa fakta yang anda perlu tahu iaitu tiket adalah amat terhad. Hanya 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari. Anda perlu berbaris/menempah untuk mendapatkan tiket sebelum 8:30 pagi kerana tiket selalunya habis sebelum pukul 11 pagi.
Tempat mendapatkan tiket ? Anda boleh beli secara terus di Concourse Level, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC atau dengan pembelian secara atas talian (online) di laman web rasmi mereka (https://www.petronastwintowers.com.my/).

Harga tiket Skybridge

                             Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM) Warga Emas (RM)
Warganegara        30                  15                           15
Pelancong Asing 85                  35                           45


9) THE COOKING HOUSE
Di sini anda dan keluarga boleh mempelajari seni masakan — dari masakan Barat dan kek gulung hinggalah kepada sajian lengkap keluarga. Yang lebih hebat lagi, guru-guru anda bukan orang sembarangan.

Di sini, anda bakal diajar oleh chef-chef terkemuka seperti Florence Tan yang sering muncul di TV3 dalam program masakan Nyonya sehinggalah ke Johari Edrus, iaitu juri program masakan Masterchef Malaysia.

Mereka dibantu oleh barisan chef-chef terkemuka lain yang mempunyai pengalaman di hotel-hotel antarabangsa seperti Chef Shokri (Palace of the Golden Horses) dan Chef Collin (Park Royal KL).

Harga Kelas bermula dari RM30 bergantung kepada jenis kelas.


10) PUSAT PELANCONGAN MATIC
Pejabat pelancongan ini mempunyai restoran, pondok polis 24 jam, ejen pelancongan, kaunter maklumat pelancong, pengurup wang, mesin ATM serta persembahan kebudayaan setiap hari.
Antara kemudahan di Matic ini adalah Kedai Karyaneka yang mempunyai pelbagai koleksi barangan kraftangan dari pelbagai etnik dan budaya di Malaysia. Pelancong boleh ke sini untuk membeli batik berkualiti tinggi yang dilukis di Malaysia, bakul rotan, sumpit, ukiran kayu Sarawak dan barangan perak buatan Kelantan.
Kaunter maklumat juga diuruskan oleh pembantu pelancong yang berpengalaman. Anda boleh meminta nasihat dan bertanya tentang pengangkutan, penginapan dan perjalanan anda sepanjang di Kuala Lumpur.

Pertunjukan kebudayaan dan persembahan tarian tradisional diadakan 4 hari seminggu.

Selasa, Rabu dan Khamis pada 3:00 ptg – 3:45 ptg
Sabtu pada 8:30 mlm – 9:15 mlm di Auditorium Mini.

Dewan ini boleh menampung 140 orang dan bayaran masuk hanya RM 5.00 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun umur.

Oh ye, mungkin ada yang tidak tahu baru-baru ini juga kami iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari telah menimba ilmu fotografi di Bengkel Fotofon Bersama SONY Dengan Kerjasama MATIC dan COSMODERM yang berlokasi di MATIC ini sendiri. Banyak ilmu yang kami dapat melalui bengkel ini. Terlalu panjang untuk diceritakan pengalaman hebat ini. Anda boleh lihat bagaimana bengkel ini berlangsung dengan lebih terperinci di SINI.
(Sumber : jomjalan.com.my)

Ok. Itu sahaja yang Yaya ingin kongsikan dengan anda semua. Harap sedikit sebanyak dapat membantu bagi yang sedang merancang untuk berjalan-jalan di sekitar bandaraya KUALA LUMPUR bersama dengan orang tersayang. 

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

4 Comments