KENAPA ENGKAU TIDAK MENGENALKU WAHAI RASULULLAH ?

Assalammualaikum wbt.
Salam 14 Jamadilakhir 1439h


Ada seorang laki-laki yang lupa membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Lalu pada suatu malam dia bermimpi melihat Rasulullah SAW tidak mau menoleh kepadanya,dia bertanya,
“Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?”Beliau menjawab, “Tidak.”

Dia bertanya lagi,
“Lalu sebab apakah engkau tidak memandang kepadaku?”

Beliau menjawab,
“Kerana aku tidak mengenalmu.”

Laki-laki itu bertanya,


“Bagaimana engkau tidak mengenaliku, sedang aku adalah salah satu dari umatmu?

"Para ulama meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali umatmu dibanding seorang ibu mengenali anaknya?”

Rasulullah SAW menjawab,


“Mereka benar, tetapi engkau tidak pernah mengingat aku dengan selawat. 
Padahal perkenalanku dengan umatku adalah menurut 
kadar bacaan selawat mereka kepadaku."

Terbangunlah laki-laki itu dan mengharuskan dirinya untuk berselawat kepada Rasulullah SAW, setiap hari 100 kali.

Dia selalu melakukan itu, hingga dia melihat Rasululah SAW lagi dalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut Rasulullah SAW bersabda,


“Sekarang aku mengenalmu dan akan memberi syafa’at kepadamu.”

Ini semua kerana orang tersebut telah menjadi orang yang cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyak selawat kepada beliau.

Maka barangsiapa yang ingin dikenali oleh Rasulullah SAW, 
hendaklah dia memperbanyak bacaan selawatnya..
- Al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Ghazali RA -

‎أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَةً

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada setiap Juma’at. Kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jum’at. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti.” 
(HR. Baihaqi - Sunan Al Kubro)


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.


Wassalam...=)

Post a Comment

2 Comments