BERGAUL DENGAN BUKU

Assalammualaikum wbt.


Jika mahu kenal buku, jangan semata-mata lihat tajuk dan rupa luarannya. Tetapi periksa daftar isi kandungan di dalamnya. Ia memberi gambaran kasar yang menyeluruh, apakah isi sebenar yang dipersembahkan oleh sesebuah buku.

Jika mahu kenal pemikiran penulis buku, jangan sekadar melihat biodatanya. Tetapi periksa buku rujukan yang disenaraikan oleh penulis. Lihat nota kaki atau nota hujungnya. 

Teman yang tidak rugi digauli adalah BUKU. Biar berhabis duit membeli buku. Walaupun hari ini kita tidak membacanya, sampai satu ketika kita pasti memerlukannya.


Pentingnya amalan membaca hingga Allah SWT mulakan wahyu dengan perintah membaca di dalam surah al-'Alaq. Begitu juga pentingnya menulis, hingga Allah menyebut hubungan ilmu dengan pena di dalam surah yang sama.

Apabila kita banyak membaca, kualiti bahasa bahan bacaan yang kita baca pasti akan mempengaruhi tulisan kita. Justeru amat berbeza antara bahasa tulisan orang yang membaca dengan yang kurang membaca. Setuju atau tidak?

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.


Selamat berpesta buku =)
Wassalam...=)

Post a Comment

2 Comments

  1. hhehheh.. ain ni rupanya dah lama tak membaca ..hmm..

    ReplyDelete
  2. Buku kesukaan Sha.. perkongsian yang ohsem Yaya..

    ReplyDelete