MOVIE REVIEW : KL SPECIAL FORCE

Assalammualaikum wbt.
Salam 24 Jamadilakhir 1439h


Pertama kali selepas 2 ke 3 tahun mungkin Yaya tengok movie melayu ni. Memang tak ingat langsung apa last movie melayu yang ditonton di pawagam kali terakhir yang lalu. Boleh nampak tak bagaimana keadaan disini.haha. Jadi atas sebab apa pula Yaya melangkah kaki ke pawagam untuk melihat movie melayu ini? Pengaruh? YA! Diri sudah berjaya dipengaruhi oleh rakan-rakan alam maya ini untuk pergi menonton filem ini. Rata-rata ramai yang mengatakan filem ini hebat. Setara dengan filem antarabangsa atau senang faham, cerita ini lain dari yang pernah ditayangkan di Malaysia sebelum ini. Pendapat Yaya? Sila sambung baca dibawah untuk lihat apa pula pendapat Yaya setelah menonton filem ini pada hari Sabtu malam minggu yang lalu.

Adalah menjadi kebiasaan sebelum pergi menonton sebuah filem di pawagam, Yaya akan lihat terlebih dahulu 'trailer' filem tersebut di laman web. Bila 'trailer' kelihatan menarik, menarik minat untuk menonton filem itu barulah Yaya terus 'booking online' tiket wayang tersebut. Untuk filem 'KL SPECIAL FORCE' ini juga tidak terkecuali. Pada mula lihat 'trailer' filem itu, tiada perkataan yang terkeluar dari mulut. Cuma boleh kata "hmmm...." Well, ada yang faham tak situasi ini?hehe. Maaf jika kata, trailer filem ini tidak menarik minat Yaya untuk pergi menonton. Tapi bila dah selalu 'scroll' IG tu lihat ada feedback yang berpuas hati melihat filem tersebut, Yaya berubah fikiran. Nak tahu juga apa yang best sangat filem ini hingga ada yang bagi rating 10/10.

Sedikit review ringkas mengenai filem ini. Sebuah filem yang berkisar tentang sekumpulan perompak yang sangat dikehendaki oleh pihak polis. Juga antara perompak yang sangat licik apabila hampir semua kawasan rompakan mereka kuasai. Daripada dari segi pengawalan CCTV sehinggalah ke kawalan keselamatan. Ini kerana sebelum mereka memulakan sesuatu rompakan, mereka akan merancang dan meneliti kawasan tersebut terlebih dahulu agar rancangan rompakan mmereka tidak gagal. 

Dan oleh kerana disebabkan fikiran dan tindakan licik mereka itu jugalah, pihak polis sering sahaja gagal untuk menangkap mereka. Namun, kerana tidak tahan terlalu ramai anggota polis yang terkorban dalam misi menangkap perompak ini, banyak juga rancangan licik yang perlu pihak polis lakukan sehingga setiap dari mereka seperti dianggap salah seorang anggota perompak yang bersubahat dalam melaksanakan jenayah rompakan ini.

Samada mereka berjaya atau tidak menangkap perompak dan dalang sebenar rompakan ini, dan adakah benar ada anggota polis mereka yang terlibat, bersubahat dengan perompak ini, korang boleh menonton filem ini dipawagam untuk mengetahuinya.

Pendapat Yaya pula setelah menonton filem KL SPECIAL FORCE ini, dari segi lakonan, para pelakon memang tidak menghampakan lebih-lebih lagi pelakon terkenal yang tidak asing lagi di industri perfileman tanah air kita ini, iaitu Dato' Rosyam Nor. Masih lagi kelihatan hebat dalam lakonan yang beliau bawakan. Kadang cair pula tengok. Haha.(kadang je.. =p) 

Pelakon yang baru meningkat naik, Fattah Amin juga terlihat dapat memberi komitmen yang baik dalam lakonan nya. Syamsul Yusuf pula, tidak perlu rasanya disangkal tentang mutu lakonan nya yang tidak kurang hebat yang juga telah 'menghidupkan' watak dan cerita yang dibawa. 

Mengenai jalan cerita filem ini pula. Hm. Boleh tahan. Cuma cerita terlalu banyak 'berpusing'. Ianya memang sesuatu yang baik jika dapat membuatkan para penonton tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang bersubahat dengan para perompak terbabit. Ini kerana kelihatan semua orang (pihak polis) seperti bersubahat dengan perompak yang paling dikehendaki itu. Entahlah. Nak diulas lebih terperinci, tidak tahu pula bagaimana untuk menerangkan.haha. Tapi pendek cerita, filem ini OK je la. Rating yang boleh diberi untuk filem ini adalah 6.5-7/10 sahaja bagi Yaya dengan taraf 3.5/5 star sahaja.

Antara babak menarik dan mendebarkan didalam filem KL SPECIAL FORCE ini

Baru digandingkan bersama.

Perompak yang paling dikehendaki

Masih lagi 'berbisa' lakonan Datuk Rosyam Nor

Tidak kurang hebat juga, Syamsul Yusuf.


Sesiapa yang hendak menonton filem ini, dipersilakan. Tiada halangan. Ada setengah mata yang menonton memberi komen yang positif dan begitu juga sebaliknya. Lumrah kan. Apa yang kita lihat dan rasa tidak semua orang lihat dan merasai perkara yang sama juga. Tapi boleh dikata sesuatu yang membanggakan untuk filem kita pada kali ini kerana ianya seperti sudah 'naik' satu tangga dari tangga yang sebelum ini. 

Antara barisan pelakon yang menjayakan filem
KL SPECIAL FORCE ini

Semoga pengarah, penerbit dan semua yang terlibat untuk industri perfileman di negara kita ini boleh dan dapat menghasilkan filem dan jalan cerita yang lebih baik dari ini.

Ok, itu sahaja review dari Yaya. Hope sedikit sebanyak dapat membantu korang membuat pilihan samaada mahu pergi menonton atau tidak. Maaf jika ada yang terasa, tersinggung kat mana-mana atas pendapat Yaya ni. Saya memang seorang yang berterus terang. Ni pun sebenarnya da cover sehabis baik dah tau. Huhu

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

2 Comments

  1. Baru tengok jugakk.ehhee.best jugak...bolehla..not bad.....
    Jom join giveaway Nona ! Jemput mariiiiiiiiiiiiiiiiiii~ hehe

    ReplyDelete
  2. Belum pergi tonton.. biasa tunggu masuk Astro dulu hahaha.

    ReplyDelete