MOVIE REVIEW : TOMB RAIDER 2018

Assalammualaikum wbt.

Nampaknya minggu ni ada beberapa cerita baru yang keluar di pawagam,kan. Antara filem yang menarik untuk ditonton ialah TOMB RAIDER.


Bila sebut movie ni for sure ramai yang teringat filem TOMB RAIDER di sekitar tahun 2001 jika tidak salah yang dilakonkan oleh pelakon yang berbibir seksi iaitu Angelina Jolie. Bila teringat filem ini sewaktu dahulu, memang best! Penuh aksi, dengan watak Lara Croft yang pada waktu itu amat tangkas dan kuat membuatkan jalan cerita begitu menarik.


Untuk filem TOMB RAIDER terbaru di tahun 2018 ini, jangan sesekali anda membayangkan jalan cerita dan pembawakan watak yang sama seperti TOMB RAIDER yang terdahulu kerana ianya memang berbeza dari segi watak, dan juga jalan cerita.

Sedikit jalan cerita mengenai filem TOMB RAIDER yang terbaru ini. Lara Croft (lakonan Alicia Vikander) adalah anak gadis kepada pengembara eksentrik (lakonan Dominic West) yang hilang beberapa tahun sebelumnya. Lara yang berharap dapat menyelesaikan misteri kehilangan bapanya, Croft, memulakan perjalanan yang amat merbahaya dan mendebarkan iaitu ke destinasi terakhirnya. Sebuah makam sulit yang berada di sebuah pulau mitos yang berkemungkin berada di luar kepulauan Jepun. Lara tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana untuk menghadapi perkara ini, dia harus berfikiran dengan lebih tajam selain dari berhadapan dengan kepercayaan mitos rakyat Jepun dahulu kala.

Sebuah filem aksi jika tanpa kehadiran 'orang jahat atau bad guy' ini memang kurang menjadi termasuklah filem TOMB RIDER ini. Jalan cerita menjadi lebih menarik apabila mereka berjaya memasuki makam yang bertahun-bertahun mereka mencari yang pastinya ianya hanya demi keuntungan semata tanpa mereka sedari bahawa 'sumber' keuntungan itu sebenarnya datang dari suatu malapetaka.

Antara babak menarik didalam filem ini:








Antara barisan watak dan pelakon utama filem TOMB RAIDER kali ini

Alicia Vikander - Lara Croft

Daniel Wu - Lu Ren

Dominic West - Lord Richard Croft

Walter Goggins - Mathias Vogel

Nak tahu apakah jenis malapetaka itu, adakah mereka (orang jahat) ini mendapat apa yang mereka inginkan dan adakah mereka berjaya keluar dari makam yang terletak jauh didalam dasar gua yang penuh tipu muslihat itu? Korang kenalah pergi menonton filem ini dipawagam ye.


Cuma apa yang boleh Yaya simpulkan disini, jika hendak dibandingkan dengan filem TOMB RAIDER yang terdahulu, filem kali ini kurang aksi dari Lara Croft. Yang mana, Lara yang kita kenali dalam filem sebelum ini adalah seorang yang bijak, seorang yang lasak, penuh dengan aksi tetapi Lara kali sedikit berbeza. Apa yang berbeza tu, Yaya tak nak mention kat sini. Anda lihat dan simpulkan sendiri. Dan secara keseluruhan juga, bagi Yaya filem ni OK la. Tak pula rasa OVER EXCITED masa menonton..huhu. Berapa STAR nak bagi untuk filem ni? 4**** cukup la dengan rating 8/10. Sedikit kecewa dengan Lara Croft kali ini yang membayangkan pasti lebih hebat dari Lara Croft dalam filem sebelum ini.hmm

Ok, hope review Yaya boleh memberi idea aktiviti untuk korang masa musim cuti hujung minggu ni kan. Selamat menonton dan selamat bercuti ye.

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

4 Comments

  1. tak sabarnya nak tengok cerita ni.minat sangat dengan daniel wu tu dari dulu lagi yang dia belakon dengan jackie chan tu

    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan tengok lagi
    cuma bila baca memang ramai cakap benda yang sama
    tak tahu lagi nak tengok ke tak
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya peminat Angelina Jolie. Pelakon berbibir seksi tu. hahaha... Tapi tak minat movie Tomb Rider. Huhuhu... Tomb Rider yang baru pun tak tengok.

    ReplyDelete
  4. Tak berjaya lagi tengok filem ini.. Nampak sangat menarik trailer dia..

    ReplyDelete