TIPS INTERVIEW

Assalammualaikum wbt
Salam Isnin, 27 Rabiulakhir 1439h


Hari ni nak kongsi pula TIPS INTERVIEW @ TEMUDUGA buat yang masih lagi belum mempunyai pekerjaan dan dalam proses mencari. Tips ni berguna untuk korang sebelum korang pergi temuduga di tempat kerja yang bakal korang pergi tu.

Proses pengambilan pekerja adalah satu proses yang lama kerana setiap individu akan dinilai sedalam-dalamnya oleh bakal majikan sebelum diterima bekerja. Bermula dari proses tulis resume dan CV, cara hantar email, cara follow up, sehinggalah dipanggil untuk temuduga, semuanya akan dinilai. Mengikut pengalaman Yaya semua tu adalah prosedur biasa bagi sebuah syarikat yang serius ingin mengambil pekerja untuk bekerja dengan mereka. Teringat Yaya masa mula temuduga kerja dulu. Lepas dari temuduga tu, Yaya email mereka dan follow up. Mungkin mereka merasa yang Yaya serius mencari kerja (eh, memang serius pun...huhu) jadi mereka ambil Yaya bekerja. Itu adalah pekerjaan pertama Yaya di syarikat tersebut. Sebuah syarikat Agen Insurans. Tapi Yaya bukan jual insurans ye, admin sahaja. Buat kerja dalam office gitu. =p

Lama tak lama juga la Yaya bertahan disana. Hampir 3 tahun. Lepas dari tu, Yaya dah mula 'lompat-lompat' tempat kerja sampailah sekarang ni, Alhamdulillah. Diterima masuk dalam salah sebuah syarikat yang agak besar dan punya nama di Malaysia ni. Tahun ni (2018) masuk tahun ke-2. Harapnya akan bekerja disini dalam tempoh waktu yang lama la. Bukan senang nak diterima masuk bekerja ditempat sekarang ni. Plus++ sekarang pun susah nak cari kerja. Graduan lepasan universiti, kolej pun da berlambak..

Walaupun ada pelbagai tips temuduga yang telah dikongsikan, masih ada calon yang mengulangi kesilapan sama dalam memohon kerja. Kali ini kita akan lihat pula tips interview daripada seorang staff yang bekerja dibahagian HR. Walaupun kelima-lima tips ini dianggap sebagai biasa @ common sense, tapi masih ada lagi calon yang tidak 'apply' sewaktu temuduga.

Haihh..korang yang tengah cari pekerjaan tu, tolong hadam ini jika anda serius ingin mencari pekerjaan,ok. =_=


TIPS:
1) Jangan tunjuk sikap malu anda
Walaupun anda memang pemalu habis, tapi tolong la. suara kena la jelas. Tone suara anda mestilah yakin. Practice selalu depan cermin. Maintain eye contact dengan interviewer anda. Kebanyakan candidate, suara tu kalau boleh memang nak simpan sendiri ke apa. dah la perlahan, apa yang disebut pun tak jelas, siap tersekat-sekat lagi.

2) Kuasai bahasa Inggeris
Dah tahun 2018 ni wei, takde alasan kalau korang gagal dalam benda ni. Pelbagai cara nak kuasai English. Dalam internet tu berlambak. Tolong la rajinkan diri anda. Grammar tak perfect, mungkin mereka boleh lah nak kasi chance, tapi kebanyakan yang jumpa, cakap ayat in basic English pun berterabur. Aduhaiii..

3) Jawab soalan dengan details
Bila anda ditanya soalan tu, jangan jawab secara generalized je, Anda bayangkan, yang candidate ada beratus orang, selalunya employer akan tanya soalan yg sama je untuk setiap candidate. Tapi bila semua jawab jawapan serupa bikin, sangat general, mana employer tak tension wei! Setiap soalan yg ditanya tu, employer memang betul2 nak input dari jawapan anda. Kalau general je jawapannya, input pun takde, budak tadika pun boleh jawab macam tu.kan

4) Research mengenai industry/company
YES. Paling penting tapi 99% tak buat benda ni. Anda datang interview tapi anda zero knowledge pasal industry tu. Ni bukan tahun 80-90an. Sekarang info semua ada kat internet. Jika anda setakat google alamat company je, better takyah la apply. Tunjuk la korang punya passion, minat anda terhadap company tu. Macam mana company nak hire, jika basic info pun korang ZERO?

5) Personaliti
Believe it or not, 9 out of 10 candidates yang di interview akan jawab hobi dorang ialah membaca. Kita sekarang tengah interview untuk jawatan pengawas kat sekolah ke apa? Jika betul pun hobi korang membaca, korang langsung la takde effort nak elaborate benda tu. Just jawab sepatah je. Membaca, Come on, guys. Make yourself interesting! Shine your personality! Show them what you got! What differs you from other candidates!

"Saya tak hairan kenapa ramai yang unemployed jika kualiti graduates 
kita memang sebigini rupa..."

Itu kata-kata dari staff hr tersebut. Whoaa..agak pedas kata-kata yang dilontarkan oleh beliau..huhu. Tapi nak buat macamana, dah memang betul pun kan? Kalau masa nak apply kerja pun korang buat main-main dan tak boleh nak score, memang sampai bila-bilalah takkan ada majikan yang nak ambil korang bekerja. Elok la korang berniaga, create company korang sendiri,k..ahaks! Jangan marah ye. Nasihat je. Even nak buka company sendiri,berniaga sendiri, ilmu tu kena ada dan sedikit pengalaman dialam pekerjaan ni. =)

Harap nya buat korang yang tengah mencari pekerjaan, nak pergi temuduga tu, hadam apa yang Yaya dah share ni,ye. Yaya sebagai antara orang yang ada pengalaman beberapa belas kali ntah pergi interview memang amat setuju dengan tips-tips yang diberikan diatas ni. Kalau korang ikut, InsyaAllah peluang untuk diterima bekerja tu lebih 50% tau.

Sekian perkongsian dari Yaya. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri saya sendiri. Wallahua'lam..

Wassalam...=)

Post a Comment

8 Comments

  1. dah lama tak pergi iv, ni nak cari kerja lain nak kena asah balik ni

    ReplyDelete
  2. last iv masa lepas kahwin.Itu yang terakhir dalam kehidupan ina.Hihihihi..

    ReplyDelete
  3. thanks for da tips...sy byk kali failed intvw government..at last, saya give up....mungkin bukan rezeki

    ReplyDelete
  4. Terima kasih yaya sharing info yg bagus ni

    ReplyDelete
  5. So true. Zaman internet ni kalau ada golongan muda cakap "saya x tau" memanglah sakit hati.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian ni =)

    ReplyDelete
  7. sedih bla ada antara yg nk cr kerja ni sambil lewa je psl termuduga. apa dia igt tu pejabat datuk dia ke? belajar tinggi2 tp part sebegini failed

    ReplyDelete