TUNDUKKAN PANDANGAN KAMU

Assalammualaikum wbt
Salam Jumaat 3 Rabiulakhir 1439h.


Macam mana sebenarnya nak jaga pandangan kita ?

Allahu allah. Takkan lah kita nak jalan pandang bawah je , silap silap masuk longkang kite . ye tak ?

Takkan lah nak order makanan kita pandang lain? tapi ckp dengan org tu, nanti org cakap kita gila pulak kan? Nak cakap dengan ustaz atau ajnabi takkan nak pandang tepi, nanti apa pulak org fikir.. psiko ke apa dia ni?



Jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tundukkan pandangan ni ? ha.. jom kita kupas sikit.


Maksudnya ialah jaga pandangan dari melihat perkara-perkara yang tak elok. Benda-benda yang akan menaikkan syahwat kaum lelaki/wanita iaitu perkara-perkara yang mendekati zina dan seumpama nya. 

Contoh kita kata, kita jalan-jalan tetiba nampak lelaki pakai serban, pakai jubah, lepas tu kita 'usha-usha' dia..

"handsome la dia ni" 
"alim la dia ni" 
"bakal zauj aku kot?" haha.

(yang perempuan jangan tipu tidak pernah ada perasaan mcm ni bila tengok lelaki ala-ala soleh gitu kan..hah time ni lah syaitan mula meracuni fikiran kita. Dan masa tu lah kita kena jaga pandangan kita. 



Kalau dah jadi mcm ni nk buat mcm mana?? Pandang lah tempat lain. Bumi ni luas , pandang lah pokok ke, jalan ke, atau something else lah. Daripada kau 'dok' pandang ajnabi, nanti tak pasal-pasal jadi zina hati. Na'uzubillah.



"Habis macam mana pulak kalau kita kena berurusan dgn lelaki ajnabi ?
 Takkan nk pandang benda lain jugak?"

Senang je.Pandanglah dia tapi dengan pandangan yang biasa biasa je. Tidak perlu mata sepet dibulatkan, tambah-tambah dengan eyeliner ala2 arabic korang tu kan. Bahaya bahaya, sambil dalam hati tu zikir banyak-banyak,ok.

Yang lelaki, biasalah kuat mana pun iman mereka, pasti akan kalah pada perempuan. Jadi kita perempuan kena lah sama sama bantu mereka untuk jaga iman mereka , kan? Tu kes jaga pandangan kalau depan mata, kalau yang suka 'stalk' IG / Facebook ajnabi tu pulak camana? haaa. Yang ni ramai ni ^o^ Kata jaga pandangan, tunduk pandangan, tapi yang si soleh follow IG si solehah, yang si solehah follow IG si soleh. Lepas tu mulalah berangan macam-macam. Astagfirullahhhhh. >,<

Silalah unfollow mereka yang menarik perhatian kita. Jangan tipu ye. Dalam banyak-banyak orang yang kita follow, mesti ada 1-2 orang yang kita SUKAAAAAAA sangat tengok.

"tengok je pun, bukan buat apa-apa" kehkehkeh...

Jangan nak bagi alasan. Bukan 'tengok je pun' kalau hari-hari korang 'stalk' dia. Dia tak 'post' sehari kau dah gelisah, gelabah macam cacing kepanasan

"cinta dalam diam la..awak"

Kalau cinta, pergi lah masuk meminang (buat yang lelaki), pergi beritahu dia 


"saya nak nikah dengan awak"

Ada BERANI? Tak berani? Tak sedia??? UNFOLLOW! Korang nak ke bakal zauj/zaujah korang macam perangai korang yang suka tengok lelaki/perempuan lain?

Mesti tak kan...??? ha.. sebelum terlambat, baiki mata kita. Mata ni jendela hati tau!

Sebab tu lah orang cakap, dari mata turun ke hati. nak jaga hati, jaga mata dulu. Kita hadam penjelasan Syaikh Dr Yusuf Qardhawi tentang jaga pandangan ni :

Gadhul bashar (menahan pandangan) bukan bererti menutup atau memejamkan mata hingga tidak melihat sama sekali, bukan pula menundukkan kepala hanya ke tanah kerana bukan itu yang dimaksud. Di samping, hal tersebut juga sulit dilaksanakan. Sebagaimana halnya menahan suara yang diperintahkan Allah dalam firman-Nya:
وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ
“Dan tahanlah suaramu” 
(QS. Luqman: 19)

Bukan bererti menutup mulut rapat-rapat tanpa berbicara sama sekali.

Yang dimaksud dengan gadhul bashar adalah menjaganya dan tidak melepas kendalinya secara liar. Apabila memandang lawan jenis tidak mengamat-amati kecantikannya, tidak berlama-lama memandangnya dan tidak merenung  apa yang dilihatnya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW berpesan kepada Abi bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu:

يَا عَلِىُّ لاَ تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الآخِرَةُ
“Wahai Ali, janganlah engkau mengikuti pandangan dengan pandangan yang lain. Kerana sesungguhnya engkau hanya diperbolehkan pada pandangan pertama, 
sedangkan pandangan berikutnya tidak diperbolehkan” 
(HR. Abu Daud)

Rasulullah SAW menilai pandangan liar dan merenung lawan jenis sebagai zina mata. Beliau bersabda:
فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ
“Adapun kedua mata, zinanya adalah memandang” 
(HR. Muslim)

Beliau menyebutnya dengan “zina” kerana memandang lawan jenis merupakan salah satu bentuk taladzdzudz (bersenang-senang atau menikmati) dan memuaskan naluri seksual dengan cara yang tidak dibenarkan syara’. ha.. panjang lebar tu penerangan tu kan..

Nabi Muhammad S.A.W Bersabda :

"Pandangan Adalah Panahan Beracun Daripada Panahan Iblis . Sesiapa Yang Menundukkan Pandangannya Daripada Kecantikan Wanita Maka Allah Mewariskan Dihatinya Kemanisan Dimiliki Sehingga Hari Bertemu DenganNya"

MasyaAllah... jadi jom sama sama kita jaga pandangan kita :) Semoga Allah bantu kita jaga mata ..

Sekian perkongsian hari ni, mudah-mudahan penyampaian ini masuk ke hati ya? inshAllah. Yang baik semua dari Allah, yang buruk adalah dari kelemahan iman Yaya sendiri. 
Wallahuaklam bissawab....

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

2 Comments

  1. Deep. Memang pernah buat, tapi tak sampai tahap berani nak follow. Tengok gitu je hehee

    ReplyDelete