Monday, 25 December 2017

DAPAT HADIAH KRISMAS?

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ini adalah 25 Disember 2017. Semua pun tahu hari ini adalah hari Krismas. Iaitu hari perayaan bagi kaum yang beragama kristian. Ok. Yaya bukan nak cakap pasal isu agama di sini.huhu. Nanti ada yang kata Yaya 'racist' pula..haha. Kita kan SATU MALAYSIA! Setakat nak 'wish' pada yang menyambut rasanya bukanlah satu perkara yang besar. Betul tak? 

Lagipun Yaya pernah teringat satu ceramah ustaz ni kata (lebih kurang maksud la..), tak salah pun kita nak ucap selamat pada yang menyambut perayaan agama mereka (selain Islam) selagi kita tak buat apa-apa yang melanggar hukum syarak. Cuma sekadar ucapan dimulut semata-mata. Kita bukan sambut, pun kan. Diorang boleh 'wish' kat kita Selamat Hari Raya, Selamat Tahun Baru (maal hijrah), jadi apa salah juga kita beri ucap juga pada mereka. Kan?

Jadi, Yaya nak wish la bagi mereka yang menyambut perayaan Hari Natal @ Krismas dan juga pada korang semua yang bercuti panjang hujung tahun ni. Mesti ramai yang pergi bercuti dan ramai yang balik kampung halaman. Moga perjalanan korang selamat pergi dan balik,ye. Amin.


Nak cakap pasal barang yang Yaya dapat sebenarnya pada hari Jumaat yang lalu. Bukan hadiah dari sesiapa pun hehe. Tapi boleh kira hadiah la juga. Hadiah untuk diri sendiri. hehe ^o^ Barang ni antara barang yang memang Yaya nak + suka sangat. Apa dia?

Antara tambahan untuk koleksi Yaya iaitu, KASUT! haha. Minta maaf pada diri sendiri sebab tak dapat tahan tengok masa sale kat LAZADA..kasut yang macamana? Hm. Kasut jenis macam ni agak femes juga sekarang Yaya tengok. Ada peniaga yang jual murah, ada yang jual mahal. Ada yang ORIGINAL dan ada juga yang FAKE. Kalau jenis Yaya ni, kasut beli yang murah dan termampu je la. 

Dan sebelum ni,kasut yang Yaya nak ni, Yaya perhatiiiii jekk..nak beli fikir 2-3 kali..haha Bukan pasal tak mampu ke apa tapi bila memikirkan kasut ni shipping dari luar negara iaitu China, dan mengambil masa 2minggu untuk sampai ke Malaysia, tu yang membuatkan Yaya terbantut rasa nak beli. Sebab Yaya bukan jenis suka menunggu barang yang beli online ni. Kebanyakan kasut Yaya beli online jenis yang memang sedia ada stok kat Malaysia ni. Tapi entah macamanalah kali ni boleh berSABAR pula untuk beli kasut ni. Bukan sepasang, tapi 2 pasang pula tu dan Yaya pilih untuk membayar secara CASH ON DELIVERY (COD). Dapat barang baru bayar. Yela, kita kena berhati - hati bila membeli barang secara dalam talian (online) ni. Buatnya bayar tapi barang tak sampai-sampai..tak ke haru dibuatnya >,<. Alhamdulillah sepanjang Yaya beli belah online ni takda lagi kejadian seumpama itu berlaku.

Nak tengok kasut yang Yaya minat sangat tu? ^_^ Mana tahu lepas tengok korang pun terpikat nak beli juga. Hehe.

PINK color tuuuu weee =p

White color...paling susah dijaga..lol ^o^

Amacam..ok ? Cun tak cun? Bunga ros tu yang paling mahal tu haha.. Ada banyak juga jenis kasut sneakers bercorak macam ni tapi corak lain la. Murah je kalau beli kasut dari China ni. Yang Yaya beli ni pun baru harga RM25+ sepasang. FREE SHIPPING pula tu. So, agak berbaloi jugak la kalau tunggu.

Yaya beli / order seminggu yang lepas. Estimate dia sampai patut dalam 26hb keatas macam tu (2minggu dari tarikh Yaya beli/order), tapi agaknya seller pun agak 'budak' ni nak beli untuk perayaan Krismas kot tu yang dia hantar cepat. Hahaaha Tapi ok lah jugak kan, sampai awal..seminggu je. Time cuti ni pergi jenjalan boleh la pakai sokmo..huhu. Ni pun rasa cam nak beli lagi sepasang. Kat LAZADA jual ada 3 kaler. Hitam, Putih dengan Merah jambu tu. Yaya da beli 2, so..lepas ni amik hitam la pula..haha adei..gile sneakers dah Yaya ni..kat umah dah bertingket-tingket ^o^ Ibu Yaya tengok pun geleng kepala... =p

Ok. Saja nak habaq tu je sempena perayaan hari Natal ni kan...heee. Show Off!! =p Jom la kita beli kasut together-gether yooo..sesekali jadi girl hipster + rasa muda skit kan...xsalah..haha =p I is memang muda pun..wahaha statement tak bole bla..Jangan ada yang muntah ok.

SELAMAT BERCUTI SEMUA!
*Jom jenjalan....=)*

Sekian, Wassalam

5 comments:

  1. Cantik! Hari tu IQ try jugak ushar tapi sebab IQ dah ada senakers...xjadi beli

    ReplyDelete
  2. wowwwwww...cantik ni! trend skrg ni kan..

    ReplyDelete
  3. cantikyer kasut. kebetulan ada shopping baucer LAZADA, nak tiru beli kasut sama boleh. hehe

    ReplyDelete
  4. boleh bg link utk kasut ni? tgh cari jugak.

    ReplyDelete

Sponsor