Tuesday, 26 December 2017

RESEPI : BUBUR KACANG HIJAU TANPA SANTAN

Assalammualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ni Yaya suka sangat minta ibu Yaya buatkan bubur kacang hijau dengan serawa durian. Boleh dikata seminggu sekali mesti adalah bubur kacang hijau atau serawa durian. Sampai naik panas dalam badan ni makan. huhu. Tak tau pasai pa ntah. Maybe sekarang tengah musim kan, lepas tu ibu Yaya buat sedap gilerrr lak tu..hehe Da macam mengidam dah Yaya ni.

Tapi kalau tanya ibu Yaya, mana lagi senang buat, bubur kacang atau serawa, ibu Yaya akan kata serawa durian la senang buat. Sekejap je dah siap. Yang bubur tu pula kena rendam dulu bagi dia lembut sikit, lepas tu nak kena rebus lagi bagi kacang tu hancur sikit baru siap.haha. Memang proses yang agak lama di situ.

Bila difikir balik bubur kacang hijau ni..memanglah sedap. Tapi kalori agak tinggi juga, ditambah dengan bubuh santan lemak berkrim disukai ramai..boleh kembung perut juga dibuatnya kalau selalu makan ni..haha. So cari alternatif lain yang lebih sihat tapi tetap boleh makan bubur kacang tu. Kalau bab serawa durian tu memang tak boleh nak ditukar la..memang kena bubuh santan baru ade rasa serawa tu, tak tahulah kalau tukar lain (tak letak santan) akan jadi rasa apa. 

Yaya rasa bubur kacang hijau tanpa santan ni masa kakak Yaya buat. Mula rasa, sedap juga. Tanyalah dia pasal bubur tu dan memang dia kata takda letak santan (sebab malas beli =_=). Disebabkan Yaya suka bubur kacang hijau ni, dan da kerap sangat minta ibu or kakak Yaya buatkan, jadi Yaya rasa lebih baik Yaya belajar sendiri buat macamana. So next time senang. Rasa teringin buat sendiri je. Tak ya dah minta orang buatkan. hhu. So, Yaya minta resepi kat kakak Yaya. Dia kata takda resepi. Main masuk @ campak je dalam periuk tu. hmmm biaq betui hang ni..adei. saja ja.Tapi paksa juga kakak ajar cara nak masak.hehe So jadilah resepi campak2 kat bawah ni.. =p

BUBUR KACANG HIJAU TANPA SANTAN

Macam banyak air tapi tak pun. 
Kacang bertimbun kat bawah nun..haha =p

**Perkara pertama yang korang mesti buat adalah baca BISMILLAH.Moga bubur menjadi..hehe. dan seterusnya sila lah masak dengan penuh kasih sayang ye. Nanti yang tak sedap pun boleh jadi sedap..haha. Betul.percayalahhh =D

Bahan-bahan:

- Kacang hijau 1 paket (Yaya beli kat 99 Speedmart je. Rasanya lebih kurang dalam 500gm+ kot)
- Gula merah (1 paket-500 gm tapi Yaya guna lebih kurang dalam 3/4 dari paket tu jugaklah. Yang ni mengikut tahap manis macamana yang korang nak)
- Garam
- Air masak (secukupnya. Bergantung banyak mana kacang hijau yang korang masak. Mengikut kakak Yaya, 1 cawan kacang tu lebih kurang dalam 5 cawan air.)
- 1 tin susu pekat 
- Tambahan : biji sagu + daun pandan untuk lebih UMPHHH! ^o^

Cara-cara:

1. Rendam kacang hijau selama beberapa jam atau semalaman.
2. Rebus kacang hingga lembut. Macamana nak tau dah lembut or belum, korang rasalah sendiri kacang tu.haha
3. Bila dah lembut, masukkan 1/2 sudu kecil garam.
4. Masukkan pula gula merah. Masukkan gula sikit-sikit sambil korang rasa nak tahap kemanisan ang macamana. Kalau tak nak terlalu manis buh sikit, kalau nak tahap potong kaki tu buh je sepeket teruih..haha =p
5. Bila da masukkan gula, masuk pula susu pekat. Yaya guna lebih kurang 3/4 tin susu tu.

**Susu adalah pengganti kepada santan. Jadi kalau nak pekat, bubuhla banyak sikit susu tu. Yang gula merah tu pula pengganti untuk gula putih tu. Tengok tahap kemanisan yang macamana korang nak.

Tambahan:
If ada campur sagu, masukkan sagu tersebut bila kacang dah lembut. Sebab nak masak sagu ni tak perlu ambil masa yang lama pun. (Tapi masa Yaya masak ni takda buh sagu.)

Lepas siap masuk semua bahan, sekarang masa untuk korang tunggu je la. Tengok kacang dah cukup lembut and hancur or tak, tahap manis dan pekat tu ok or tak bagi korang. Puas hati, DONE! Siap dah.

Macam biasa nampak je 'kole' gini kannn ^o^'

Boleh buh dalam bekas or cawan dan masukkan dalam peti sejuk (kalau nak makan sejuk-sejuk la) Yaya suka dia keras sikit. Jadi masukkan dalam cawan macam dalam gambar diatas tu, then masuk dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. Tunggulah dalam 2-3 jam untuk dia mengeras sikit.

Alhamdulillah. 1st try Yaya masak bubur kacang hijau macam ni. Minta ibu Yaya test rasa. Tanya kat ibu, camana? Lulus tak? ^o^ Ibu kata, OK.LULUS! hehe YESS!!Boleh kahwin dah Yaya..*ehh! haha

Ok. Tu je Nak share. Moga dapat juga tolong korang yang baru-baru juga nak belajar masak bubur ni macam Yaya.

Sekian,Wassalam... =)

2 comments:

  1. Sedapnyaaa. Tambah tambah dalam cawan boat noodle tu. Hihii

    ReplyDelete
  2. sedapnye..nnti bole try..da follow cik yaya

    ReplyDelete

Sponsor