Thursday, 21 December 2017

SERVICE REVIEW : CAR SERVICE SHOP

Assalammualaikum w.b.t.

Kali ni nak berkongsi dengan korang satu kedai@bengkel kereta yang berlokasi di Kuala Lumpur. Yaya dari Klang tau. Bukan duduk di K.L. Sanggup pula datang ke K.L. nun tu kan..hehe panjang cerita nya. Bila di pendekkan jadilah entri macam kat bawah ni. ^,^ Just for sharing pengalaman je dan nak review and promote sikit je.hehe

MASALAH KERETA
Yaya bawa FF yang tahun keluarannya adalah awal 2012. Amik 2nd je mampu. Mula ambil memang lepas tu terus hantar Service Center (SC) kat area Port Klang. Masa tu memang banyak jugalah benda-benda yang perlu tukar. Orang macam Yaya ni 1k pun dah kira banyak..haha. Alhamdulillah sekarang dah masuk 2 tahun bersama 'Baby' Yaya ni tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar. Yang kecil-kecil tu tak perlu cakap la...adat bila beli kereta 2nd ni,kan. I is REDHA je...huhu tapi kadang 'sakit' la. Sekali nak betulkan agak banyak juga pengeluarannya... >,<

PENGALAMAN
Bulan 12 2017 ni memang waktu yang sangat sesuai untuk servis kereta. Mula tak nak pun bawa servis kat SC, sebab tahu memang akan banyak yang kena keluar, tetaulah SC ni..cas pun 2xganda  dari kedai servis biasa kat lua nun. Tapi Yaya tak dapat cari kedai servis kereta area Klang ni yang boleh buat DIAGNOSIS berkomputer + FF specialist kereta ni. Kereta jenis ni amat sensitif dek kerana terlalu banyak benda elektronik didalamnya. Sebab tu nak kena bawa kat kedai servis yang biasa dengan kereta jenama ni. 

Pernah juga bawa kat kedai servis biasa tapi takda diagnosis berkomputer la. Masalahnya kereta Yaya tengah bermasalah. dan perlu diagnos guna komputer untuk tahu apa masalah kereta. Yang hari tu Yaya pergi kat SC, mereka kata kereta Yaya ada masalah dengan 'Catalyst pipe'. Lebih kepada bahagian ekzos la lebih kurang. Diorang cuma suggest kat Yaya suruh tukar je. Amboi cakap senang je suruh tukar, tukar je berapa tu? Mau makan almost RM6k, ok...(=_=)

Bila tahu macam tu, biasalah, bukan kata Yaya je, semua orang pun pasti dah pening kepala nak cari pomen @ kedai servis kereta luar yang boleh buat/baiki masalah kereta ni.

BENGKEL KERETA MELAYU DI SRI RAMPAI
Yaya cuba google cari kat internet mana-mana kedai/bengkel kereta yang boleh tolong settle masalah Yaya ni. Tak dapat kat Google,cuba kat FB pula. Masa tu kat Group FF la..nampak 1 page bengkel kereta ni. Yang berlokasi di Seri Rampai, K.L. Mula terfikir kat mana lokasi tempat ni. Seri Rampai Yaya biasa nampak signboard kat jalan Lebuhraya Duke tu, sebab selalu juga drive pergi area Ampang lalu sana. Alhamdulillah. Senang je jumpa jalan dia kalau ikut highway tu.

(Kredit picture to Owner Workshop)

(My Baby Blueee <3)

AT TUNE SDN BHD. Itu lah nama bengkel kereta yang Yaya usha kat FB. Kedai ni baru dibuka dikawasan Seri Rampai K.L. tu, sebelum ni lokasi mereka di Kampung Baru kalau tak silap Yaya. Area K.L. juga. Dan jika nak tahu, pemilik kedai ni adalah melayu,ye. Mula Yaya cuma PM je kat FB page mereka tu untuk tanya samada mereka tahu dan boleh tolong settle masalah Yaya atau tidak. Kemudian mereka suggest Yaya bawa kereta ke kedai supaya mereka boleh cek terlebih dahulu dengan lebih details sebelum bagi solution apa yang boleh diguna untuk settle masalah Yaya ni.

MASALAH SELESAI
Bila sampai kedai, owner sendiri yang tolong cek kereta Yaya ni (sebab memang dah deal dengan owner sebelum sampai kedai lagi). Pemilik kedai bernama Encik Azizol Adam kalau tak silap Yaya (mengikut nama FB dia). Menurut En.Azizol, lepas diagnosis guna komputer, memang kereta punya masalah Cat. pipe. Tapi disini, beliau terangkan jugalah serba sedikit punca masalah dan antara solution yang boleh dibuat. Jadi antara solution tu adalah tukar plug dan adalah juga few things yang beliau adjust mana yang patut. Yaya nak terangkan, bukan nya arif sangat pasal benda-benda tu..hehe. Yang penting so far masalah engine sensor menyala @ Catalyst pipe dah takda, baru berapa hari ni, hopefully memang takkan ada masalah besar tapi apa pun Yaya kena prepare juga lah. Kereta ni masalah datang tanpa mengira waktu. 'Baby' kan..memang manja..huhu

PROMOSI SERVIS KERETA SEMPENA PEMBUKAAN
Apa yang Yaya boleh komen mengenai kedai@bengkel kereta AT TUNE SDN BHD ni adalah, bagus, ok laaa. Dari segi servis layanan kat pelanggan ok. Kerja yang dibuat pun, ok, takdalah lama sangat tunggu masa Yaya pergi betulkan kereta tu. Kereta ada banyak juga tapi owner - owner kereta tinggal kereta kot. Maybe sebab Yaya tunggu kat sana, tu yang cepat.


Kawasan kedai juga bersih. Harap owner teruskan sikap ini ye. Kebersihan itu antara salah satu perkara yang perlu dititik beratkan bagi semua pengusaha tidak kira dalam apa bidang pun.

Untuk pengetahuan juga, kedai / bengkel kereta ni juga boleh membuat 'minor' atau 'major' servis, diagnosis berkomputer, air cond service dan juga wiring. Lebih berpengalaman dengan kereta import seperti Mercedes, Ford dan juga Toyota. Tapi jangan risau, tak kira korang pakai kereta jenis apa, boleh je datang ke bengkel Encik Azizol ni. 

Lagi, sempena pembukaan kedai yang berlokasi di Seri Rampai, K.L. tu, mereka buat PROMOSI SERVIS KERETA dari sekarang sehinggalah penghujung bulan Disember ni iaitu sampai 30 Disember 2017 sahaja,ok (31 hb kan Ahad, depa tutup =D). Cuma bayar untuk minyak hitam sahaja. Oil Filter + Labour is F.O.C tau!! Dan jika ada penukaran yang lain lain tu of course la, tanggungan sendiri..hihih. Tapi tu pun dah banyak jimat kan. 

Yaya la yang rugi, baru nampak promosi yang mereka hebahkan kat FB dan IG lepas pergi servis kereta kat SC....haihh..redha je la. Nak buat macamana kan. Ok. This time Yaya pergi just untuk repair kereta. So far semua ok. InsyaAllah next year nanti, try nak servis kereta kat sini pula. Tengok macamana ye.

Korang yang plan servis kereta bulan ni, ada tinggal seminggu lebih je lagi ni untuk GRAB promosi yag mereka sedang jalankan ni, boleh berhubung dengan mereka melalui page FB dan IG mereka. Yaya bagi details mereka di bawah ni ye. Please take noted! ^_^

AT TUNE SDN BHD
( 981393 - D ) 
No 19 , Jalan Seri Rejang 3 , Taman Sri Rampai

Kuala Lumpur, Malaysia


Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 8.30pagi - 5.30 petang
Sabtu : 8.30 pagi - 3.30 petang
Ahad & PH : Tutup
No. Tel : 03-4131 4685

Link FB :

Link IG :

*haa sekali gedabak besar keluar. senang sikit korang nak baca kan..hehe =p*


Last but not least. If korang ada apa apa pertanyaan, pasal promosi ke kereta ke, tak confirm, tak confident ka apa nak tahu lebih lanjut, boleh je PM mereka ni terlebih dahulu untuk kepastian dan boleh terus set appointment. Senang. 

Itu sahaja review dari Yaya. Harap dapat membantu korang yang mana tengah cari tempat lagi untuk servis kereta atau nak repair kereta ke, apa-apa je pun boleh je PM mereka untuk bertanya,ok! Diingatkan lagi sekali, owner kedai bengkel ini adalah melayu. So, moh la support mana yang  duduk area berdekatan tu. Yaya yang dari Klang ni boleh ke sana, korang duduk area sana ke mana lebih kurang tu, takkan tak boleh mai kan .. ^,^ yang bagus disebarkan, yang salah or tidak betul tu bolehla ditegur dengan cara yang berhemah,ye.

Sekian ,Wassalam =)

3 comments:

  1. Tak pernah ada pengalaman kereta lagi. Tak faham satu apa pun bab2 kereta ni. Hehe.. Selalu temankan husband je g service kereta.

    ReplyDelete

Sponsor





Popular Posts