4 TIPS JIMAT BELI BARANG SEKOLAH

Assalammualaikum WBT

Tinggal  lebih kurang dua minggu je lagi sesi persekolahan 2018 nak bermula. Selalunya, pada waktu begini, ibu bapa akan sibuk di pasaraya untuk membeli segala kelengkapan persekolahan anak-anak. Namun begitu banyak perkara harus difikirkan agar tidak terlebih berbelanja atau berbelanjalah dalam bajet.

Jadi, disini, Yaya ingin kongsikan 4 Tips Pantas Untuk Jimat Di Dalam Menyediakan Persiapan Anak-anak Kembali Ke Sekolah ^_^

1. Senaraikan Barang Yang Mahu Dibeli
Ini penting untuk mengelakkan kita ‘terbeli’ barang yang bukan dalam bajet. Sebelum keluar membeli, senaraikan dulu apa kita nak beli. Lagi bagus kalau kita boleh sertakan anggaran harga barang tersebut. Ini bagi mengelakkan kita terlebih bajet.


2. Tak Semestinya Semua Mesti Baru! 
Baju, beg dan kasut  sekolah tahun sebelumnya yang masih elok dan boleh dipakai lagi. Tak perlu beli baru semuanya. Kenal pasti peralatan serta kelengkapan sekolah yang masih boleh digunakan & hanya beli barang-barang yang sudah tidak ada atau sudah tidak boleh digunakan lagi sahaja. Contohnya seperti beg atau alat tulis, kadang-kala, beg yang ada masih elok dan boleh digunakan, jadi tak perlulah nak beli baru.

3. Survey Harga Di Beberapa Kedai / Pasaraya
Ini agak penting juga. Walaupun banyak pasaraya terkenal menawarkan harga diskaun tetapi kadang-kadang harga di kedai biasa, masih lebih murah. Kualiti juga tak banyak beza. Kasut sekolah contohnya, di pasarayaKU / HariHari cuma berharga RM12.90 sepasang dengan kualiti setanding yang dijual di pasaraya terkenal (Giant/Tesco/Parkson dll) dengan harga RM25.

Boleh tanya kawan2 juga tentang kedai mana yang menawarkan harga lebih berbaloi.

4. Tak Perlu Beli Jenama Terkenal
Yup. Jenama terkenal tidak menjamin apa-apa pada persekolahan anak kita. Takdenya bila pakai baju jenama terkenal, maka anak kita pasti akan jadi pandai dan pasti dapat no 1 dalam kelas. Jika anak kita dapat no 1 pun, ianya bukanlah disebabkan baju yang dipakai... jadi tidak perlu terpengaruh dengan iklan baju sekolah jenama itu dan jenama ini. Tidak perlu ikutkan jenama beg yang paling gah. Betul atau tidak?

Berbelanja ikut kemampuan. Jika anak minta yang berjenama tetapi di luar kemampuan kita, jelaskan pada mereka. InsyaAllah anak-anak faham. Lebih-lebih lagi jika anak sekolah rendah, mereka tak kisah pun jenama apa, asalkan cantik dimata, mereka dah suka sangat ^_^

Cukuplah 4 tips yang Yaya kongsikan ni. Mungkin ramai ibubapa yang memang amalkan tips ini jugak.

Semoga tips yang Yaya kongsikan ini memberi sedikit pengetahuan dan manfaat buat para ibu bapa yang sedang membuat persiapan persekolahan anak - anak. Selamat beramal =D

Sekian,Wassalam =)

Post a comment

4 Comments

  1. Nice sharing. Kejap je rasa cuti, dah nak mula sekolah balik dah kann

    ReplyDelete
  2. betul tu setuju sangat! Tak perlu barang mahal atau berjenama cukup memenuhi keperluan je. Singgah sini & follow :D

    ReplyDelete
  3. yezza..paling setuju..berbelanja ikut kemampuan :)

    ReplyDelete