IT'S ALL ABOUT T.I.M.E.

Assalamualaikum wbt.

Perasan tak, kebanyakan tajuk entri entri Yaya ni sound sooo ENGLISH...ahaha. Entahla. Bukan nak 'kekwat' or etc..cuma mungkin sebab bahasa tu pendek, simple dan sedap bunyi untuk digunakan. Lol. Sedap bunyi? Huh. Whateverla ea. Korang ok je kan. Tak kisah pun kan..ke takda orang yang perasan pun pasal tu. Yela. Orang baca isi kandungan, pe de hal dengan tajuk guna bahasa apa janji faham. Hehe.

Anyway, selamat berhujung minggu ye. Syiok la sapa yang bercuti ni kan, yang jena kerja tu pun best juga pee, ingat tau, kerja itu ibadah. Buat dengan ikhlas, kalau tak ikhlas tak berkat nanti kerja yang kita buat tu. Kalau dah tak suka sangat carilah kerja lain yang menyenangkan korang. Tapi kerja apa yang senang pun. Jadi surirumah pun tak senang tau, banyak yang nak kena urus, rumahla, anak lagi, husband pun nak kena jaga lagi kang tak pasai cari lain. Eh. Macam tau je isu ni. Ahahaa 😅 er. Sorry. Tak masuk campur 😂 

Pendek kata, takda kerja yang senang. Dan lagipun susah nak cari kerja sekarang, kan. Persaingan sengit. Orang yang nak minta kerja pun kadang demand lebih je sekarang. Pe salahnya kalau dapat kerja tu tapi income tak berapa banyak diterima dengan hati yang terbuka. 

Buat yang baru mula bekerja, anggap ianya pengalaman dahulu. Bila da mahir dengan kerja tu, barulah cari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Bagi yang dah lama, punya banyak pengalaman bekerja tu of course korang kalau nak tukar kerja tu, amik offer yang lebih tinggi pendapatan kan. Itu normal. Kita memang perlu sesuatu yang boleh memajukan diri kita. Usaha keras itu penting. Bukan senang nak senang, betul tak? Tapi bukan susah juga untuk susah kalau diri sendiri tidak ada inisiatif untuk mengubah kehidupan diri sendiri.

Ya Allah! Panjang betul muqaddimah aku ni! Padahal nak citer pasal jam Yaya ni jeee 😂😂😅
Simple but NICE


Banyak jam tapi semua tak boleh pakai sebab bateri habis aka mati.haha. Giler lama Yaya simpan sebenarnya tau. Takdan nak p kedai jam betulkan. Dahla lebih dari satu 😅

Semua jam Yaya tu takdak mahai pun. Tapi semua ni pemberian aka hadiah dari orang. Tu yang buat jadi mahai bagi Yaya tu even memang tak mahal pun kalau beli kat luar. Eh bukan senang orang nak bagi hadiah tau. Er. I mean, Yaya la. Bukan korang. Haha. (orang jarang dapat hadiah 👉👈👉👈) 
Macam jam GSHOCK tu ayah Yaya yang bagi. Lepas tu yang kuning tu, freegift je dari car service center...haha pun boleh kan. Kaya betul dorang bagi jam free. Nasib cantik.huhu.. Then, 2 lagi tu fevret watch yaya sebelum ni.


DW dengan CASIO. DW gift from someone sempena birthday Yaya bertahun tahun yang lalu (amboi macam banyak sangat tahun tu. Haha) dan CASIO tu pula dari SELLER ternama kat Klang ni. Freegift sebab buat review untuk produk produk kat kedai dia. Ada entri dia Yaya pernah update kat blog ni but long time already. Nanti next time Yaya akan buat lagi for 2nd review untuk seller ni. Memang best barang barang dia. Banyak juga pembaharuan yang dibuat. Uolss just wait and see ok. 😘

Jap. Apa jadi dengan jam jam Yaya yang kehabisan bateri tu? Haha. Dah ada sedikit masa terluang tu pergilah betulkan. Tapi sedih sangat. Dari 4 jam, cuma 2 je yang boleh guna.CASIO dengan yang warna kuning tu. GSHOCK dah terlalu lama (tengok pun tau 😑), yang Daniel Wellington tu pula jarum patah dah 😱 aiyaa. Nasib awaklah jam 😅 I is REDHA already dengan pemergianmu...huuu 😂

Update (30/7/17)
Yaya ada bagitau nak share dengan korang something special, tapi minta maaf banyak banyak. Ada kesalahfahaman berlaku. Huhu. So nothing special will be share to uolss. Heee 😅 terima kasih banyak sebab sudi singgah. Yaya share benda lain yang more interesting nanti ye. 😘

Sekian, wassalam (^_^)

Post a Comment

6 Comments

  1. Hehehe. Migha pun suka kumpul jam. Tapi sekarang nie banyaknya jam dah habis bateri. Malas betul nak bawak pegi kedai.

    ReplyDelete
  2. cantik jam tangan tu... tapi kak mia tak biasa pakai jam sejak dulu. ada beberapa jam, terletak elok dalam kotak.

    ReplyDelete
  3. saya pun suka gila dengan jam.. selalu usha kat kedai jam & lazada

    ReplyDelete
  4. something special? apa tu? nk kawen yaaa

    ReplyDelete