SALAM JUMAAT : RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT

Assalammualaikum wbt

Salam Jumaat yang penuh barakah. Semoga urusan kita semua dipermudahkan pada hari ini dan semakin dimurahkan rezeki. Aminn ya Rabb.Amin. =)
Just for sharing today. #repost dari IG #thetarbiyah 

RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT


Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu:
1. Dahi
2. Hidung
3. Kedua telapak tangan
4. Lutut
5. Kedua hujung kaki (jari)

Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT dan meminta segala macam permintaan kepada Allah SWT

Sekaligus, mengikis sifat tercela seperti sombong, riya', ujub, takabur dll.

Dr Fidelma O'Leary. Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi mu'alaf, kerana mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan.

Dalam kajiannya ditemukan bahawa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia BERSUJUD.

Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu sahaja. Iaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak). SubhanaAllah.

Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.

Salah satu indikasinya adalah seperti apa yang kita boleh lihat sekarang ini. Timbul bermacam-macam isu gejala sosial di dalam masyarakat yang tidak @ meninggalkan solat saat ini.

Kerana letak otak di atas jantung, makan kata Prof Hembing, jantung hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar menambah kekuatan aliran darah ke otak.

Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah SAW, supaya kita sujud lebih lama pada raka'at terakhir.

Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:
1. Menolak pening
2. Jauhi migrain
3. Segarkan otak
4. Tajamkan akal fikiran (peka)
5. Legakan sistem pernafasan
6. Betulkan pundi peranakan yang jatuh
7. Membetul dan mengukuhkan kedudukan bayi dalam kandungan
8. Mengelak kandungan songsang dll.

Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan bentuk saraf yang ada dalam otak kita adalah berbentuk seperti orang yang sedang sujud.

SUBHANALLAH. WALLAHUA'LAM segala yang baik datang daripada ALLAH SWT dan yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri,ye.

Dapat sesuatu? Alhamdulillah. Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya dan mendapat manfaat darinya. Amin. InsyaAllah.

Sekian,Wassalam.

Post a Comment

8 Comments

  1. baca entry ni teringat kata2:


    berbisik di bumi, mendengar di langit..

    ReplyDelete
  2. tq sudi sharing info berguna ni. :-)

    ReplyDelete
  3. banyak kebaikan solat ya.. smoga kita istiqomah..

    ReplyDelete
  4. Bermanfaat.. ulangkaji untuk saya... thanks ingatkan..

    ReplyDelete
  5. betul.. bila solat rasa lain macam. kalau tak solat lg gelisah je

    ReplyDelete