Thursday, 16 February 2017

AMALAN-AMALAN MENJAUHKAN SYAITAN DAN DARI TERPENGARUH DENGAN GODAANNYA

Asslammualaikum w.b.t.

Sekadar untuk perkongsian. Rajin-rajinkan diri untuk membaca. Membaca itu jambatan ILMU kan. Semoga kita semua dapat amalkan dan dapat memberi manfaat. Amin. InsyaAllah. ^_^


1. Mengingat Allah ketika keluar rumah

Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, maksudnya;

“Barangsiapa yang ketika akan keluar rumah mengucapkan; 
bismillahi tawakkaltu alalloh la haula wa la quwwata illa billah 
(dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah), maka kepadanya akan dikatakan cukuplah bagimu, kamu telah dijaga dan syaitan telah menjauh darimu.” 
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

2. Mengingat Allah ketika masuk masjid

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a, dari Nabi Muhammad saw bahawa ketika akan masuk masjid, baginda mengucapkan, 
“A’udzu billahil-azhim wa bi wajhihil-karim wa sultonihil-qodimminassyaithonirrojim
(Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Nya yang mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang qodim dari syaitan yang terkutuk.” 
Beliau berkata, “Itu saja?” Baginda berkata, 
“Ya, jika seseorang mengucapkan ini, maka syaitan akan berkata 
‘Ia telah dijaga dariku sepanjang hari’. ” 
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

3. Merapatkan saf solat berjemaah

Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya;

“Luruskan barisan dan rapatkan bahu-bahu di antara kamu, dan lembutkan badan kamu untuk saudara yang di sebelah kamu. Jangan tinggalkan ruang kosong untuk syaitan mengambil tempat. Sesiapa yang merapatkan saf, maka Allah akan bersama dengannya dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan putuskan hubungan dengannya.” 
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

4. Mengingat Allah ketika menanggalkan pakaian

Dari Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda maksudnya;

“Penghalang antara pandangan syaitan dan aurat anak cucu Adam adalah, apabila ia menanggalkan pakaiannya, mereka mengucapkan bismillah.” 
(Hadis Riwayat At-Thabarani)

Adalah penting membaca doa menanggalkan pakaian kerana banyak kes terjadi di mana jin telah tergoda dengan manusia dan menaruh cintanya kepada manusia itu hingga membawa mudarat kepadanya. Doa menanggalkan pakaian:

Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain dari Dia.

5. Mengingat Allah ketika akan berhubungan suami isteri

Dari Abdullah bin Abbas RA, ia mengatakan, bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya;

“Jika salah seorang dari kalian ingin menggauli isterinya, hendaklah ia mengucapkan ‘Allahumma janibnassyaiton wa jannibissyaiton ma rozaqtana’
Maksudnya, “Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah Engkau berikan kepada kami). Jika Allah menakdirkan kepada keduanya seorang anak (dari hubungan itu), maka anak tersebut akan terhindar dari syaitan selamanya.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kredit kepada: grafikislamik

Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya..

Sekian, Wassalam.. =)

18 comments:

  1. terima kasih berkongsi. mudah2an kita sama2 dpt mengamalkannya

    ReplyDelete
  2. Satu peringatan dan perkongsian yang bagus ni cik yaya. Semoga kita semua terhindar dari hasutan syaitan. btw saya singgah sini dan follow ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  3. Kakak amalkan spt yg Allahyarmah Dato' Harun Din dulu ajar
    Baca fatihah, 5 ayat pertama Al-baqaroh, baca ayat qursi dan akhir sekali 3 ayat akhir suroh Al-Baqaroh (3 ayat terakhir). Amalkan selepas solat maghrib dan selepas solat suboh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole jgk tu kak kak..
      tq jgk share..xkesa cra apa aslkan ia xbtentangan dri ajran Islam dan mggunakan ayat suci alquran..yg penting niat dan bgntung sepenuhnya pd Allah.. =)

      Delete
  4. ms ustaz sharhan dtg opis dulu dia ada share doa yg sm mcm kat atas...

    ReplyDelete
  5. nice sharing... jin pun ada nafsu. huuu takut pulak kalau lalai

    ReplyDelete
  6. Nice sharing Cik Yaya... kalau belum terbiasa boleh mula sikit2kan?

    ReplyDelete
  7. terima kasih yaya... kadang2 lupa nk baca huhu. ad juga yg nina tak berapa nk hafal :)

    ReplyDelete

Popular Posts