SENTIASALAH BERLAPANG DADA

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat..Alhamdulillah.Sampai lagi ke penghujung hari bekerja ni (bagi yang bekerja 5hari la ^o^). Suka nak cuti kan..haha. Lagi 7 hari kita da masuk tahun 2017 pula..Sikit hari lagi akan banyakla orang UP pasal AZAM 2017 kan..yang kebanyakannya gagal untuk dicapai seperti tahun-tahun yang sudah. COntohnya, azam tahun 2016 nak turunkan berat 10KG tapi sampai ke akhir tahun xberubah. Tetap dengan berat yang sama..haha. Siapa la tu yek =p Yang pasti bukan Yaya! Sebab apa? Sebab turun berat itu bukan salah satu azam 2016 Yaya. haha ^o^ Tapi berat tetap dapat dikurangkan.YES!! ngehngehngeh


Banyak perkara yang berlaku tahun ni. Betul. Sedih, gembira..semua ada.Hmm. Kadang kusut fikiran, hati pun sempit kadang rasa dek kerana ujian yang bertimpa-timpa..ALLAHU..Yaya bukan nak mengadu kat sini, apapun yang mendatang, ujian dariNYA itu adalah kerana DIA nak kita,hambaNYA ni tahu yang DIA sentiasa ADA, sentiasa MELIHAT, sentiasa MENDENGAR kita..DIA baru 'jentik' kita sikit je kat dunia ni, kita dah mengeluh kata ujian yang diberi ini terlalu berat untuk kita tanggung..NO! Jangan sesekali kita berfikir macam tu,ok. ALWAYS POSITIVE THINKING ABOUT HIM! DIA takkan beri kita ujian yang diluar kemampuan diri kita. Betul tak? 

Jika rasa kusut, fikiran serabut, hati tak tenteram, sentiasalah perbanyakkan DOA, ISTIGHFAR mohon keampunan dariNYA kerana segala ujian yang DIA beri itu salah satu asbabnya adalah sebagai KIFARAH atas dosa-dosa kita yang lalu. Sini yaya share antara doa yang korang boleh amalkan..

Doa Mohon Kelapangan Dada
"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku" 
(Surah Al-Isra' : ayat 80)

Amalkan.ISTIQAMAH.Jangan berhenti berharap padaNYA. InsyaAllah..segala hal akan dipermudahkan oleh NYA =)

Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya.. Sekadar renungan dan amalan kita bersama.

Sekian, Wassalam.. =)

Post a Comment

18 Comments

  1. moga tahun hadapan ada sesuatu yg lebih baik utk kita bersama..akk tahun depan berazam.untuk.lebih sukses dan makin cantik.hehehehahaha..lawak je azam tu kan

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah.. walaupun ujian dlm thn ni ada yg dpt diselesaikan dgn baik. huhu ujian 2017 tak tahu lg. nina xada azam, kalau nk sesuatu kna usaha

    ReplyDelete
  3. think positive... always...then all positive things will come to you...

    ReplyDelete
  4. untuk banyak perkara, kakak dah lupa cemana nak bergantung pada manusia.. hee~

    ReplyDelete
  5. Ujian Allah setanding kemampuan hambaNya. Apapun, moga kita terus bergantung harap dengan Allah... Amin.

    ReplyDelete
  6. jgn putus berdoa. jgn pernah berhenti berharap...

    ReplyDelete
  7. huhu., siapakah itu., bleh jadi geng ni., tp aku azam nk tmbah berat., tp xpernah nk tmbah pun., haha.,
    tu la., mcm2 jadi taun sudah., smoga kita terus matang dengan pengalaman., slmt bramal.,

    ReplyDelete
  8. Tak pernah berhenti harap pada Allah kerana sedar diri serba kekurangan

    ReplyDelete
  9. eh dh awal bulan 12 ye entri.. hehhe
    banyak yg tak berjaya dicapai lg..

    ReplyDelete