PUASA HARI TASU'A DAN ASYURA ( 9 & 10 MUHARRAM 1438M)

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari ni 9 Muharram. Hari yang digalakkan untuk kita berpuasa sempena kedatangan hari Asyura esok (10 Muharram) ^_^ Siapa yang berpuasa hari ni? Alhamdulillah. Kita serupa..hihi. Dah petang dah ni..lagi berapa jam je nak buka. Sabar ye... ^o^ 


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.

” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    
(Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Nabi SAW bersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” 
(Musnad Baqi ibn Makhlad)
 .
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan 
sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  
( Riwayat Al Baihaqi.)
 .
Rasulullah SAW bersabda:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang 
Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”  
(HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa 
bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura 
adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”   
(Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).

Niat Puasa
.
a.  Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:


b.  Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:


Fadhilat Puasa Muharram:

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
 .
1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
 .
4.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
5.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)

SubhanaAllah. banya kelebihan kalau berpuasa bulan Muharam ni kan. Semoga sesiapa yang berpuasa bulan Muharram @ Hari Asyura ni mendapat kelebihan - kelebihan seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah. Aminn.. =)

Ada yang terlepas puasa hari ini..? Takpa, esok @ hari Asyura boleh berpuasa juga. Dari apa yang Yaya baca, tidaklah makruh berpuasa hari Asyura saja iaitu 10 Muharram tanpa diiringi hari sebelumnya iaitu 9 Muharram. Tapi lebih baik dua hari tersebut digabungkan untuk menyelisihi orang Yahudi. Jika tidak sempat tanggal 9 dan 10, boleh juga memilih 10 Muharram dan hari selepasnya, 11 Muharram untuk berpuasa. Sebab tujuannya sama, agar puasa Asyura tidak menyerupai puasa orang Yahudi (yang mana mereka hanya berpuasa 10 muharram sahaja). Wallahu a’lam. =)

Dapat sesuatu..? Moga apa yang Yaya kongsikan kat sini, dapat menambah pengetahuan dan mengambil pengajaran untuk kita bersama.ye. WallahuA'lam...Sekian, Wassalam...

P/s: Maaf terlewat sharing. Patut sebelum hari Isnin ni Yaya da post entri supaya sesiapa yang terlupa tentang puasa hari Tasu'a dengan Asyura ni boleh la niat puasa semalam kan, tapi hari Tasu'a ni baru post..huhu. 

Post a Comment

22 Comments

  1. ALHAMDULILLAH....MARI BERPUASA BERSAMA2

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah puasa sekali gus boleh ganti puasa kan

    ReplyDelete
  3. nice share :D
    https://mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. e'in dpt jugak puasa sunat haritu..

    psst yaya.. boleh tgk komen kat entryv lps taw.. ramai kongsi blogger yg buat edit blog..

    btw, blog e'in dh cantik.. yeay!! hihi

    ReplyDelete
  5. thanks kak yaya kongsi ilmu yang bermanfaat ini :D

    ReplyDelete