Friday, 29 July 2016

SALAM JUMAAT : 24 SYAWAL 1437H

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Sampai kita dihari Jumaat yang paling barakah ni lagi. Jangan dilupa SUNNAH-SUNNAH yang harus dilakukan di hari Jumaat ni, tau. Moga kita semua akan selalu berada didalam Rahmat dan kasih sayangNYA. Amin Ya Rabb..Aminn.. 

Apa yang PALING DEKAT dengan kita?
-M A T I-

Sama-sama muhasabah diri dan perbaiki amal ibadah kita,ye.
Sekian,Wassalam.. 

Saturday, 23 July 2016

JANA 'PENDAPATAN SAMPINGAN' UNTUK BEKALAN AKHIRAT

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Sabtu 18 Syawal. Masih dalam mood raya lagi ke korang?? Yelaa..SYAWAL kan SEBULAN..huhu Tapi sebenarnya kan ramai yang dah salah anggap tau. Kita ni sebenarnya RAYA AIDILFITRI, 1 HARI jee tau! BULAN SYAWAL ni je yang sebulan : 30 hari, yela, nama pun bulan kan..mestilah 30hari. Sebab tu kita dilarang berpuasa pada hari raya yang pertama. Tapi, dah boleh mula puasa balik di hari keduanya, kan. Kita ni pantang dengar bulan Syawal, kalo bulan tu ada 30hari, memang digenapkan sungguh la raya tu 30 hari.betul takkk?? #rayakansebulan =p 

Tapi tak kesahlah asalkan tidak disambut melampaui batas sampai lupa pengorbanan, amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Makan tu hendaklah dijaga dan dikawal, adab tatasusila dengan keluarga dan orang lain, jiran sebelah jangan dilupakan..dan lain2 perkara lagi. Tapi memang tak dapat nak elak la kalau pasal kuih muih yang berlambak kat rumah..itu lebih dari sebulan, sampai RAYA HAJI/KORBAN biasanya..hahaha lol ^o^ Nasib baik beli kuih yang sedap je..lambat pun habis juga dari kuih yang kurang sedap, memang xlaku@xbergerak la kuantiti dalam balang tu..hikhik

Para ulama' mengalakkan segala amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang lalu, diteruskan sampai bila-bila. Mesti korang pun perasan kan dalam page FB, IG or lain-lain akan ada UMAT yang share/berkongsi tentang info-info, ayat-ayat muhasabah diri dan lain2 yang lebih kepada niat untuk perkongsian dan mengamalkan bersama. Dan itulah salah satu perkara yang kita perlu teruskan sampai bila-bila. Jangan jadikan laman sesawang anda sebagai tempat untuk meluah perasaan semata, tapi jadikanlah ia satu tempat untuk berkongsi ilmu juga.

Kat bawah ni ada beberapa amalan mudah dan mampu dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook mahupun laman sesawang yang laint:

1. Update status anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadis, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah.

Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi penyebab kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Tapi awas! jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.

2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda sebarkan status tersebut. Gunakan kemudahan share untuk tujuan perkongsian, atau copy paste sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.

3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang betul-betul), bolehlah mengiklankan program tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.

4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika setiap keluarga mempunyai group tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, meng'update'a berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.

5. Jika anda mempunyai komen bernas dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh adab dan sopan seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.

6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Allah SWT supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.


Wallahu a’lam.
Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Facebook.

Sekian,Wassalam..

Friday, 22 July 2016

SALAM JUMAAT : 17 SYAWAL 1437H

Assalammualaikum w.b.t.

DOAKU hari ini..:

Ya Rahmann..
Sekiranya hati ini telah DIKOTORI,
SUCIKANLAH..
Sekiranya hati ini telah DILUKAI,
SEMBUHKANLAH..

Ya Rahimm..
Ceriakanlah air mata yang mengalir 
dan kesedihan kepada KEBAHAGIAAN yang berpanjangan
Dan berikanlah kepada hati ini KEKUATAN
untuk membalas setiap kebencian
dengan KEBAIKAN dan SENYUMAN..

Aminnn..Ya RabbalA'lamin

Thursday, 21 July 2016

10 PERKARA YANG SERING DIBAZIRKAN

Assalammualaikum w.b.t.


1. ILMU yang tidak diamalkan

2. AMALAN yang tidak ikhlas

3. HARTA yang dibelanjakan bukan pada jalan ALLAH SWT

4. KESIHATAN yang tidak disyukuri

5. KEPINTARAN yang tidak digunakan untuk berfikir 
tentang keajaiban segala ciptaanNYA

6. TUBUH BADAN yang digerakkan bukan untuk ibadah

7. CINTA yang diisi selain cinta kepada ALLAH

8. MASA yang dibairkan dengan perkara yang tidak berfaedah

9. ZIKIR yang dibazirkan apabila tidak terkesan dihati

10. HATI yang tidak diisi dengan cinta kepada ALLAH dan Rasul SAW


Sekadar ingatan bersama agar kita boleh muhasabah diri yang terlalu banyak kekurangan, yang terlalu nipis IMAN, yang tiap hari melakukan dosa tanpa kita sendiri sedari. ALLAHU.. =(

Sekian. Wassalam. =)

Wednesday, 20 July 2016

KENALI TAHAP KESIHATAN MELALUI KEDUDUKAN JERAWAT PADA WAJAH

Assalammualaikum w.b.t.

Lama xupdate blog. Sebab Yaya takda cerita menarik nak share dengan korang sebenarnya..hiks! Tunggu nak kawen t kot baru ada banyak cerita..lol ^o^ Tapi hari ni tetiba nak share pasal JERAWAT yang timbul pada wajah ni kat korang. Sesetengah mungkin dah tahu dan mungkin juga ada yang tidak ambil tahu atau ingat2 lupa tentang perkara ni. So, mana yang nak amik tau tu meh baca sat info kat bawah ni ye.

1. DAHI : SISTEM PENCERNAAN DAN PUNDI KENCING

Apa yang perlu dilakukan?
- Minum air membantu untuk mengeluarkan toksin daripada dalam badan anda. Jadi tingkatkan pengambilan air anda dan pantau makanan yang anda makan. 
- Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman berkafein tinggi. Sebaliknya beralih kepada teh herba, teh hijau. 
- Kurangkan makan coklat, kek, air limau dan Coke. 
- Banyakkan minum air mineral
- Makan makanan yang membantu menyingkirkan toksin dari badan: kubis rebus, dan epal. 
- Masuk tidur awal (10 malam) dan bangun awal pagi (4-5 pagi), walaupun anda tidak dapat tidur. Adalah baik untuk anda berehat supaya hati anda dapat berehat dan bersedia untuk bekerja pada hari berikutnya. 
- Amalkan 20-30 minit senaman ringan setiap hari, terutamanya di luar rumah. 
- Amalkan teknik relaksasi untuk mengurangkan rasa stress. 
- Pastikan sentiasa bersih (rambut, topi)
- Teh hijau, lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ianya adalah makanan yang kaya dengan antioksida. Digalakkan juga mengambil suplemen. Cadangan Vitamin yang tinggi antioksidan adalah Carotomax, Vitamin C, Vitamin E dan Vivix.

2. BAWAH DAHI : JANTUNG

Jantung adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, bukan sahaja anda berkemungkinan untuk mendapat jerawat di dahi anda, seluruh badan anda juga akan turut terjejas teruk jika anda tidak rawat masalah ini. Mempunyai jantung yang sihat bermakna anda dikehendaki untuk melakukan latihan-latihan untuk menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat, dan kurangkan tekanan.

Apa yang perlu dilakukan:
- Lakukan senaman
- Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
- Makan makanan sihat, sebaik-baiknya makanan berkolesterol rendah dan diet serat tinggi. 
- Berhenti merokok
- Vitamin yang dicadangkan untuk jantung yang sihat, CoQHealth dan Vitamin E

3. TELINGA : BUAH PINGGANG

Apabila buah pinggang tidak dijaga, anda akan mendapati ini menjadi masalah utama, jerawat yang menyakitkan pada telinga anda yang tidak dapat dihilangkan tidak kira apa. Sudah tentu ianya sangat tidak menyelesakan, betul x?

Apa yang perlu dilakukan:
- Tingkatkan pengambilan air
- Elakkan makan terlalu banyak makanan yang masin dan jauhkan kafein
- Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti pasli dan air

4. MATA DAN KAWASAN SEKITAR : HATI

Kulit berminyak, kemerahan, merekah dan jerawat antara kening menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah kerja lebih dari sepatutnya dan memerlukan pembersihan.

Apa yang perlu dilakukan:
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren) akan membantu dalam menyediakan anda dengan mood yang baik. 
- Cuba untuk elakkan makan larut malam; terutama sekali sebelum tidur kerana pada masa ini badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, membawa kepada terbinanya toksin. 
- Kurangkan makanan berlemak, manis, berminyak, alkohol dan produk tenusu terutamanya jika anda tidak lactose-tolerant.
- Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, buah-buahan anggur, teh hijau, lobak, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.

5. ATAS PIPI : PARU - PARU & SISTEM PERNAFASAN

Tekanan ke atas paru-paru berkemungkinan menyebabkan jerawat di bahagian atas pipi dan juga memecahkan kapilari darah anda. Tekanan ini adalah termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru.

Apa yang perlu dilakukan:
- Elakkan merokok dan merokok pasif. 
- Senaman
- Elakkan kawasan tercemar.

6. BAWAH PIPI : GUSI @ MASALAH GIGI

Gusi atau masalah gigi boleh menyumbang kepada jerawat di bahagian bawah pipi.

Apa yang perlu dilakukan:
- Kebersihan diri:
- Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap telefon anda dengan tisu antibakteria setiap beberapa hari.
- Sentiasa pastikan kesihatan gigi anda berada dalam keadaan terbaik. Memberus, flos dan kumur dua kali sehari dan pastikan anda ikuti temujanji dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya dua kali setahun. Jangan hanya tunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi baru kelam kabut membuat temujanji.ok?!
- Makanan yang baik untuk paru-paru yang sihat termasuk, pucuk dan labu. 
- Masukkan sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda. Makan lebih makanan sejuk seperti labu, tembikai, dan kacang hijau. Jangan makan terlalu banyak. 
- Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda. 
- Elakkan mangga, akar keladi, dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif. 
- Kurangkan gula.

7. TEPI DAGU : HORMON & KEMALUAN

Masalah ini melibatkan kaum perempuan. Apabila dagu seringkali ada jerawat, itu tandanya ada ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Terdapat juga herba yang boleh membantu menyeimbangkan hormon seperti licorice, schisandra, holy basil, maca, burdock, red raspberry leaves, rhodiola and milk thisle. Teh hijau juga merupakan anti-androgen yang terbaik.

Apa yang perlu dilakukan:
- Kurangkan tabiat makan sebelum tidur. 
- Makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran. 
- Dapatkan rehat dan tidur yang lebih. 
- Amalkan 20 minit senaman setiap hari dan urut badan anda untuk berehat. 
- Tidur awal dan bangun awal. Cuba herba yang boleh membantu hormon

8. TENGAH DAGU : USUS KECIL & PERUT

Ini juga disebabkan oleh diet yang teruk dan alahan makanan. Pastikan anda buang makanan yang tidak baik daripada diet anda.

Apa yang perlu dilakukan:
- Makan lebih banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran
- Dapatkan rehat yang lebih
- Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda

9. DADA & LEHER
Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan anda tahu apa yang menyebabkan anda tertekan dan cuba untuk hilangkan tekanan itu. Adalah penting juga untuk anda selesa bila berpakaian. Apabila kawasan sekitar leher berjerawat, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang cuba untuk melawan jangkitan.

Apa yang perlu dilakukan:
- Cuba untuk hapuskan tekanan
- Gunakan pakaian yang selesa
- Tingkatkan pengambilan air dan mengekalkan pengambilan Vitamin C untuk melawan jangkitan.


Ok. Itu cuma sedikit info yang Yaya dapat share. Ada lagi beberapa sebab dan penyakit yang mempunyai kaitan jika timbul pada muka dan badan kita. Yang penting, kita perlu jaga pemakanan. Banyakkan makan sayur, buah-buahan, minum banyak air supaya toksin dalam badan keluar. Air KOSONG/SUAM ye, bukan air manis atau minuman bergas!ok? Rajin dan ringankan badan tu untuk melakukan senaman juga. Walaupun didalam rumah. Sekurang-kurangnya 10minit. Amalkan pemakanan dan cara hidup sihat ye. Ingatan KHAS dari Yaya untuk DIRI SENDIRI dan korang semua juga..hiks! =D

Sekian,Wassalam. =)

Thursday, 7 July 2016

SALAM AIDILFITRI 1437H

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Ramadhan telah berlalu. Selamat kita menjalani ibadah puasa selama sebulan. Samada kita telah manfaat waktu yang ada dengan secukupnya dengan sedaya upaya melakukan amal ibadah semampunya, atau waktu yang telah pergi ni, berlalu dengan perkara yang sia-sia. Semua itu sudah tidak usah lagi kita tangisi lagi. Apa yang kita boleh lakukan adalah berdoa dan berharap, segala amal ibadah yang telah kita lakukan, diterima ALLAH SWT. Aminn. InsyaAllah. Mudah-mudahan. Moga kita dipanjangkan umur untuk dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Amin.

Di hari raya yang kedua ni lah baru ada sedikit kesempatan Yaya nak update blog ni. Eh, takda sedikit, banyak kot waktu yang ada ni..huhu Yela, raya pertama je berjalan, masuk raya kedua dan seterusnya duduk kat rumah je. Pergi rumah sedara pon satu dua yang dekat, yang 'available'. Yela, ada sesetengah tu tahun ni pergi beraya kampung wife/husband dorang,kan. Pepaham je la..kite yang SINGLE ni je la yang dok melepek kat uma sampai tak tahu nak wat ape..*eh.tetibe!* =p

Macamana raya korang so far ni? syiok? untonglaaa beraya dengan ORANG TERSAYANG..Alhamdulillah. Yaya tumpang heppi yer! =D Takda idea tetibe nak taiip panjang-panjang ni. Nak cerita pasal Yaya nye raya, hmmmm macam xde yang menarik untuk dikongsi. Lebih banyak duka berbanding suka kot.ahhahah xpe. Tak penting pasal Yaya. Biar sendiri yang tahu. Yang penting kat luar, dengan orang kita CHILL, HAPPY sokmo dehhh! ^o^ 

Yaya sebenarnya jarang update and blogwalking bukan sebab apa tapi sebab WIFI kat rumah ni yang macam hareeee..urgh. Sakit hati den >,< Kengkadang je ok..ada waktu2 dia..macam waktu maghrib cenggini (waktu Yaya update entri ni)..ok la..pastu KO balik.ni bila time OK baru ada mood nak update entri and blogwalking. Nak tengok update entri korang dengan gambar raya korang. Meh share link kat Yaya..InsyaAllah, line ok Yaya terjah sensorang..cuci mate tengok gambau raya sakan korang..hehe..pada yang baru FOLLOW ttu, SALAM PERKENALAN dari Yaya, ye..dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua BLOGGER dan PEMBACA BLOG. Moga raya kome tahun ni lebih BERMAKNA dan MERIAH.. ^_^
Sekian, Wassalam.. =)

Popular Posts