JANA 'PENDAPATAN SAMPINGAN' UNTUK BEKALAN AKHIRAT

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Sabtu 18 Syawal. Masih dalam mood raya lagi ke korang?? Yelaa..SYAWAL kan SEBULAN..huhu Tapi sebenarnya kan ramai yang dah salah anggap tau. Kita ni sebenarnya RAYA AIDILFITRI, 1 HARI jee tau! BULAN SYAWAL ni je yang sebulan : 30 hari, yela, nama pun bulan kan..mestilah 30hari. Sebab tu kita dilarang berpuasa pada hari raya yang pertama. Tapi, dah boleh mula puasa balik di hari keduanya, kan. Kita ni pantang dengar bulan Syawal, kalo bulan tu ada 30hari, memang digenapkan sungguh la raya tu 30 hari.betul takkk?? #rayakansebulan =p 

Tapi tak kesahlah asalkan tidak disambut melampaui batas sampai lupa pengorbanan, amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Makan tu hendaklah dijaga dan dikawal, adab tatasusila dengan keluarga dan orang lain, jiran sebelah jangan dilupakan..dan lain2 perkara lagi. Tapi memang tak dapat nak elak la kalau pasal kuih muih yang berlambak kat rumah..itu lebih dari sebulan, sampai RAYA HAJI/KORBAN biasanya..hahaha lol ^o^ Nasib baik beli kuih yang sedap je..lambat pun habis juga dari kuih yang kurang sedap, memang xlaku@xbergerak la kuantiti dalam balang tu..hikhik

Para ulama' mengalakkan segala amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang lalu, diteruskan sampai bila-bila. Mesti korang pun perasan kan dalam page FB, IG or lain-lain akan ada UMAT yang share/berkongsi tentang info-info, ayat-ayat muhasabah diri dan lain2 yang lebih kepada niat untuk perkongsian dan mengamalkan bersama. Dan itulah salah satu perkara yang kita perlu teruskan sampai bila-bila. Jangan jadikan laman sesawang anda sebagai tempat untuk meluah perasaan semata, tapi jadikanlah ia satu tempat untuk berkongsi ilmu juga.

Kat bawah ni ada beberapa amalan mudah dan mampu dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook mahupun laman sesawang yang laint:

1. Update status anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadis, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah.

Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi penyebab kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Tapi awas! jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.

2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda sebarkan status tersebut. Gunakan kemudahan share untuk tujuan perkongsian, atau copy paste sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.

3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang betul-betul), bolehlah mengiklankan program tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.

4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika setiap keluarga mempunyai group tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, meng'update'a berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.

5. Jika anda mempunyai komen bernas dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh adab dan sopan seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.

6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Allah SWT supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.


Wallahu a’lam.
Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Facebook.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

0 Comments