Assalammualaikum w.b.t.

Apa benda pula la 'six pack' ni, adik-beradik Xpax ke?? hehehe..maaf. Ni tiada kena mengena dengan telekomunikasi atau apa-apa yang sewaktu dengannya,tau. Tapi kalau sebut 'six pack' kat orang yang aktif bersukan ni tau lah kan apa benda. Yup..yang otot kat perut tu.....


"SAYA DAH LAMA WORKOUT, TAPI BELUM ADA SIX PACK..."

● Untuk pengetahuan anda, SEMUA ORANG mempunyai six pack.
● Tapi kenapa TAK nampak ye?
● Sebab six pack anda dilindungi dan diselaputi dengan lemak-lemak. (Belly fat/Boncit/Boroi)


So, bagaimana nak dapatkan six pack?

● Cara paling terbaik adalah dengan MENURUNKAN % BODY FAT melalui cara pemakanan yang betul dan teknik workout yang betul.
● Buat sit up 1000 reps setiap hari, takkan dapat six pack.
● Nak dapatkan six pack, WAJIB buat senaman full body. Jangan fokus pada abs (perut) sahaja.
● Sit up hanya membantu untuk menguatkan dan menimbulkan otot diperut.
● Kalau perut masih boncit atau boroi, rajin-rajin la buat cardio seperti APHRODTE, DIONE, IRIS dan lain-lain.
● kalau anda masih mengamalkan makan makanan yang tinggi lemak dan berminyak, jangan bermimpi nak dapatkan six pack.

Hakikatnya, untuk dapatkan six pack, anda perlu RAJIN dan KONSISTEN WORKOUT.

Perkara paling penting, MAKAN MAKANAN YANG BETUL DAN BERKHASIAT.
(copy & paste)
Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam..