PUASA ENAM (6) DI BULAN SYAWAL

Assalammualaikum w.b.t.


Hari ni genap 21 Syawal..ada balance lagi 8 hari lebih kurang untuk sampai ke penghujung bulan Syawal ni. Masih sempat lagi buat sesiapa yang belum lagi berkesempatan untuk buat puasa 6 ni ^,^ hehe. Yaya dah habis puasa ganti tapi hope dapat juga la sipi2 ganjaran puasa 6 ni..ahah boleh plak kannnn. Alhamdulillah da selesai hutang posa. Hari ni pun baru masuk hari ke-2 pose 6. Harap dapat lah selesai. Tapi andai tidak sampai,redha je la.. >,< (tu la sape suh start pose lambat kann huu ='(

Semua tahu apa kelebihan apabila kita menyambung puasa dibulan Ramadhan dengan berpuasa 6 dibulan Syawal ni kan, tapi Yaya saje REFRESH balik ea..untuk diri sendiri juga.. =D

Puasa enam hari dalam bulan Syawal walaupun hukumnya sunat tetapi ganjarannya besar. Ganjaran pahala ini adalah satu kelebihan bagi umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan di sisi Allah سبحانه وتعالى. Puasa enam hari selepas Ramadhan ini akan diberikan ganjaran pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. 

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti dia berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim)

Dikatakan begitu kerana orang yang melakukan satu kebaikan akan mendapat 10 kebaikan yang setimpal. Berpuasa selama sebulan Ramadhan bererti puasanya adalah ibarat puasa selama 10 bulan. Berpuasa selama enam hari di bulan Syawal pula seumpama dengan 60 hari berpuasa.

Sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah سبحانه وتعالى, alangkah baiknya seandainya kita dapat mengekang nafsu syahwat dengan amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan kita teruskan juga di bulan Syawal ini walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa istiqamah beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى supaya terus dapat membina hubungan dengan Allah سبحانه وتعالى dan mengekalkan hubungan baik sesama manusia seperti dilakukan pada Ramadhan. Kata ulama, betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah سبحانه وتعالى pada Ramadhan, sedangkan pada bulan lain Allah سبحانه وتعالى dilupai. 

Rugi bagi kita jika tidak mengambil kesempatan dan peluang yang Allah سبحانه وتعالى berikan ini untuk menambah amal ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Jadikanlah Syawal ini ruang untuk kita meneruskan momentum beramal salih kepada Allah سبحانه وتعالى, mudah-mudahan kita menjadi hamba yang mendapat pandangan tertinggi di sisi-Nya dan penghuni syurga Allah سبحانه وتعالى yang kekal abadi.

Aminn..mudah-mudahan ye =)
Sekian,Wassalam

Info dari 

Post a Comment

6 Comments