Saturday, 29 August 2015

BE A LIKE LADY BOSS..???

Assalammualaikum w.b.t.

Apa khabar? Harap semua yang tengah baca entri Yaya ni sihat-sihat hendaknye ye..Yaya jarang dapat update blog. Kadang online cuma sempat terjah @ usha beberapa blog n blogger je..huuu dengan line internet yang cam haremm ni memang menambah kesakitan dihati ini..haha hamboi ko hayyaatt... ^,^" 

So,sebelum Yaya nak mulakan cerita,meh baca sesi perbualan 2 orang manusia dalam telefon yang Yaya dah buatkan ia jadi perbualan yang pendek,ringkas,mudah faham! =D

Seorang pencari kerja telah membuat & menghantar permohonan beberapa jawatan kosong di beberapa buat syarikat melalui atas talian  (online). Pada suatu petang, beliau menerima satu panggilan daripada salah sebuah sebuah syarikat, yang  dia pernah mohon sebelum itu.

Nak diringkaskan.....

Penemuduga : Saya daripada syarikat ABC, telah menerima permohonan awak untuk satu jawatan di syarikat kami.Sebelum saya tanya lebih detail, saya nak interview awak dengan menerangkan secara ringkas tentang jawatan ini dan apa kriteria-kriteria yang diperlukan bagi memnuhi jawatan ini.

--------------------------------------------------------------------------------

Pencari kerja : Oh ye..ok.boleh.

Penemuduga : ok. Jawatan yang diberi adalah sangat penting iaitu sebagai Admin Manager. Jawatan ni dikira orang kedua terpenting dalam syarikat selepas our big bos. Job scope dia very easy. Perlu monitor orang bawahan..bla..bla..bla..(memang dengar pon agak not so hard to do, I think.yela nama pun 'Manager') 
Tapi sebelum tu, kita juga mahu orang yang memegang jawatan ini PERLU ada 3 kriteria ini.You see whether you have or not this criteria,ok.

Pencari kerja ; oh.ok.. (dalam hati, "macam senang jee...")

Penemuduga : Kriteria yang kita perlu: 1) BOSSY... 2) QUEEN CONTROL.. and 3) MATERIALISTIC...do you think that you have all the criteria or one of it..?

Pencari kerja : ..............................errr..sorry. All the criteria is not good right? Why have to need all the criteria..?? =_="
Penemuduga : Ok like this. Let's me explain to you.. 1) BOSSY - kita perlukan seseorang yang boleh memberi arahan pada orang bawahan, secara tegas. Tidak kira bercakap dengan yang muda atau yang tua. Macamana nak handle dengan orang bawah yang mungkin ada sesetengahnya tidak dengar cakap, what will you do..? 
2) QUEEN CONTROL - You know, when you can control everything under you..semua orang akan buat kerja (not so clear..something like that la...huhu) dan yang terakhir sekali MATERIALISTIK. Kita nak orang ni punya keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih menguntungkan, tahu bagaimana nak mencari jalan ke arah itu..bla..bla..... So, do you think that you have all the criteria? tak kira sama ada dalam personal life ke atau dalam perkejaan? If you don't have all the criteria so it means you're not qualified to do this job.

Pencari kerja : (again)........................................err Sorry I think i'm not qualified for this position as I dont have all that criteria you need..

Penemuduga : Ok. It's ok. Nevermind, anyway I will see if have any other position that might suite with you, ok. Alright. Thank you for your time.

Pencari kerja : Oh yea..sure. Welcome... 
-END-
--------------------------------------------------------------------------------

Hm.Lebih kurang cenggitu la isi perbualan mereka..huhu So, what do you guys think..?? Berdasarkan perbualan di atas?Haha...sorry. Yup. Pencari kerja itu adalah ME! YAYA! heeee =D 1st dia beritahu jawatan tu, Yaya sedikit shock..besar juga jawatan ni. Orang kedua terpenting dalam syarikat..dalam hati dah berkta "It's ok.Mungkin boleh cuba.." 

TAPI, bia dia sebut yang dia memerlukan 3 kriteria tu..Yaya rasa cam.... @o@ SEROIUSLY???!! Ko saja nak uji aku ke,ko buat lawak ni..?? hahahahaha ni baru pertama kali Yaya dengar orang nak cari pekerja yang ada 3 kriteria tu?! 1)SUKA MENGARAH 2)QUEEN CONTROL & 3)MATERIALISTIK! ahaks! memang sebab untuk ada kriteria tu agak logik tapi hmmm uoolss ghasee, kalau uolls ada kat tempat iolss ni uolss nakk ke terima dengan mempunyai kriteria cenggitu? 

Bagi Yaya, yup..untuk kerja memang sometimes perlu ada kriteria tu tapi rasa macam xbest. Kita nak kerja lama,bukan sekejap..dan kita pun nak kerja dengan environment yang selesa, xmo la sampai ada orang xsuka, xpuas hati pula dengan kita nanti, btul x..dan Yaya tak rasa untuk punya or jadikan sesebuah syarikat itu hebat or maju, all the criteria is totally UN-NEED p0nnn..Sebab ianya boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih banyak dalam sesebuah syarikat daripada perkara yang membawa faedah or kebaikan..

Korang ghaseee????

That's all. Thank you for reading..panjang pula entri Yaya kali ni..lama tak meng-hupdate! la katekann..heheheh ^,^

Sekian,Wassalam =)

Monday, 24 August 2015

10 AMALAN HARIAN YANG BAKAL MENGUBAH HIDUP KITA

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak berkongsi pula 10 amalan untuk kita sama-sama praktikkan dalam kehidupan seharian. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW dan jika dapat ISTIQAMAH melakukannya, ia mampu mengubah hidu kita menjadi lebih bahagia dan bermakna..InsyaAllah

1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya).
- Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:

“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail 
adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. 
Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, 
menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)

- Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci.

2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin).
- Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar 
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” 
(Al-Isra 17 : 82)

3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh).
- Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuhannya. Solat juga menghubungkan jiwa, roh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad saw bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” 
(HR Nasai)

4) Jaga solat Dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha).
- Rasulullah SAW bersabda: 
“Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” 
( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter’miss’ atau tertinggal walaupun sehari. Macam Yaya sendiri,kalau pagi tu xsempat buat atau tertinggal, Yaya akan ganti balik solat Dhuha yang tertinggal tu (jika ada kesempatan)..paling tidak,akan baca doa Dhuha pagi tu..Alhamdulillah, xsukar pun nak menghafal doa Dhuha. =)

5) Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang).
- Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah 
adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, 
pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa 
yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” 
(Al-Baqarah 2 : 261)

6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’).
- Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan 
mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun 
di kala malam yang dingin menusuk tulang.” 

Saidina Umar Al-Khattab RA: 
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

7)  Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda).
- Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, 
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda: 
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar 
kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” 
(HR Muslim dan Abu Daud)

8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.
- Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.

9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati).
- Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya: “Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam. Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. 
Imam Al-Banna berkata: 
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT).
- Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT : 
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT 
mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” 
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas: “Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Sumber: http://mutiarasyifa.sekolah4u.com/
Wallahhua'lam

Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin...

Sekian, Wassalam...=)

Saturday, 22 August 2015

BISMILLAH 5

Assalammualaikum w.b.t

Sekadar perkongsian..TAKE NOTED for those yang baru tahu and just REFRESH pada yang telah mengetahui sebelum ni.. ^_^
Bacaan dalam Rumi dan Makna ayat
1) Bismillahir Rahmanir Rahiim - Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Bismillahish Shaafii - Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Bismillahil Kaafii - Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Bismillahil Mu’aafii - Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim - Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’:
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat:
- Letakkan tangan di tempat yang sakit.
- Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
- Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
- Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
- Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
- Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
- Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
- Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5:
* Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
* Amalkan membaca ‘Bismillah 5', sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
* Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
* Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
* Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan 
Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan 
Maha Memberi Pertolongan.’

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/12/khasiat-bismillah-5/
http://mutiarasyifa.sekolah4u.com/amalan-bismillah-5/
Mari sama2 amalkan..Moga dapat memberi manfaat..
Sekian,Wassalam..=)

Sunday, 16 August 2015

SERVICE REVIEW : MAKEUP MAKEOVER BY NICK FIDZ ANDAM

Assalammualaikum w.b.t.

Lama Yaya tak buat review kan..sebelum ni pernah review untuk produk-produk je..now dapat buat review untuk servis pula. Yea! ^_^ Sebelum tu nak belanje pic selfie sat..hahahaha =p

suka pula pic ni...heeee =D

Servis review kali ni adalah untuk MAKEUP..sorry guys, this only for GURLZ yeahh..ahks! =p But can try for men also la..hahaha

Actually Yaya just done buat PHOTOSHOOT AIDILFITRI 2015 yang di organize oleh pihak UNIQUE SNAP PHOTOGRAPHY & EVENT MANAGEMENT @ UNIQUE SNAP WITH UNIQUE POSE (USWUP) semalam (15 Ogos 2015) di lokasi Taman Tasik Titiwangsa,KL. Event photoshoot dibuat sempena last Syawal la..semalam kan 30 Syawal...huhu of course semalam juga la banyak orang buat rumah terbuka kannn..heee

So, untuk photoshoot Aidilfitri semalam, Yaya di MAKEOVER oleh seorang mak andam yang gojes uollss..hikhik..(sukela tu Yaya orang make up dierr =p) Jadi bila Yaya di makeover oleh andam yang gojes of course Yaya pon jadi gojes jugak! haha (mule la tu nak perasan....ngeeee.. harusslaaa ^o^) 

Nak belanja gambar makeover semalam..sebenarnya malu nak tunjuk sebab pic muke Yaya yang macam hape ntah =_= orang bila hormon tengah tak stabil (jerawat + xcukup tido >,<) macam ni la jadinyaaa.. hhuhu Tapi for Kak Nick as MUA (makeup artist) Yaya, setakat muka cam bermasalah cam Yaya ni memang NO PROB bagi dier..cer usha 1 pic sikit... =D
:
:
:
:
:
:
:
:
::
:
:
Cantik x i uolss???? Ngeeeee =D
Of course pertanyaan di atas adalah untuk selepas di MAKE OVER kan..huhuhu 

Anyway Kak Nik yang gojes, THANK YOU SO MUCH coz sudi jadi MUA Yaya untuk event #PHOTOSHOOTAIDILFITRI2015 kali ni..hope akak xserik nak MAKEUP Yaya lagi ea..ahahahaha =p

Ok ni another service jenis makeup yang Kak Nik ni bagi ye...(Kak Nik,Yaya curi gambar sikit ye..haha =p)



Cantik uollss......

(curi pic Abang Syazwan aka photog ngeh3 pulak =p)

If anyone yang sedang mencari atau memerlukan MUA for any event sekalipun especially area SELANGOR/KUALA LUMPUR, boleh la contact direct dengan Kak Nik ni..very SPORTING and understanding apa yang kita perlu..Korang tengok makeover yang dia buat kat Yaya pon boleh tau dah..hahaha ^o^"

Psstt...Kak Nik kata kan,dia suka mata Yaya... @,@
Korang ghaseee???
LoL
kbai!
Ok,tu je...
Sekian,Wassalam.. =)

Friday, 14 August 2015

TIP MELEMBUTKAN HATI UNTUK BERTAUBAT

Assalammualaikum w.b.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud,
"Setiap anak Adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.."
(HR Ibnu Majah)

HATI yang lembut mendorong seseorang untuk berubah. Lembutkan hati dengan beberapa langkah ini:

# MENJAUHI KAWAN yang mengajak kepada MAKSIAT.
# BERKAWAN dengan mereka yang menggalakkan ke arah KEBAIKAN.
# Merasa TAKUT DAN JIJIK dengan dosa.
# Perbanyakkan MUNAJAT kepada Allah, BERISTIGHFAR, BERZIKIR dan solat pada waktu malam.
# PERBANYAKKAN DOA. Misalnya dengan mengamalkan doa yang dibaca oleh Rasulullah kepada Muaz bin Jabar, bermaksud,

"Ya Allah tolonglah kami untuk mengingati-Mu, 
untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk memperbaiki ibadat kami."
AMINN...

Cara lain yang boleh diambil adalah seperti yang boleh diambil adalah seperti kitab Tanbihul Ghafilin. Antaranya:

* Menjauhi atau MEMUTUSKAN HUBUNGAN dengan kawan yang mengajak kita MELAKUKAN MAKSIAT. Paling tidak, merenggangkan hubungan itu.
* Melakukan perkara yang baik dan meninggalkan KEMUNGKARAN.
* Sentiasa ingat tentang alam akhirat. Dengan ini seseorang itu akan TAKUT UNTUK MELAKUKAN DOSA.
* Percaya dengan JAMINAN ALLAH walaupun ada jaminan daripada manusia..
(Sumber: Majalah Iman)

Renung2kan....
Sekian,Wassalam.. =)

Monday, 10 August 2015

MAJLIS SILATURRAHIM SKSB 69-74

Assalammualaikum w.b.t.

Still dalam mood raya ke korang...? ^,^ Kalau tanya Yaya,emmm xtau la..macam ye,macam xde dah...haha tapi yang penting kat rumah still banyak kuih raya lagi ^o^ Lepas Hari Raya Haji ni nanti pun belum tentu dah habis kuih tu... =p Korang jemputlah mai rumah beraya walaupun raya dah habis, boleh tolong habiskan kuih raya kat rumah Yaya tu.heheh =D

Yaya jarang update coz xbanyak peristiwa menarik berlaku setiap hari, kalau ada pun xboleh nak share..haha (eh kata sharing is caringgg??huuu not all story can be share,ritee ;p) Ok back to future title. Hari ni teman Ibu Yaya pergi Majlis Reunion dia kat Meru,Klang.hehe boleh x?? Mak nye reunion anak2 sebok ikot..haha eh actually memang disuruh pergi dengan sefamili ok. tengok BANNER bawah ni.......

Untuk bekas pelajar SERTA KELUARGA...ok
hehe... ^o^


1st time iuollss pergi Majlis Reunion sekolah..sebab  sekolah / kelas Yaya xde pon buat lagi Majlis Reunion,kalau ada pon just perjumpaan kecil rakan-rakan yang rapat je..*tetibe rindu kat member sekolah dulu walaupon xrapat dengan dorang... haha

This is my 'IBU' heee 
Puan Rusmawati Bt. Yunus 
^o^
(TQ Abam photographer tolong amikkan picture KAMI ^_^)

FULLHOUSE suda..yang ramai orang bawak famly lor..sebab tu sampai xcukop tempat ahaha

Tapi takpa..asalkan ada kerusi..takda masalah..haha
lehh mcm xbiasa lak dok mkn xde meja, pastu amik extra kerusi 
letak la makanan atas tu ganti meja kannnn hehe.. ^o^

Macam-macam makanan ada...tapi of course kebanyakan nye makanan khas dihari raya,kan..da macam Open house pon ada da tengok..eh, sekali la kot kan..

KUIH @ KEK BATIK!
Makan ni je.. ^,^
myyy fevret..ngeeee terjumpa ni di suatu sudut,terus ambil sepinggan habiskan sensorang..lol
wahahaahah giler 'antu' kuih batik ni..(padahal boleh je buat sendiri...heeee=D)

Acaner nak cukop tempat lau cenggini..huhu
1 orang bawak family sampai 4-5 orang..haha 
Apapun ramai baru meriah kann aslkan cukop makan...^o^

Sekarang apa2 Majlis memang xsah kalau xda #kambinggolek @ panggang ni.. =D
Dapat jugak la merasa sedikit..ok la..so-so... lol =p

With my mum only my sister and her daughter...
and of course includingg 
ME! ^,^
DAK COMOT!
huhu #adaakukesah =p
Okeyh! Itu sahaja...yang Yaya sempat amik..kalau ada lagi dapat pic lain Yaya update..haha 

Lagi satu nk habaq...yang ni xde kena mengena dengan cerite REUNION my mum ni.. Just nak tanya..korang pernah jupe boy @ guy yang minat BACA NOVEL?? yup.memang ada but sangattt jarang untuk ditemui..n latest ni jumpe one boy ni err or guy..hehe yang SANGAT minat baca novel....

INTRODUCE... EN.IZZWAN

Heee giler kentang.! Yaya minat baca novel time sekolah je la..pastu dah THROWBACK, hilang minat dengan novel..sangat KLISE jalan cerita..bowink..huuu =_=" ples bring new idea weyhh! >p haha Anyway, EN.IZZ is one of da blogger to0..but i guess he's not so active haha EN.IZZ...bila nak aktif balik?? Awak tahu kan LAST ENTRY awak bila???.." 
>> BLOG EN.IZZ <<
lol ^o^

It's Ok xpe..maybe need some mooooreee timee kan..huhu...kite tunggu je la ye =p
Sekian,Wassalam.. =)

Thursday, 6 August 2015

PUASA ENAM (6) DI BULAN SYAWAL

Assalammualaikum w.b.t.


Hari ni genap 21 Syawal..ada balance lagi 8 hari lebih kurang untuk sampai ke penghujung bulan Syawal ni. Masih sempat lagi buat sesiapa yang belum lagi berkesempatan untuk buat puasa 6 ni ^,^ hehe. Yaya dah habis puasa ganti tapi hope dapat juga la sipi2 ganjaran puasa 6 ni..ahah boleh plak kannnn. Alhamdulillah da selesai hutang posa. Hari ni pun baru masuk hari ke-2 pose 6. Harap dapat lah selesai. Tapi andai tidak sampai,redha je la.. >,< (tu la sape suh start pose lambat kann huu ='(

Semua tahu apa kelebihan apabila kita menyambung puasa dibulan Ramadhan dengan berpuasa 6 dibulan Syawal ni kan, tapi Yaya saje REFRESH balik ea..untuk diri sendiri juga.. =D

Puasa enam hari dalam bulan Syawal walaupun hukumnya sunat tetapi ganjarannya besar. Ganjaran pahala ini adalah satu kelebihan bagi umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan di sisi Allah سبحانه وتعالى. Puasa enam hari selepas Ramadhan ini akan diberikan ganjaran pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. 

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti dia berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim)

Dikatakan begitu kerana orang yang melakukan satu kebaikan akan mendapat 10 kebaikan yang setimpal. Berpuasa selama sebulan Ramadhan bererti puasanya adalah ibarat puasa selama 10 bulan. Berpuasa selama enam hari di bulan Syawal pula seumpama dengan 60 hari berpuasa.

Sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah سبحانه وتعالى, alangkah baiknya seandainya kita dapat mengekang nafsu syahwat dengan amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan kita teruskan juga di bulan Syawal ini walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa istiqamah beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى supaya terus dapat membina hubungan dengan Allah سبحانه وتعالى dan mengekalkan hubungan baik sesama manusia seperti dilakukan pada Ramadhan. Kata ulama, betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah سبحانه وتعالى pada Ramadhan, sedangkan pada bulan lain Allah سبحانه وتعالى dilupai. 

Rugi bagi kita jika tidak mengambil kesempatan dan peluang yang Allah سبحانه وتعالى berikan ini untuk menambah amal ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Jadikanlah Syawal ini ruang untuk kita meneruskan momentum beramal salih kepada Allah سبحانه وتعالى, mudah-mudahan kita menjadi hamba yang mendapat pandangan tertinggi di sisi-Nya dan penghuni syurga Allah سبحانه وتعالى yang kekal abadi.

Aminn..mudah-mudahan ye =)
Sekian,Wassalam

Info dari 

Saturday, 1 August 2015

BERTAMBAH 1 TAHUN..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..genap suda tahun ni umo 26 y/o huuu..iollss xmalu n segan beritahu ok. Nak malu apa kan..just a NUMBER lol =p (tapi dalam ati ko xtau bertapa gusarnya..cewahh ayat novel..haha)

Anyway thanks pada semua yang dah wish Yaya..belated wish pon adoo..xpela.xkesa..Yang penting wish.(eh wish je keeee....xdak nak huloq pape kaa?? =p haha ok juz kidding!)

Thank you sooo MUCH!! ^,^

aii..gambo jee?? xde delivery cake ke en.Google??? =_= heee

Yeaaaa...da redeem POPCORN..TICKET je blum.hiks..tunggu movie besszzz ^o^

Ehem...! =p

Jangan tanya about celebration....Yaya xde celebrate pon...emm. =) Nothing to say. Just want to say ALHAMDULILLAH..masih dberi peluang untuk merasa pertambahan umo ..huhu Just hope hari2 yang mendatang menjadi lebih baik..=)

Sekian,Wassalam ^_^

Popular Posts