Tuesday, 21 July 2015

SEKADAR RENUNGAN : BERSIHKAN HATI

Assalammualaikum w.b.t.

Ramadhan bulan yang penuh barakah telah berlalu pergi meningglkan kita..harapan kita sekarang adalah semoga segala amal ibadah kita diterima oleh NYA..amin.. InsyaAllah. Husnuzon ok. ALLAH itu Maha Penyayang, Pengasih, Pengampun pada hamba yang taat pada-NYA =)

Bulan suci yang telah berlalu pastinya ramai di antara kita tidak lepas peluang untuk memperbaiki diri, berubah untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya kan..sama la juga dengan tuan belog yang menaip entri ini..hehe Tapi, soalnya sekarang, adakah kita hanya berubah di waktu bulan Ramadhan sahaja..? atau perubahan yang baik itu akan dibawa selamanya hingga habis Ramadhan sekalipun..? 

Tanya hati, fikirlah sendiri ...sekadar berkongsi dan untuk renungan bersama..moga perubahan baik kita itu tidak hanya berlaku pada bulan yang baik sahaja,ye.. ^_^


Sekian, Wassalam.. =)

Monday, 20 July 2015

SALAM SYAWAL 1436H

Assalammualaikum w.b.t.

Syawal ke-4..baru ada masa nak update entri wish raya ko yaya...hahah maaf sangat pada rakan blogger yang dtang singgah..Yaya xde entri baru, wish raya..ni baru nak update..haha

Anyway, xterlewat lagi kan...so Yaya nak wish pada semua...
|
|
|
Raya kat area Klang, Selangor je coz memang ank jati sini..xtau la akan datang tmpat len pula kan..heheheh ;p ehem...

Yaya banje sikit pic masa 1st raya ri tu ye..ni kat kg..rumah makcik Yaya.. =D Nak introduce korang sedara mara Yaya..haha.. semua kaki selfie/wefie... =p

Pakcik Yaya and his family...
Pakcik Yaya and his family..
Semua anak bujang..da besau2 korang dah yeee...huhu
 Pakcik Yaya lagik and his family..
Semua boy jugak...hiks! =D
Pakcik Yaya..and his wife.. =)
 Kita selfie dulu...=D
Pakcik Yaya lagi lagi..haha...and his family..
Tang ni semua anak daraaa...haaa cun2 semua.. ^,^
 Ni pula family Yaya...tapi xcomplete coz akak Yaya xde..balik kkg husband dia..
and my brother pula errr....zzzz(tidoo) =_="

Yang bawah ni plak gmbar wefie KAMI..hiks







Tak berapa jelas pula gambar..huhu...xpela..ade ku kesahhh??
janji dpdt mik gambauu...huhu.. ^o^

Yang ni pula gambar sefamily tp xcukop korum..ramai yang balik kampung mertua..
hiks!
 Hanya separuh keluarga Haji Yunus...huuu
Our beloved grandfather and grandmother..
ahaks! ^_^

Now introduce my sibling and their family la..juz 2 only.. =)
^,^
 Kakak Yaya and her family...=)
My brother and his wife... =)

and last but not least....it's MEEE..!! 
alone as usual -_-
(memang sengaja edit gambar sebab xnk bg nampak jelas jerawat yang
sedang galak tumbuh kt muke ni..huhu >,<)
^_^
Ok.itu sahaja..xde meriah mana raya Yaya tahun ni..bnyak dok uma...xde org ajak g beraya..member semua pon bz hal memasing...emm ok..bye (sedei...sob sob..smbil lap air mate..ahahah =p)

Sekian,Wassalam =)
SELAMAT HARI RAYA.. ^,^

Thursday, 16 July 2015

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H

Assalammualaikum w.b.t.

Ini akan jadi STICKY POST dalam sepanjang bulan Ramadhan ni..yela,coz bukan semua orang baca setiap hari, ntah ade singgh ke x..(>,< ) Yaya xmau ada yang terlepas baca ni..(sebab kita nak minta MAAF dengan semua orang.. ^_^) Entri ni KHAS untuk mereka-mereka yang mengenali Yaya @ Nurhidayah Mohammad ni,ok... =D

Bulan rahmat yang dinanti-nanti telah kunjung tiba..Alhamdulillah diri ini masih sempat untuk masuk ke dalamnya. Dan, harap dapat selesaikan hingga ke penghujung bulan mulia yang penuh barakah ni..

Di kesempatan ini, seperti rakan-rakan yang lain, Yaya pun nak pohon kemaafan/keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki pada rakan-rakan yang mengenali Yaya. Tak kira kenal dari mana, macamana or bagaimana..

Buat kengkawan yang kenal Yaya sejak dari Sekolah Rendah, menengah, kolej or tempat-tempat 'khusus'hehe dan juga rakan-rakan kerja..harap korang maafkan segala salah silap yang telah dilakukan. Mungkin ada yang Yaya senjaga lakukan, mungkin juga tak sengaja..hope dimaafin yaa salahnyaa.. #ehtetibebertukarpulak ;p

Dan jika Yaya ada hutang dengan korang, tolonglah beritahu yee.. #tapirasanyamacamxde #jangancubenaktipuyayapulak huhu >,< Kalau boleh dihalalkan tu, halalkan lah ye.heeee

Lagi, emm MAAF juga jika Yaya ade TERngumpat, TERngata or macam-macam lagi yang 'TERR'pada siapa2 je ye. Kadang-kadang diri xsedar sedang mengata seseorang..ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM.. Buat dosa dengan ALLAH, kita cuma perlu mohon keampunan dariNYA..Sesungguhnya DIA Maha Pengampun lagi Maha penyayang..Tapi kalau buat dosa pada sesama manusia ni...ALLAHU..kita perlu minta maaf pada orang tu sampai hari akhir kelak. Yaya xmaulah nanti sampai kena cari korang Jadi Yaya minta maaf ye pada SEMUA (yang tengah membaca ni).

MAAF juga jika ada perkataan-perkataan yang kurang sedap didengar kat telinga yang telah diungkap dari mulut ini yang telah buatkan korang ada yang rasa sakit hati ke, terasa hati ke, buat korang geram ke or apa2 yang sewaktu dengannya. Almaklumlah, saya cuma manusia biasa. Setiap hari buat salah, samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Saya sedar juga diri ni banyak kelemahan. Jadi, tolonglah Yaya juga ye, ada salah, silap, tolongla tegur, ingatkan, tapi harap tegur pun dengan cara yang baik ye..heee =D

Last but not least, Yaya tau ramai juga yang ada ngumpat, mengata diri Yaya ni..xkurang juga ada yang buat perkara yang xelok dibelakang Yaya..Yaya tahu semua tu. Macamana tahu? eh adalah....heeee Tapi Yaya xnak jugalah fikir yang buruk, bersangka buruk ni xelok, xbaik, kann..sooooo Tak penting lah dari mana Yaya tahu ke apa ke, yang penting sekarang, Yaya nak korang tahu, Yaya da maafkan SEMUA ORANG..dah halalkan juga makan minum kalau ada, dan kalau ada hutang tuu..er yeke..heeehe =p InsyaAllah (tapi itu untuk jumlah hutang yang kecil la..haha,kalau besar tu err..tolongla jangan buat2 lupa..saya ni pun bukan orang berharta.. >,< ngeee

Banyak betul bebelan Yaya ni..hee luahan hati la katekannn..apa pun SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, bulan yang penuh barakah, moga kita dapat memperbaiki diri, menambah sebanyak yang boleh amal ibadah yang termampu kita lakukan, lebih baik dari sebelumnya. Mudah-mudahan segala amal ibadah kita diterima oleh NYA.. aminn. InsyaAllah. ^_^


Sekian,Wassalam.. =)

Thursday, 9 July 2015

6 SIFAT ORANG ARIF

Assalammualaikum w.b.t.

6 SIFAT ORANG ARIF

Seorang ahli hikmah berkata: "Sifat orang arif (yang mengenal Allah s.w.t) ada enam iaitu:

1) Jika ingat kepada Allah s.w.t maka DIA BERBANGGA.
2) Jika ingat pada dirinya maka DIA BERASA RENDAH.
3) Jika meliht ayat-ayat Allah s.w.t. maka DIA MENGAMBIL IKHTIBAR
4) Jika ingin bermaksiat maka DIA MENAHAN DIRI
5) Jika ingat maafnya Allah s.w.t maka DIA GEMBIRA
6) Dan jika ingat dosa-dosanya maka DIA MINTA AMPUN.."

Sharing is Caring... <3 <3<3 =)

Sekian,Wassalam...

Wednesday, 8 July 2015

KAD RAYA : KAMU TETAP PILIHAN HATIKU...!

Assalammualaikum w.b.t.

Yeaa..dapat KAD RAYA..dari kawan blogger TERUNA & DARA ni..ahaks! Thanks a lot... Adei sekarang kad raya nak kena mintak tau..hahah except to En.Caliph @ Irwan, tq masih ingat Yaya..hiks! >,<


Rasanya tahun ni 2 kad ni je la ada daapt...haha ko bajet ramai orang nak bagi kat ko ke Yaya??memang x r..haha sebab? ko pun xde bagi kat orang.. =p adesss.. xsempat nk prepare lorr..huuuu sowi..mayb sempat buat yg DIGITAL kad raya nye la..heeee =D

Anyway, hari ni da masuk pose ke 21..Alhamdulillah..masih dberi kesempatan untuk sampai ke hari ni..harap dipnjngkan umur untuk sampai ke penghujung..sayunk Yaya semua, masa xlama lagi dah ni..j0m sama2 kita BERLUMBA tambah amal IBADAH..ye..same2 kita perbaiki diri,sama2 kita buat kebaikan..ubah diri agar menjadi lebih baik dari sebelum ni.. ^_^ 

SENTIASA INGAT MENGINGATKAN.... =)
Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 7 July 2015

MENGENAI KERETA

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak share something pasal kereta pula..yela..sebab ramai orang akan menggunakannya tiap kali musim cuti or perayaan,betul x..?Mayb awal nak cerita pasal ni..yela..cuti raya pon lambat lagi kan..huhu..xpela..Yaya share je ok.. =D
Apa Yaya nak share ni just sikit je..tapi penting juga untuk kita tahu lebih2 lagi yang perempuan ni. Bukan reti sangat,ye x..dapat tau perkara yang basic pun kira ok la..boleh jgak 'survive' lagi..hiks! =p

Ok. Antara isu mengenai kereta ni adalah:

1) Berapa lamakah tempoh cermin depan kereta perlu ditukar? Adakah ia mempunyai jangka hayatnya?

>> Cermin hadapan kereta hanya perlu ditukar jika pecah atau rosak akibat calar. Jarang sekali cermin yang dipasang pengeluar kereta menjadi kabur atau kelabu dan ia boleh bertahan sehingga akhir hayat kenderaan itu. Cermin yang rosak mungkin sudah diganti alat ganti tulen dengan kualiti lebih rendah.

2) Berapakah waktu minimum yang sesuai untuk menghidupkan kereta pada waktu pagi.

>> Ada beberapa pendapat berhubung pemanasan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan. Malah ada yang mengatakan bahawa ia tidak perlu. Namun, ia sebenarnya berfungsi seperti manusia yang harus memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti bagi mengelakkan kejutan.

Kenderaan yang direhatkan semalaman akan menyebabkan komponen logam mengecut sedikit. Bergantung kepada lokasi dan kegunaannya, ini akan menjadikan komponen itu lebih ketat atau longgar. Kerana itu, cukup sekadar memanaskan enjin hingga pusingan enjin melahu dengan ‘tenang’.

Pemanasan kadangkala hanya mengambil masa lima minit bagi enjin moden yang mempunyai injap pemanas dalam sistem penyejukannya. Injap itu akan menghalang bahan cecair penyejuk enjin daripada mengalir supaya lebih cepat panas ke suhu operasi.

Perlu dipertimbangkan juga bahawa semua minyak pelincir yang berada pada dinding enjin mungkin berada dalam takungan selepas dibiarkan semalaman. Oleh itu, elakkan daripada membebankan enjin selepas dihidupkan pada waktu pagi bagi mengelakkan kehausan yang mungkin berpunca kekurangan minyak pelincir.

3) Apakah kesan jika membasuh enjin kereta. Ini kerana saya dimaklumkan enjin akan terjejas jika kerap membasuhnya.

>> Tidak salah untuk membersihkan ruangan enjin tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan teratur. Enjin kereta diperbuat daripada bahan logam yang berubah bentuk sekiranya mengalami perubahan suhu mendadak. Jika enjin masih panas, elak menyiramnya dengan air sejuk atau meredah air yang dalam. Ini mungkin menyebabkan kerosakan kekal pada beberapa komponen enjin sekali gus mengakibatkan kegagalan beroperasi atau kebocoran pelapik. 

Justeru, pastikan enjin anda sudah sejuk sedikitsebelum membasuhnya dan elakkan membasahi bahagian elektrik. Sambungan elektrik yang terlalu basah boleh mengakibatkan litar pintas pada bahagian voltan tinggi seperti litar palam pencucuh. Selain itu, enjin mempunyai lubang kemasukan udara. Pastikan ia tertutup sebelum anda membasuh ruang berkenaan.

Ok..hanya ISU itu sahaja yang dibangkitkan hari ni..hehe hope sekrng pada sesiapa yang belum tahu, take note ye..termasuklah Yaya punnn huhu >,< almaklumlah..tau bawa jeee =p
(Sumber: HarianMetro Online)
Sekian,

Monday, 6 July 2015

RAYA GIVEAWAY BY ERZA

Assalammualaikum w.b.t.

CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

Popular Posts