Friday, 26 June 2015

KELEBIHAN BERPUASA

Assalammualaikum w.b.t.

Puasa merupakan latihan kesabaran dan kesungguhan dalam mentaati perintah Allah SWT samaada dalam melaksanakan perintahNYA mahupun menjauhi laraganNYA. Bersabar dan tabah dalam mengharungi keadaan lapar dan dahaga walaupun makanan dan minuman terhidang di hadapannya. Juga sabar dengan penuh ketaatan dalam menghitung saat-saat dan detik-detik yang bergerak perlahan untuk menuggu waktu berbuka puasa. Sesungguhnya telah termaktub di dalam al-Quran dan sunah tentang kelebihan berpuasa, antaranya:

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 35 yang bermaksud, "...lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatan diri mereka, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar."

2. Mustajab doa
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang-orang musafir."

3. Puasa mengawal syahwat
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Wahai sekalian anak muda! Barang siapa antara kamu yang mampu untuk berkahwin, makan berkahwinlah, kerana sesungguhnya (melalui perkahwinan itu) akan terhalanglah pandangan mata (daripada memandang perkara-perkara yang dilarang) dan terpeliharalah kehormatan diri, dan barangsiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin), maka hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu baginya adalah perisaii (dapat menahan syahwat).

4. Selamat dari Api Neraka
Nabi SAW bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "TIdaklah bagi seorang hamba yang berpuasa sehari semata-mata kerana Allah SWT melainkan Allah akan MENJAUHKAN DIA DARIPADA API NERAKA SEJAUH TUJUH PULUH TAHUN PERJALANAN)."

5. Penebus Dosa
Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, nescaya akan diampunkan SEGALA DOSANYA yang telah lau."

6. Puasa menjanjikan SYURGA
Diriwayatkan daripada Abi Umamah, beliau bertanya Rasulullah, "Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi lalu bersabda yang bermaksud, "Ke atasmu puasa, tidak ada amalan lain yang sama dengannya." (HR an-Nasa'i)

Renung-renungkan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. ^_^
Sekian,Wassalam =)

Monday, 22 June 2015

JIMAT DI MUSIM PERAYAAN

Assalammualaikum w.b.t.

Macam awal sangat la pulak kan kalau nak cakap pasal raya ni. Tapi mungkin juga tak awal..yela, sebab nk buat persiapan raya ni memang perlu buat perancangan awal.Baru lah kita boleh nak buat bajet berapa,kan. Ada sesetengah orang, awal tahun lagi da buat bajet untuk raya nanti, yela, nak semua nanti lengkap..xda yang kurang..huhu Takkan lah nanti nak raya baru beli semua barang, ye x??. Bijak dalam perbelanjaan itu perlu..! huhu So, kat sini, Yaya SHARE kan je tips ni kat korang ye. Hope, takdelah sampai ada yang tak cukup or terpaksa pinjam meminjam pula..please DON'T ok..nanti ponin pale pikir nak bayar balik plak..kalau orang sedekah xpela juga..hiks! ;p

Sememangya banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan ketika persediaan musim perayaan, namun dengan sedikit perancangan dan kawalan, perbelanjaan juga dapat diminimumkan supaya tahun ini, kita berada dalam bajet perbelanjaan musim perayaan.

Berikut enam(6) tip untuk berjimat ketika musim perayaan:

1. Lebih awal lebih baik

Tip pertama untuk kita bersiap sedia lebih awal. Ertinya, cara terbaik dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan ketika bulan Ramadan adalah dengan tidak hanya tertumpu pada Ramadhan dan musim perayaan untuk membeli.

Sebaiknya, bersedia lebih awal sepanjang tahun sedikit demi sedikit dalam persiapan musim perayaan. Dengan cara ini, sejumlah wang yang besar tidak perlu dibelanjakan khusus untuk perayaan. Tetapi, segala perbelanjaan beli-belah diagihkan sepanjang tahun sikit demi sedikit sebagai persiapan musim perayaan.

2. Sediakan senarai
Senaraikan perbelanjaan yang diperlukan. Dengan merancang perbelanjaan sebelum tiba musim membeli, ia dapat menjadikan tabiat pembelian kita lebih terkawal. Lakukan perancangan dengan menyenaraikan perbelanjaan mengikut kepentingan. Apa yang penting ditempatkan di bahagian atas senarai dan apa yang kurang penting di bahagian bawah senarai itu. Tetapkan juga perbelanjaan yang mungkin tergolong dalam kategori tidak penting langsung. Sememangnya ada! Dan perbelanjaan sebegini yang akan tergolong dalam pembaziran.

Dengan menyenaraikan barangan yang perlu dibeli mengikut kepentingan dan keutamaan, ini satu perancangan kewangan asas dalam menyediakan kita menghadapi musim membeli-belah ketika Ramadan. Elakkan daripada membeli apa yang tidak terdapat dalam senarai kita. Latih diri untuk mengawal perbelanjaan mengikut senarai yang sudah dibuat.

3. Gunakan Internet
Tidak seperti dulu, kini perbandingan harga amat mudah dilakukan melalui Internet. Lakukan penyelidikan dan perbandingan harga secara dalam talian mengenai barangan yang perlu beli terutama sesuatu yang mahal. Cari jalan dan cara anda dapat menjimatkan wang dalam pembelian musim perayaan dengan penyelidikan di Internet.

Mungkin di sesetengah tempat, anda boleh dapatkan barangan yang anda inginkan pada harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Segala pengurangan belanja adalah satu penjimatan bagi anda.

Penyelidikan juga bukan hanya fokus pada membandingkan harga, tetapi juga daripada ulasan atau cadangan pengguna lain supaya lebih mudah anda dapat melakukan keputusan pembelian yang tepat. Mungkin selepas membaca cadangan pengguna lain, anda mengambil keputusan tidak membeli sesuatu itu maka, penjimatan sudah dilakukan!

4. Ambil kesempatan jualan murah
Musim perayaan semestinya terkenal dengan jualan istimewa dan diskaun hebat. Namun perlu berhati-hati juga dengan perniagaan yang tidak bertanggungjawab mengiklankan tawaran yang pelbagai tetapi sebenarnya pada harga yang lebih mahal.

Sebab ini, pentingnya penyelidikan dan persediaan awal. Adakah harga selepas diskaun benar-benar rendah atau hanya sekadar teknik memainkan emosi anda untuk membeli?
Ketika musim perayaan, emosi pembelian kian memuncak. Emosi ini yang menarik pembeli untuk melakukan pembelian yang kadangkala tidak diperlukan. Dengan merancang perbelanjaan dan mengikuti senarai perancangan yang sudah dilakukan, emosi ketika jualan murah lebih mudah dikawal.

5. Tunggu dulu
Ada juga pesanan daripada pembeli musim perayaan untuk tidak gelojoh membeli ketika awal Ramadan. Sebabnya apabila di penghujung Ramadan, harga barangan akan jatuh lebih rendah untuk menghabiskan stok. Betul juga pesanan itu kerana barangan musim perayaan sering cuba dihabiskan ketika Ramadan. Sekiranya boleh, ambil peluang ini. Sememangnya betul, pilihan akan menjadi kurang di akhir Ramadan tetapi tepuk dada tanya selera. Mungkin ini boleh menjadi strategi perbelanjaan anda tahun ini.

6. Ambil kesempatan berniaga?
Apabila menyebut mengenai tip menjimat wang, pastinya tidak lari juga dengan isu menjana wang. Sekiranya mendapat wang tambahan, maka lebih selesa perbelanjaan dan lebih banyak dapat disimpan.

Seperti yang dikatakan, Ramadan bulan yang dilimpahi dengan pelbagai rezeki keberkatan. Mana tahu, inilah masanya untuk anda memulakan perniagaan mendapat rezeki keuntungan perniagaan yang berkat? Betul tak?
(Edit : Yaya, sumber : HMetro online)
Sekian,Wassalam.. =)

Sunday, 21 June 2015

RAYA GIVEAWAY BY SALLY SAMSAIMAN

Assalammualaikum w.b.t.


Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Thursday, 18 June 2015

SALAM 1 RAMADHAN 1436H

Assalammualaikum w.b.t.

KEBAIKAN BERPUASA PADA TUBUH BADAN

Berpuasa akan meningkatkan fungsi hati dan proses detoksifikasi tubuh kita. Sel-sel tubuh dan organ dalaman kita dapat dibersihkan dari pelbagai toksin yang diserap sepanjang tahun.

Dengan mengawal pemakanan dalam bulan puasa, sel-sel lemak yang terkumpul akan dibakar dan tubuh akan menjadi lebih kurus serta bertenaga. Oleh itu kita tidak makan secara berlebih-lebihan pada waktu malam sepanjang Ramadan ini (yekeeee...hiks =p).

Dalam kajian terbaru dibuat University of Southern California menunjukkan berpuasa selama beberapa jam sehari akan meningkatkan sistem imuniti tubuh manusia dengan penghasilan sel-sel darah putih yang baharu daripada sel-sel ‘stem hemopoietic’. Oleh itu ia akan membantu meningkatkan imuniti tubuh manusia terutama pesakit yang mengalmiii masalah sistem imuniti yang rendah.

Ramadan bulan ibadah dan bukannya bulan pesta makanan. Ramadan juga bulan latihan dan kawalan diri dari sudut makan, minum, hubungan seksual dan kehendak lain (INGAT TUU!). Ia akan membantu membentuk disiplin diri yang baik jika dilakukan dengan sempurna. 

Makanan ketika berbuka perlu dikawal jumlah dan jenisnya.Jangan terlalu berat ketika berbuka puasa. Berbukalah sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah iaitu makan buah kurma/tamar atau buah-buahan yang manis dahulu. Selepas solat Maghrib barulah makan makanan yang agak berat dan utamakan sayur-sayuran serta minumlah air secukupnya. 

Minumlah air mineral atau air kosong dan JANGANlah amalkan minum air manis dan berkarbonat ketika berbuka puasa. Air manis berKALORI TINGGI dan mempunyai gula yang banyak yang akan menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari.

Budaya kita di Malaysia dengan pasar@Bazaar Ramadan menyumbang kepada masalah makan berlebih-lebihan ketika berbuka. Ini kerana kita akan membeli makanan di pasar Ramadan ketika perut lapar dan kita cenderung membeli makanan secara berlebih-lebihan.

MARI!! Ambil peluang dengan kedatangan Ramadan ini dengan menumpukan pada IBADAH dan secara tidak langsung mendapat kesihatan yang baik dengan berpuasa. Insya-Allah.
^_^
(Edit : Yaya, sumber : HMetro online)

Monday, 8 June 2015

SELAMATKAH KATA KUNCI ANDA??

Assalammualaikum w.b.t.


Kita semua ada buat PASSWORD kan untuk mana2 laman web or apa2 je lah yang penting bagi korang. Contoh akan letak kat komputer / laptop, dan bukan kat pc je tapi kat handphone korang pun mesti ada letak kan. Selain dari tu, semua account korang for sure kena letak PASSWORD.kan.

Untuk apa letak PASSWORD tu? Untuk mengelakkan orang lain @k@ 'hacker' or stalker or yang ber'ker2' lain tu dari menceroboh masuk ke dalam dan mencuri segala 'harta',dokumen peribadi korang..lagi dahsyat kalau dorang dapat 'crack' korang nye SEKURITI yang korang sangka selamat rupanya TIDAK! dan mencuri data mengenai CARD CREDIT korang, or korang punya ONLINE BANKING PASSWORD contoh macam CIMB Clicks @ MB2U @ RHB dan yang sewaktu dengannya...haaaaaa masa tu kalau dah berlaku, menangis air mata darah pun tiada guna..huhu amboi Yaya dahsyat benor bunyinyerr..hehe xdelah, just nak korang tahu dan alert dengan perkara ni, if hacker2 or stalker2 yang tengah memerhati kat luar tu dapat menceroboh masuk, habislah data peribadi yang kita simpan tu..

SO, nak dipendekkan cerita merapu kat atas ni yang Yaya sendiri xtau merapu apa dah =_=, Yaya nak share je satu link ni kat korang. Yaya dapat link ni dari bos company as Yaya kerja kat tempat yang memang amat memerlukan SECURITY yang betul2 SECURE..huhu Hari tu boss suruh kami cek PASSWORD pc masing2 sebab jika didapati ada pc kitorang yang boleh di crack oleh hacker, kitorang akan disaman...dalam USD lak tu bkn dalam RM tau..huhu jangan main2 woo

Menurut boss, jika PASSWORD yang di reka tu boleh di hack dalam jangka masa kurang
10tahun bermakna PASSWORD tu SANGAT LEMAH! Jadi gambar yang korang tengok kat atas ni adalah PASSWORD yang Yaya create. Bukan years tapi BILLION years dah..ahaks!
Korang meh try pula buat..nak tau jugak sejauh mana SECURE PASSWORD korang tuu. ^,^ try klik link ni, ok! :

Bila dah tau sejauh mana SECURE PASSWORD korang, baru betul ati boleh senang..agaga senang la sangaattt =p

Ok. Itu je. Hope dapat beri sedikit manfaat untuk korang ye! (^,<)
Sekian, Wassalam =D

Saturday, 6 June 2015

KONSEP REZEKI

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni just nak sharing something..yang Yaya baca dariiii...em mana ea..alamak lupa suda...huhu Lama simpan entri ni alam 'lappy' sebenarnya..pasai tu lupa copy dari mana..=p Tak kisahlah..untuk sharing dengan korang je..tentang REZEKI.. jemput baca ye.. =)

KONSEP REZEKI:

1) Konsep Rezeki Pertama - Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

2) Konsep Rezeki Kedua - Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain. Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain. Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

3) Konsep Rezeki Ketiga - Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak. Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? TAK. Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan, “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

4) Konsep Rezeki Keempat - Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni? Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni??
Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni.
Aminn....
 
SUBHANALLAH 
ALHAMDULILLAH
LAILAHAILLALLAH
ALLAHUAKHBAR
Sekian,Wassalam =)

Popular Posts