KELEBIHAN BERPUASA

Assalammualaikum w.b.t.

Puasa merupakan latihan kesabaran dan kesungguhan dalam mentaati perintah Allah SWT samaada dalam melaksanakan perintahNYA mahupun menjauhi laraganNYA. Bersabar dan tabah dalam mengharungi keadaan lapar dan dahaga walaupun makanan dan minuman terhidang di hadapannya. Juga sabar dengan penuh ketaatan dalam menghitung saat-saat dan detik-detik yang bergerak perlahan untuk menuggu waktu berbuka puasa. Sesungguhnya telah termaktub di dalam al-Quran dan sunah tentang kelebihan berpuasa, antaranya:

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 35 yang bermaksud, "...lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatan diri mereka, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar."

2. Mustajab doa
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang-orang musafir."

3. Puasa mengawal syahwat
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Wahai sekalian anak muda! Barang siapa antara kamu yang mampu untuk berkahwin, makan berkahwinlah, kerana sesungguhnya (melalui perkahwinan itu) akan terhalanglah pandangan mata (daripada memandang perkara-perkara yang dilarang) dan terpeliharalah kehormatan diri, dan barangsiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin), maka hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu baginya adalah perisaii (dapat menahan syahwat).

4. Selamat dari Api Neraka
Nabi SAW bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "TIdaklah bagi seorang hamba yang berpuasa sehari semata-mata kerana Allah SWT melainkan Allah akan MENJAUHKAN DIA DARIPADA API NERAKA SEJAUH TUJUH PULUH TAHUN PERJALANAN)."

5. Penebus Dosa
Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, nescaya akan diampunkan SEGALA DOSANYA yang telah lau."

6. Puasa menjanjikan SYURGA
Diriwayatkan daripada Abi Umamah, beliau bertanya Rasulullah, "Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi lalu bersabda yang bermaksud, "Ke atasmu puasa, tidak ada amalan lain yang sama dengannya." (HR an-Nasa'i)

Renung-renungkan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. ^_^
Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

2 Comments

  1. insyaALLAH ...moga kita sama2 beroleh keberkatan & pahala berlipat kali ganda

    ReplyDelete