TIPS MERAWAT PATAH HATI

Assalammualaikum w.b.t.
Hati terluka akibat ditinggalkan orang yang disayangi sudah lumrah kehidupan. Setiap orang pasti melalui pengalaman itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ada yang trauma dan serik untuk melalui zaman percintaan atau menaruh harapan pada cinta kerana berasa diri tidak mampu melalui dugaan sebegitu sekali lagi.Contoh paling dekat, Yaya sendirilah.huhu. Sejak dari zaman 'cinta monyet' masa sekolah rendah (amboi kecik2 da pndai cintan cintun lak Yaya ni =p) sampai dewasa ni.Pengalaman tu terlalu banyak kalau nak dikongsi.

Hati yang terluka berkali-kali mungkin membuat jiwa lara,terseksa hingga ia mengambil masa berbulan atau mungkin bertahun untuk pulih semula. Namun, hati yang terluka mampu membentuk diri menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya, menjadikan diri lebih kuat dari segi rohani.

Siapa saja yang pernah melalui dugaan putus cinta pasti faham betapa perit rasanya. Pengalaman paling ‘mengerikan’ tetapi amat berharga.

Ada yang sanggup bertindak di luar batasan kerana cinta. Pemikiran yang rasional dibuang ke tepi kerana terlalu mengikut kata hati. Tiada yang salah mengenai pepatah ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’. Oleh itu, setiap yang melalui dugaan perlu mengambil iktibar daripada apa saja yang berlaku dan menerimanya sebahagian qada dan qadar dengan hati terbuka.

Dalam soal ni,Yaya sendiri akui sebelum ni memang jahil sangat. Terlalu taksub dan mengikut kata hati. Bila putus cinta, mula la nak frust menonggeng..ahks! Budak la katakan. Now, dah dewasa ni, bila fikir and kenang balik waktu dahulu rasa nak gelak pun ada and the same time mmg rasa kecewa dengan diri sendiri dulu. Buat apa lah nak frust bagai untuk orang yang memang bukan ditakdirkan untuk kita,kan.

Dalam mencari ketenangan, perkara UTAMA yang perlu dilakukan adalah mendekatkan diri dengan yang Maha Esa dan percaya Allah merancang yang lebih baik untuk kita kerana sudah tentu sebagai manusia, kita sebenarnya tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Pada masa sama, kita perlu fokus membentuk pemikiran positif yang mampu membantu diri mengharungi hari mendatang dengan cekal sehingga akhirnya kesakitan lalu dapat dilupakan selamanya dan digantikan dengan kebahagiaan.

Apa yang penting langkah bagi melupakan kepahitan lalu dan memberi tumpuan pada masa depan.

Justeru, berikut antara lima langkah yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses pemulihan hati yang terluka akibat kehilangan orang tersayang.

1. Meluahkan perasaan

Jangan salah tafsir. Luahan perasaan yang Yaya maksudkan disini bukanlah meluah pada kengkawan mahupun ahli keluarga, jauh sekali meluah didalam FB, TWEET dan yang seumpama dengannya.huhu. Tapi yang Yaya maksudkan adalah dengan meluah, mengadu segala keperitan, kesakitan yang kita sedang rasai pada yang Maha Mendegar..INGAT, segala yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri. Harusla kita muhasabah diri bila ujian DIA datang pada kita kerana itu bermakna ada kesalahan,kesilapa yang kita telah lakukan dan DIA mahu kita sedar akan perkara tersebut dan kembali padaNYA..

2. Buat keputusan untuk melupakan

Proses pemulihan ini tidak akan berlaku dengan sendiri sebaliknya anda perlu membuat komitmen dan keputusan untuk melupakan peristiwa pahit yang pernah singgah dalam hidup. Membuat keputusan juga bermakna anda redha dan menerima apa yang sudah berlaku serta membuat keputusan meneruskan hidup.

3. Berhenti menjadi mangsa dan menyalahkan orang

Kita perlu bertanggungjawab atas apa saja yang berlaku dalam hidup dan tidak terus menganggap diri terlalu lemah hingga menjadi mangsa dalam hubungan cinta tidak menjadi. Jangan membiarkan diri hanyut dalam perasaan sedih sebaliknya menganggap apa yang berlaku ‘sudah tidak ada jodoh’. Tabahkan hati dan mula merancang untuk bahagia, bukan terus-terusan menyalahkan orang lain kerana anda tidak bahagia.

4. Fokus pada masa kini

Lupakan masa lalu dan berhenti memainkan memori pahit kerana perkara yang berlaku sudah berlalu. Masa tidak boleh diputar kembali dan perlu diingat, pengalaman tidak kira manis atau pahit menjadikan diri seseorang lebih baik daripada sebelumnya. Apabila fokus dialihkan pada masa kini dan masa hadapan, ingatan pada perkara yang sudah berlalu akan terhakis sedikit demi sedikit hingga mampu melupakan kesedihan lampau.

5. Belajar memaafkan

Biarpun kita mungkin sukar melupakan sikap buruk orang lain pada diri kita, apabila kita memaafkan mereka, dengan sendirinya ketenangan akan terbit dalam hati kerana kita tidak lagi menyimpan perasaan negatif seperti benci dan marah. Memaafkan orang lain sebenarnya memberi kebaikan pada diri kita sendiri kerana ia menjadikan kita lebih positif, ceria dan maju dalam hidup. Memberi kemaafan bukan menunjukkan kelemahan sebaliknya sifat mulia ini menjadikan diri lebih kuat, tabah dan bahagia.

Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk melihat keadaan yang berlaku daripada perspektif mereka dan cuba memahami tindakan yang dilakukan. Selain memaafkan orang lain, kita juga perlu memaafkan diri sendiri dan menerima apa saja yang berlaku dengan hati terbuka.
 (Sumber: Harian Metro Online, Edit oleh: Yaya)
Sekian,Wassalam.. =)

Post a Comment

24 Comments

  1. Belajar memaafkan & berhenti menganggap diri kita sebagai mangsa tu penting. Baru boleh move on :)

    ReplyDelete
  2. wah wah yaya.. sekolah rendah dah pandai bercinta eaa.. haha..

    betul tu.. mmg amik masa sikit tp at least kita cuba buat sesuatu kan.. inshaAllah boleh.. :)

    ReplyDelete
  3. perit! pedih! tp pengalaman tu yg mematangkan kita. tapi apapun, kembali pada Dia. ada hikmahnya. sentiasa positif, busy kan diri.

    ReplyDelete
  4. Betul yaya. takyah la kalu patah hati tu nak bunuh diri, hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..cik yaya

    Alahai cik yaya pun ada pengalaman patah hati ke..

    tips yang bermanfaat cik yaya terutama bagi mereka yg melalui kes patah hati nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMSALAM...
      hehe yaya nye pth hti tu kisah lama da..ni sje nk share =p

      Delete
  6. go yaya go ... kumbang bukan seekor :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Hmm.. patah hati. Rasanya kalu takut patah hati, jadi jgn cuba2 bercinta..buleh ke gitu hehe...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah tak pernah lagi rasa patah hati putus cinta. mudah-mudahan tak merasa la dugaan putus cinta ni. huhu. amin!

    ReplyDelete
  9. entri yang sangat bagus,..,. lepaskan dan redha itu lebih baik ^_^

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete