Tuesday, 24 March 2015

TIPS MERAWAT PATAH HATI

Assalammualaikum w.b.t.
Hati terluka akibat ditinggalkan orang yang disayangi sudah lumrah kehidupan. Setiap orang pasti melalui pengalaman itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ada yang trauma dan serik untuk melalui zaman percintaan atau menaruh harapan pada cinta kerana berasa diri tidak mampu melalui dugaan sebegitu sekali lagi.Contoh paling dekat, Yaya sendirilah.huhu. Sejak dari zaman 'cinta monyet' masa sekolah rendah (amboi kecik2 da pndai cintan cintun lak Yaya ni =p) sampai dewasa ni.Pengalaman tu terlalu banyak kalau nak dikongsi.

Hati yang terluka berkali-kali mungkin membuat jiwa lara,terseksa hingga ia mengambil masa berbulan atau mungkin bertahun untuk pulih semula. Namun, hati yang terluka mampu membentuk diri menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya, menjadikan diri lebih kuat dari segi rohani.

Siapa saja yang pernah melalui dugaan putus cinta pasti faham betapa perit rasanya. Pengalaman paling ‘mengerikan’ tetapi amat berharga.

Ada yang sanggup bertindak di luar batasan kerana cinta. Pemikiran yang rasional dibuang ke tepi kerana terlalu mengikut kata hati. Tiada yang salah mengenai pepatah ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’. Oleh itu, setiap yang melalui dugaan perlu mengambil iktibar daripada apa saja yang berlaku dan menerimanya sebahagian qada dan qadar dengan hati terbuka.

Dalam soal ni,Yaya sendiri akui sebelum ni memang jahil sangat. Terlalu taksub dan mengikut kata hati. Bila putus cinta, mula la nak frust menonggeng..ahks! Budak la katakan. Now, dah dewasa ni, bila fikir and kenang balik waktu dahulu rasa nak gelak pun ada and the same time mmg rasa kecewa dengan diri sendiri dulu. Buat apa lah nak frust bagai untuk orang yang memang bukan ditakdirkan untuk kita,kan.

Dalam mencari ketenangan, perkara UTAMA yang perlu dilakukan adalah mendekatkan diri dengan yang Maha Esa dan percaya Allah merancang yang lebih baik untuk kita kerana sudah tentu sebagai manusia, kita sebenarnya tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Pada masa sama, kita perlu fokus membentuk pemikiran positif yang mampu membantu diri mengharungi hari mendatang dengan cekal sehingga akhirnya kesakitan lalu dapat dilupakan selamanya dan digantikan dengan kebahagiaan.

Apa yang penting langkah bagi melupakan kepahitan lalu dan memberi tumpuan pada masa depan.

Justeru, berikut antara lima langkah yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses pemulihan hati yang terluka akibat kehilangan orang tersayang.

1. Meluahkan perasaan

Jangan salah tafsir. Luahan perasaan yang Yaya maksudkan disini bukanlah meluah pada kengkawan mahupun ahli keluarga, jauh sekali meluah didalam FB, TWEET dan yang seumpama dengannya.huhu. Tapi yang Yaya maksudkan adalah dengan meluah, mengadu segala keperitan, kesakitan yang kita sedang rasai pada yang Maha Mendegar..INGAT, segala yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri. Harusla kita muhasabah diri bila ujian DIA datang pada kita kerana itu bermakna ada kesalahan,kesilapa yang kita telah lakukan dan DIA mahu kita sedar akan perkara tersebut dan kembali padaNYA..

2. Buat keputusan untuk melupakan

Proses pemulihan ini tidak akan berlaku dengan sendiri sebaliknya anda perlu membuat komitmen dan keputusan untuk melupakan peristiwa pahit yang pernah singgah dalam hidup. Membuat keputusan juga bermakna anda redha dan menerima apa yang sudah berlaku serta membuat keputusan meneruskan hidup.

3. Berhenti menjadi mangsa dan menyalahkan orang

Kita perlu bertanggungjawab atas apa saja yang berlaku dalam hidup dan tidak terus menganggap diri terlalu lemah hingga menjadi mangsa dalam hubungan cinta tidak menjadi. Jangan membiarkan diri hanyut dalam perasaan sedih sebaliknya menganggap apa yang berlaku ‘sudah tidak ada jodoh’. Tabahkan hati dan mula merancang untuk bahagia, bukan terus-terusan menyalahkan orang lain kerana anda tidak bahagia.

4. Fokus pada masa kini

Lupakan masa lalu dan berhenti memainkan memori pahit kerana perkara yang berlaku sudah berlalu. Masa tidak boleh diputar kembali dan perlu diingat, pengalaman tidak kira manis atau pahit menjadikan diri seseorang lebih baik daripada sebelumnya. Apabila fokus dialihkan pada masa kini dan masa hadapan, ingatan pada perkara yang sudah berlalu akan terhakis sedikit demi sedikit hingga mampu melupakan kesedihan lampau.

5. Belajar memaafkan

Biarpun kita mungkin sukar melupakan sikap buruk orang lain pada diri kita, apabila kita memaafkan mereka, dengan sendirinya ketenangan akan terbit dalam hati kerana kita tidak lagi menyimpan perasaan negatif seperti benci dan marah. Memaafkan orang lain sebenarnya memberi kebaikan pada diri kita sendiri kerana ia menjadikan kita lebih positif, ceria dan maju dalam hidup. Memberi kemaafan bukan menunjukkan kelemahan sebaliknya sifat mulia ini menjadikan diri lebih kuat, tabah dan bahagia.

Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk melihat keadaan yang berlaku daripada perspektif mereka dan cuba memahami tindakan yang dilakukan. Selain memaafkan orang lain, kita juga perlu memaafkan diri sendiri dan menerima apa saja yang berlaku dengan hati terbuka.
 (Sumber: Harian Metro Online, Edit oleh: Yaya)
Sekian,Wassalam.. =)

Sunday, 22 March 2015

FREE GIFT DAY YAYA

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni pepagi time hari cuti Sabtu dengan Ahad Yaya biasa g jogging kat Taman Tasik Shah Alam. Memang dah start mula amalkan gaya hidup sihat sejak dari tahun lepas lagi. Boleh 'throwback' semual entri sebelum ni kat SINI.

Ada kesan ke bila start jog ni..? Of course la ada..badan lebih sihat..hehe. Selain tu, otot-otot badan sudah mula terbina..haha tapi serius ok. memang feel much better, more healthy lepas amalkan jogging 2-3x seminggu ni.

Anyway, hari ni jog cam biasa, tapi sebelum balik tu tetibe ternampak 1 kiosk kecil yang dorang buka kat taman tu. Kiosk minuman 'REVIVE'. memula Yaya cam malas nak pergi tengok 'what's goin on' kat sana, ada ternampak beberapa orang yang singgah pastu ada dapat botol air 'REVIVE' plak..tapi dengan muka xda perasaan pergi la dedekat tengok apa yang berlaku disana..hehe

Apple flavor..nyummy..dapnyer...^,^

Rupanya dorang tengah buat survey je..dorang ada suh dowload applikasi kat hp, tapi Yaya terus terang kata hp biasa, xcanggih,xde smua benda tu untuk dowload bagai..haha pastu dorang kata, xpe, boleh isi borang survey je..so, Yaya pun isi je lah then dapat juga FREE GIFT ni..hehe..i uollss,benda FREE memang sangat TERUJA ^o^

Lepas tu, time tengahari g buat treatment pula dekat 'Medicurve' . Treament apa..? Yaya buat slimming treatment.hahahahaha. Biasalah kan orang banyak lemak kat badan..kena buat treatment sket =p Dapat lagi FREE GIFT kat sana.. Sebab actually semalam (21st March) dorng nye anniversary. Ada jemput Yaya tapi Yaya xmai..huu mana nak mai,segan tengok ramai chinese je. Yaya pula malay sorang, nak ajak member semua bz benauu. nak wat cane kan..huuu
Pen yang sungguh unik + cantik... ^_^

Best tau sini..dorang wat facial treatment pun ok..Yaya baru lepas 'SIGN UP' untuk buat facial treatment. Facial treatment ni elok buat sebulan sekali je.  So, Yaya pon ok je la sign up tu. Tak salah rasanya korban sikit uet untuk jaga nikmat + anugerah yang ALLAH dah bagi ni kan..tanda hargai =) 

1st trial buat, dorang buat 'gotong-royong' kat muka..huhu memang sakit giler muka,smpai nangis. Mana xsakit, last wat facial treatment 2-3 tahun lepas, patut pun muka banyak jerawat, basuh muka xbersih, bnyak yang tersumbat..huhu tapi Alhamdulillah lepas wat treatment kat MEDICURVE tu ,then dorang nasihat sikit nak jga muka camne,sekarang ok sikit. Jerawat kurang dah. Lagi, dorang advice untuk kulit macam Yaya ni, elok guna pembersih muka jenis 'Cleansing Milk'..Biar lembab sentiasa. Jangan sampai kering. So, sekarang Yaya guna jenis cleansing milk laa..

Ada yang nak try buat..? boleh tengok laman FB MEDICURVE ni..senang..tengok apa promosi yang ada.. Kalau kat area Klang, MEDICURVE ni ada di Bandar Baru Klang, ye. Dekat je dengan Aeon Bukit Raja tu. ok. Itu je nak update.

Sekian,Wassalam =)

Friday, 20 March 2015

MARI BELAJAR BAHASA SYURGA

Assalammualaikum w.b.t.

Meh belajar bahasa arab...hehe tak dapat tau semua,tau sikit-sikit pun jadilah kan.. ^_^
1. Salam Ukhwah Fillah - Salam Persahabatan Kerana Allah .
2. Ukhti - Kakak Atau Saudara Perempuan .
3. Akhi - Abang Atau Saudara Lelaki .
4. Zauj - Suami .
5. Zaujah - Isteri
6. Assif jiiddan - I’m Really Sorry
7. Syukran-Afwan - Terima kasih - Sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - Persaudaraan Kerana Allah Selama-lamanya
9. fa’iza ‘azamta fatawakkal’alallah - Setelah Kamu Berazam Maka Bertawakkal lah
10. Iinni akhafullah - Sesungguhnya Aku Takutkan Allah
11. Mafi qalbi ghairullah - Tiada Apa Di Dalam Hati Selain Allah
12. Lau samahta - Excuse Me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa’ - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza’ - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu
28. Kafaa bilmauti waa-‘izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu ‘alal khair - selamat malam
32. Na’am - Ya
33. yallah yallah bisura’h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai’e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kamu
49. Man Jadda Wajada - Siapa Yang Berusaha Dia Yang Berjaya
50. Ta'aruf - Kenalan
51. Hadza min fadhli rabbi - Semua ini kurniaan dari Tuhanku
52. Uhibbu kum fillah - aku mecintai kamu kerana allah
53. Fi hifzillah - Semoga dalam pemeliharaan
54. Bitaufiq wannajah Fil imtihan -  semoga berjaya didalam peperiksaan
55. Wanaa aydhan = Saya pun demikian
56. Anaa sa’iidun jiddan lima’rifatik = Senang sekali saya dapat berkenalan denganmu
57. wa ayna tadrus ? = Dan dimana kamu sekolah ?
58. Ana (nama anda) = Saya (Nama anda)
59. Ismii (nama anda), Waanta ? =Nama saya (nama anda), dan nama kamu ?
60. Masmuka ? = Siapa namamu ?
61. Bikhair Alhamdulillah = Alhamdulillah baik-baik saja
62. Kayfa haaluka/haluki ? = Apa Kabar ?
63. Atta`aaruf = Perkenalan
64. Saya rindukan awak = Ana musytaqun ilaik
65. Saya hendak belajar = Uridut ta'alum
66. Saya hendak pergi = Uriduz zahab
67. Saya sangat memerlukannya = Ahtaju ilaihi jidaan
68. Selepas=  Ba'da
69. Sebelum = Qabla
70. Minggu hadapan = Usbu ‘ul qaadim
71. Minggu ini = Hazal usbu
72. Sebelum = Qabla
73. Cuba = Jarrib
74. Tolonglah kami = Saa'id na
75. Bersabarlah = ISbir
(sumber: internet =D)
Sama-sama belajar ye..hehe
Sekian,Wassalam... =)

DOA PILIHAN : ELAK RASA MENGANTUK

Assalammualaikum w.b.t....

Hari ni nak share pula doa yang sesuai dibaca waktu pepagi, waktu lepas makan..hehe almaklumlah selalu memang cenggitu kan..da konyak,mata pon berat..haha Jadi rerajinla amal doa kat bawah ni ye..bagi mata tu terang sikit..huuuu =p
Sekian,Wassalam.. =)

Wednesday, 18 March 2015

Monday, 16 March 2015

MERAIH CINTA ILLAHI

Assalammualaikum w.b.t.

Rasa macam xbest pula bia blog ni lelama xber-hupdate!huhu..even xde orang nak mai baca pun.. ngeeee Xpelah...xmau baca,pandang jap pun jadilah..mana info yang boleh diguna pakai tu,gunakalah sebaiknya,ye..hehe Actually xde perkara nak update tentang life Yaya coz xde news yang happen, eh tipulah kalau xde.ADA...tapi banyak nyer xperlu nak di-share kot..personal things la katekan..haha lagipun xmau jadikan blog sebagai DIARI ONLINE...mana yang boleh dishare,share je la sesama, mana yang xboleh tu,tu yang Yaya sonyappp jooo blog ni..hehe

But today, nak share something....tentang CINTA...Cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan juga kerana desakan nafsu yang menggoda. 

Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cintaNya. Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT:
1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu.
5. Menanamkan dalam hati asma’dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya.
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika 
orang sedang nyenyak tidur.
9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.

Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman; 
"CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu, dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan keranaKu"

Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya, nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya.

Nasa'i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda; 
"Di sekeliling Arasy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang 
berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi para nabi 
dan syuhada merasa iri terhadap mereka" Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!"Beliau bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah"

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga" AMINN...

Sekian,Wassalam.. =)

Monday, 9 March 2015

ROMANTIK TANPA BERSENTUHAN

Assalammualaikum w.b.t.

Masing-masing punya aura sendiri dalam menarik perhatian penonton terhadap lakonan yang dipersembahkan. Namun, sebagai manusia tidak semua yang dilakukan itu disukai ramai.

Seorang dilabel suka tergedik-gedik dan seorang lagi membataskan wataknya tidak mahu babak romantik yang keterlaluan, pelakon Ayda Jebat dan Izzue Islam punya sebab tersendiri mengapa perkara itu terjadi.

Pertama kali disatukan dalam drama bersiri sebagai pasangan suami isteri, drama Suami Sebelah Rumah untuk slot Iris di TV3 itu menyatukan mereka dalam situasi yang berbeza.

Ini kerana, lazimnya memegang watak suami isteri pasti banyak babak romantis membabitkan aksi atas katil dan berpeluk dilakukan, namun atas permintaan Izzue yang enggan melakukan babak berkenaan, setiap babak dilihat lebih cantik dan menarik hasil garapan pengarah dan penerbitnya, Jinggo dan Sheila Rusly.

Bertemu ahli kumpulan Forteen itu, Izzue berkata, dia bukan sengaja berbuat demikian, sebaliknya sebagai lelaki yang sudah beristeri dia perlu menjaga batas supaya tidak menyentuh hati mana-mana pihak termasuk isterinya sendiri.
(Petikan akhbar Harian Metro)
=========================================================================

MENARIK! Thumbs up! untuk Izzue. Attitude macam ni lah yang perlu ada pada setiap orang. Bukan takat pada yang sudah mempunyai suami or isteri, tapi buat semua para pelakon yang tidak ada mempunyai pertalian darah sekalipun. Dan perkara ni juga patut diambil serius buat pengarah dan penerbit dalam pembuatan filem or drama. Pelakon yang BUKAN MAHRAM samada lelaki mahupun wanita memang tidak perlu melakonkan adegan2 yang memerlukan mereka untuk bersentuhan. Lakonan tetap boleh jadi MANTAP jika mereka betul2 punya bakat dalam bidang ni.(OPSS! Jangan ada yang terasa) So, tolonglah ye,buat pihak2 yang berkenaan lepas ni kurangkan dan kalau boleh jangan ada langsung adengan2 yang membabitkan para pelakon perlu bersentuhan dengan yang bukan mahram..(bukan kalau boleh,tapi memang WAJIB!)

Sekian,Wassalam...

Friday, 6 March 2015

SEKADAR RENUNGAN : BERSABARLAH WAHAI HATI...

Assalammualaikum w.b.t.

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; 
sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – 
[Surah al-Anfal : 28]
 “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. 
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – 
[Al-Baqarah 2:155]

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian. Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).”
[Surah Al-Israk:30]

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.”
[Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya? Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah? Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya. Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah SWT:
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
[At-Taghabun:11].
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
(petikan dari ilivislam.com)
Sekia,Wassalam...

Tuesday, 3 March 2015

SEGMEN BLOGWALKING AMAL WAKAF PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH

Assalammualaikum w.b.t.

http://www.papaglamz.com/2015/03/segmen-blogwalking-amal-wakaf-pembinaan.html
-Moga dipermudahkan segala urusan..aminn =)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Sabda Rasulullah saw dari hadis yang riwayatkan Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
"Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU yang dimanfaatkannya dan anak yang SOLEH/SOLEHAH yang sentiasa MENDOAKAN kepada kedua ibubapanya.."
( Hadis Riwayat Muslim )
Jom berwaqaf..
Sekian,Wassalam =)

Sunday, 1 March 2015

RESEPI STEVIA : BLUEBERRY YOGURT

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share lagi resepi menggunakan gula STEVIA. Macam sebelum-sebelum ni nye entri resepi STEVIA yang INI, Yaya ada share masak guna STEVIA, now korang xperlu masak, just guna bahan sedia ada, tambah STEVIA je untuk bagi manis.Hehe..

Resepi kali ni adalah BLUEBERRY YOGURT specialty untuk orang yang sedang berdiet @k@ menjaga pengiraan kalori pemakanan dalam seharian. cam Yaya ahaks! (asyik2 macam Yaya..harharhar..) ^o^ 

Bahan-bahan:
                             
1. STEVIA
2. Nestle Natural Set Yogurt (yang ASLI tau!)
3. Jem xkisah jenama apa tapi kalau boleh SUGAR FREE yee.. =)

Cara-cara:




- Ambil beberapa sudu besar Nestle Natural Set Yogurt, masukkan ke dalam mangkuk. Terpulang individu nak makan berapa banyak..huhu



- Masukkan pula 2-3 sudu besar Free Sugar Bluberry jem. Campur ke dalam mangkuk yang berisi yogurt tadi,ye.
- Gaul sebati. 




- Bila dah sebati, baru TITISKAN 2-3 titis STEVIA (Yaya guna dalam 2 titis je.Tu pun da manis..aumm ^_^ ) ke dalam mangkuk yogurt yang dah digaul sebati dengan Bluberry jem tadi.
- Gaul lagi sebati
Dah siap! Untuk hiasan boleh guna apa2 je. 
Macam Yaya kat atas ni guna 'Coklat rice' jeee..
Ikut kreativiti korang la nak tabur apa... Orait!

Banyak kebaikan STEVIA ni.Bukan setakat untuk diguna pada minuman tapi apa juga bahan makanan kita seharian. Demi kesihatan yang lebih baik, tukarlah daripada gula putih ke pemanis semulajadi STEVIA ni..InsyaAllah, peluang untuk mendapat penyakit DIABETIS akan berkurang..Sentiasa amalkan pemakanan yang lebih sihat,ye..

Untuk info lebih lanjut tentang produk STEVIA boleh KLIK SINI.

Sekian,Wassalam.. =)

Popular Posts