ROMANTIK TANPA BERSENTUHAN

Assalammualaikum w.b.t.

Masing-masing punya aura sendiri dalam menarik perhatian penonton terhadap lakonan yang dipersembahkan. Namun, sebagai manusia tidak semua yang dilakukan itu disukai ramai.

Seorang dilabel suka tergedik-gedik dan seorang lagi membataskan wataknya tidak mahu babak romantik yang keterlaluan, pelakon Ayda Jebat dan Izzue Islam punya sebab tersendiri mengapa perkara itu terjadi.

Pertama kali disatukan dalam drama bersiri sebagai pasangan suami isteri, drama Suami Sebelah Rumah untuk slot Iris di TV3 itu menyatukan mereka dalam situasi yang berbeza.

Ini kerana, lazimnya memegang watak suami isteri pasti banyak babak romantis membabitkan aksi atas katil dan berpeluk dilakukan, namun atas permintaan Izzue yang enggan melakukan babak berkenaan, setiap babak dilihat lebih cantik dan menarik hasil garapan pengarah dan penerbitnya, Jinggo dan Sheila Rusly.

Bertemu ahli kumpulan Forteen itu, Izzue berkata, dia bukan sengaja berbuat demikian, sebaliknya sebagai lelaki yang sudah beristeri dia perlu menjaga batas supaya tidak menyentuh hati mana-mana pihak termasuk isterinya sendiri.
(Petikan akhbar Harian Metro)
=========================================================================

MENARIK! Thumbs up! untuk Izzue. Attitude macam ni lah yang perlu ada pada setiap orang. Bukan takat pada yang sudah mempunyai suami or isteri, tapi buat semua para pelakon yang tidak ada mempunyai pertalian darah sekalipun. Dan perkara ni juga patut diambil serius buat pengarah dan penerbit dalam pembuatan filem or drama. Pelakon yang BUKAN MAHRAM samada lelaki mahupun wanita memang tidak perlu melakonkan adegan2 yang memerlukan mereka untuk bersentuhan. Lakonan tetap boleh jadi MANTAP jika mereka betul2 punya bakat dalam bidang ni.(OPSS! Jangan ada yang terasa) So, tolonglah ye,buat pihak2 yang berkenaan lepas ni kurangkan dan kalau boleh jangan ada langsung adengan2 yang membabitkan para pelakon perlu bersentuhan dengan yang bukan mahram..(bukan kalau boleh,tapi memang WAJIB!)

Sekian,Wassalam...

Post a Comment

20 Comments

  1. Baguslah kalau ada pelakon yang menjaga batas pergaulan. Yang menonton pun takleh tanggung dosa sama. Maybe nilah salah satu sebab ramai orang minat Izzue :)

    ReplyDelete
  2. Betul sangat tu Cik Yaya, jadi pelakon pun bukan lah bermakna takde batas kan? :)

    ReplyDelete
  3. best kan macam tu. kalau la semua pelakon macam tu, mesti sedap mata memandang

    ReplyDelete
  4. memang bagus sangat kalau pelakon pandai menjaga batas-batas dia :)

    ReplyDelete
  5. hihihi, memang best cerita ni kan. kelakar jew

    ReplyDelete
  6. Kan...... yg ada sekali konsert af dia buat kejutan pakai topeng tu,dia siap pkai sarung tgn ,slm spaya xsentuh bkn muhrim.... utk prmulaan yg bgus,mybe ada artis lain ikut cth

    ReplyDelete
  7. baru sempat tgk satu episod tadi..
    still blur2 dgn jalan citer drama ni, huh...

    ReplyDelete
  8. Pelakon contoh :) Pernah tertengok sekali je. Tapi best jugak ceritanya hehe

    ReplyDelete