RENUNGAN : PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat...

SUAMI : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya tapi isteri saya gemuk.
USTAZ : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu. Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

SUAMI : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya dan kadang-kadang garang.
USTAZ : Perempuan simpanan kamu takda tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu dan anak-anak kamu. Kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.

SUAMI : Isteri saya jarang memujuk saya, Ustaz. Tak seperti perempuan simpanan saya...
USTAZ : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak-anak kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.

SUAMI : .... tapi kan ustaz....
USTAZ : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak fikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.
" Kesetiaan perempuan diuji ketika lelaki yang mereka sayang tiada apa-apa harta. Tetapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai segalanya."

Subhanallah !

Post a Comment

33 Comments

  1. suka jawapan ustaz yg last sekali tu.. huhu..

    ReplyDelete
  2. begitu tingginya pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul..bukan mudah nak jadi isteri..lebih2 lagi istri solehah..bnyk dugaan..

      Delete
  3. nice....suka baca....sambil pk masa depan...chewahhh...hihi

    ReplyDelete
  4. btw, thanks ingt tirah lg..hihi

    ReplyDelete
  5. mcm ni punya suami pun ader eik..,

    ReplyDelete
  6. semoga suami isteri hargai antara satu sama lain.Amin

    ReplyDelete
  7. errr.. penuh pengajaran ni especially utk lelaki.. hihi..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. punye mksud..khas dituju pada er..2-2 pon buleh..hehe

      Delete
  9. Sebak bila bca entry sis nie . :') hope suatu hari nnt kita dpt lelaki yg btol2 iklas sygkan kita . Amin :)

    Lama tak sggh sini . Ingat pyka lg tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..InsyaAllah pyka =)
      mestila ingat... ^_^

      Delete
  10. assalamualaikum...cik yaya :)

    mulia dan besarnya pengorbanan seseorg isteri tu kn..
    jannah la balasannya utk isteri yg sebegitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ayie =)
      betul tu...yg penting isteri tu kena bnyk bsabar....

      Delete
  11. Semoga dijadikan peringatan untuk golongan golongan yang bakal berkhawin ni. Hehe.. Isteri adalah tanggungjawab sepenuhnya suami.

    ReplyDelete
  12. suka giler entry ni! hehe suami sepatunya menghargai pengorbanan isteri...

    ReplyDelete
  13. wahai cik yaya...bila nak buat entri baru? :P tak sabar nak komen ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nti komen la ye...
      kdng2 je rase rajin nk update huuu ;p

      Delete
  14. woaaaaa..best lah baca cerita ni..hopefully,kaum adam akan terbuka bijik mata dan hatinya bila baca entri awk ni supaya lbh menghargai isteri memasing..weeee :)

    ReplyDelete