RENUNGAN - ILMU

Assalammualaikum w.b.t.


Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.
( Riwayat al-Bukhari )

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
( Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi ) 

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasullullah s.a.w.: "Menuntu ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."( Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la ) 

Daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a., nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) 

Daripada Sa’ad bin Abu Waqqas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak."
( Riwayat al-Hakim )

Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna." 
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban) 

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan seorang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya dikalangan kamu." 
( Riwayat al-Tirmizi ) 

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui; kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat." 
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain." 
( Riwayat al-Bukhari ) 

Sama2la kita muhasabah diri, jangan pernah putus asa dalam mencari ilmu, lebih2 lagi ilmu agama Allah SWT..mencari ilmu ni bukan setakat pergi belajar di sekolah, universiti atau di tempat kerja, tapi di mana2 saja ilmu itu kita boleh dapat. Contoh di televisyen, radio, buku, majalah, dengan seseorang yang berilmu dan lain. Cuma beza nya perlu tengok apa ilmu yang kita dapat tu, semoga ianya memberi manfaat untuk diri kita dan juga dapat sampaikan pada orang lain.

Renung2kan.
Sekian,Wassalam =)


Post a Comment

18 Comments

  1. betul tu. boleh dikatakan setiap hari kita belajar sesuatu yg baru.. ;)

    ReplyDelete
  2. as salamualaikum cik yaya :)

    dlm kuliah maghrib ayie dengar baru2 ni lebih kurang perkara yg sama dlm entry di atas...:)

    antara yg ayie ingat :

    kejahilan di atasi dgn 4 perkara...
    1 - belajar (masa belajar anggap diri belum tahu)
    2 - mendengar (mendengar dgn mata)
    3 - menyampaikan
    4 - mengamalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam w.b.t.

      Alhmdlh..ye btul tu ayie..ilmu ni xboleh simpan..kalau ianya dpt beri mnfaat perlu la segera mnympaikan pd org lain agr dpt diamalkan.InsyaAllah.

      Trima ksh ayie.. =)

      Delete
  3. Tepat sekali yaya. And thanks again for ur comment via my blog. Wan dah pun edit.

    Tak rugi kalau kita saling memperbetulkan. Mungkin wan blum tau hal itu sblm ni. Thanks.

    ReplyDelete
  4. ilmu adalah satu perkara yang paling baik dalam hidup kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu tu perkara paling penting dlm hdup kita =)

      Delete
  5. ape yg kta ade skrg ni semuanya dtg dari Allah..
    kta yg kna usaha dptkannya..
    tp klu x dpt lgi mgkin blum rezeki lgi..
    semuanya dah ditentukan... ;)

    ReplyDelete
  6. betul tu...walau banyak mana ilmu kita cari, tapi masih banyak lagi perlu kita cari....selagi hayat dikandung badan..

    ReplyDelete
  7. tp dunia sekarang org berlumba2 mengerjar harta dari ilmu...

    ReplyDelete
  8. Menuntut ilmu ni bukan bermaksud belajar kat sekolah, kat uni.. tu cuma pendidikan formal.. tp sebetulnya, hari2 pun kita belajar jugak kan.. antara sedar atau tak je.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kdang tgok orang yg sedang melakukan sesuatu pon boleh mgjar kita..cuma tpulang dri kita utk menilai sama ada baik atau buruk.. =)

      Delete