Terima Kasih sebab sudi baca segala info yang Yaya share dengan korang semua dalam entri Yaya ni..diingatkan sekali lagi..segala info yang Yaya dapat, adalah melalui pencarian dari Encik Google, majalah, dan juga buku. Bukan Yaya memandai2 buat ikut pengetahuan sendiri ye..dan mungkin ada info2 yang tersilap atau tersalah kat mana2, sila la beritahu ye..kalau info yang korang tahu itu lebih tepat..
Hari ni Yaya nak share pula tentang hadis2 sahih dari Rasulullah SAW..sebelum tu, kita baca dulu apa itu hadis? HADIS adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasulullah SAW dan apa yang disandarkan kepada Rasul SAW dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul SAW adalah sumber rujukan kedua selepas Al-Quran. Di bawah adalah antara Hadis 40 (diringkaskan) oleh Al Imam An-Nawawi:
-1-
Daripada
Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa
sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang
perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang
ditujuinya itu."
Kenapa
niat penting? Adalah untuk bezakan ibadat dengan adapt dan untuk tentukan qasad
amal - adakah untuk Allah atau lainnya. Ulama ada
berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu
amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan
dibalas berdasarkan niat pelakunya.
-2-
Daripada
Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika
kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di
hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut
sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan
tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia
duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda
dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai
Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam
itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa
Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan
zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah)
sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau.
Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia
bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah)
bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para
RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki
itu berkata: Benarlah engkau.
Dia
berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu
ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau
tidak dapat melihatnya, maka
sesungguhnya Dia melihatmu.
Kemudian
lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai
'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah
dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat
Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Kesempurnaan
seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan
tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil
dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan
lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.
-3-
Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab (ﻋﻨﻬﻤﺎ اﷲ رﺿﻲ) beliau
berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi
mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya
Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari
dan al-lmam Muslim)
-4-
ASAL KEJADIAN MANUSIA DAN KESUDAHANNYA
Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda,
Sesungguhnya
setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama
40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang
sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian
dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan
dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya
dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkan Nya, sesungguhnya
salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga,
sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia
didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan
kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan
neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan
kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari
dan al-lmam Muslim
-5-
AMALAN YANG TERTOLAK
Daripada
Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita
ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
Hadis
riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.
Setiap
muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat,
kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa
kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa
oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.
-6-
Daripada
Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan
sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara
tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak
mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia
telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam
perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang
pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan
menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya
sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa
dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia
adalah hati.
Hadis
riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
-credit to Doodle Dakwah-
-7-
Daripada
Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama
itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah,
untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat
lslam seluruhnya.
Hadis
riwayat al-lmam Muslim.
-8-
KEHORMATAN SEORANG MUSLIM
Daripada
lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan
supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada
Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga
mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat
demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada
aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah
kepada Allah Ta'ala.
Hadis
riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
-9-
PILIH YANG MUDAH, TINGGALKAN YANG SUSAH
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
-10-
SYARAT DITERIMA DOA
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
akan bersambung..
Sekian,Wassalam =)
15 Comments
info2 yg menarik dr part 1 smpai skrg:)
ReplyDeletepanjang , habis jugakk akhirnya , menunggu sambungan .nice entry :)
ReplyDeletehehe..utk hadis 40 ni mmg pnjng skit =)
Deletepatot la pnjang sgt . hee . awal bgun eh . hehe
DeleteNice sharing..Thanx for sharing cik yaya..^^
ReplyDelete=)
Deletenice sharing cik yaya =)
ReplyDelete=)
Deleteinnama a'maalu bin niat ...bagus yaya ..
ReplyDelete=)
Deletethnaks for sharing,,
ReplyDeletenice..mksih atas sgla pkgsian..
ReplyDelete:)
=)
DeleteThanks cik yaya..
ReplyDeletealhamdulillah, input baru utk hari ni.. :)
=)
Delete