SEMARAK CINTA RASUL - 3

Assalammualaikum w.b.t.
Masih lagi dalam entri CINTA RASUL ni...sehingga tiba waktunya la ye..=) tau kan. Kita da baca sejarah ringkasnya tentang Baginda yang kita CINTAI ni dalam ENTRI 1, dan Yaya juga da share tentang rupa paras Baginda yang disebut oleh para sahabat Baginda dalam ENTRI 2..

Dan hari ni nak share pula ANTARA Akhlak Terpuji Rasulullah SAW kita ni yang kita tahu memang terlalu banyak tapi Yaya nak share apa yang Yaya dah baca la ye..kalau mana yang korang tahu tapi tiada dalam 'senarai' bawah ni, boleh la dikongsi bersama juga ok..^_^ SELAMAT MEMBACA

Rasulullah SAW adalah:
- Manusia yang amat bertolak ansur
- Berani, adil dan sopan santun sekali.
- Tangannya tidak pernah sekali menyentuh kulit wanita ajnabi.
- Amat pemurah.
- Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah lebih dari keperluan makan minumnya setahun. Rezeki yang lebih dari keperluannya ditaburkan pada jihad fisabilillah.
- Jika ada orang menyukai sesuatu barang yang ada padanya, akan diberikan brg itu pada orang lain.
- Sentiasa memberi pertolongan kepada orang lain walaupun ia ketika itu berada dalam kesusahan.
- Menampal sendiri kasut dan bajunya yang koyak.
- Tidak pernah menyusahkan ahli keluarga tentang makan minumnya.
- Sangat pemalu orangnya. Tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lain lama2.
- Suka menerima hadiah yang diberikan padanya walaupun kecil dan suka membalas hadiah.
- Tidak menerima atau memakan sesuatu pemberian sedekah.
- Tidak merasa hina dalam membantu hamba atau orang miskin.
- Bila makan tidak pernah cerewet tentang makanan. Makan apa saja (yang halal) yang disediakan tanpa menolak.
- Tidak pernah bersandar sewaktu makan dan tidak pernah makan menggunakan meja.
- Tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, ini kerana mementingkan orang lain darinya.
- Sangat pendiam tapi tidak sombong. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
- Tidak pernah terpedaya dengan tipuan dunia dan syaitan serta nafsu.
- Memakai cincin yang diperbuat daripada perak. Cincin dipakai di jari kelingking kanan dan kiri.
- Suka menziarahi orang sakit.
- Sering duduk bersama-sama fakir miskin. Suka memberi makanan kepada fakir miskin.
- Memuliakan orang yang dimuliakan.
- Sentiasa menjalin hubungan silaturrahim dengan kaum kerabatnya. Jika ada orang yang memtuskan silaturrahim, mka Baginda pegi menyambungkan hubungan yang telah putus itu.
- Orang yang datang menemuinya disambut dan dimuliakan.
- Suka bergurau senda, tetapi tidak berdusta serta tidak pernah ketawa keterlaluan.
- Sangat berlemah lembut dgn isteri dan ahli keluarganya.
- Tidak pernah pakaiannya dan makanannya lebih baik daripada hamba sahayanya.
- Setiap saat masanya sentiasa diisi sesuatu yang Allah redhai atau sesuatu yang perlu untuk membetulkan dirinya.
- Selalu menziarahi para sahabatnya dan bersiar2 di kebun mereka.
- Tidak pernah menghina orang miskin.
- Tidak gentar pada raja yang berkuasa.
- Sentiasa menyeru manusia kepada Allah SWT.
- Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya. Bila berjumpa dengan seseorang, ia terlebih dahulu yang menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Bila berjabat tangan ia tidak melepaskan sehinggalah orang yang dijabatnya itu melepaskan tangan.
- Jika ada orang mengasarinya, ia menyabarkan orang itu.
- Jika ada tetamu yang datang hendak berjumpa dengannya ketika itu ia sedang sembahyang, maka segera ia ringkaskan (cepatkan) sembahyangnya itu lalu menyambut tetamunya dengan penuh hormat.
- Tidak pernah mengkhaskan tempat dudknya dalam satu majlis, melainkn ia duduk di mana saja ia sampai.
- Sangat menghormati orang yang menziarahinya, sehingga adakala baju gamisnya dihamparkan untuk diduduki tetamu tersebut.
- Suka memanggil sahabat dengan gelaran atau panggilan yang baik-baik bertujuan menghormati mereka. Begitu juga dengan kanak-knak.
- Ketika di dalam majlis ramai ia menghadapkan wajahnya kepada semua orang yang ada, sehingga semua orang merasa ia dihormati oleh Rasulullah.
- Sering memberi bantal sandang kepada tetamunya.
- I a sangat jarang marah, jika marah sangat cepat marahnya reda. Tidak marah kecuali kepada orang yang melanggar perintah Allah. Tidak pernah mengeluarkan perkataan yang keji dan hina.
- Sangat berhati belas kepada semua manusia.
- Percakapannya lunak dan sangat manis didengar. Ucapannya pendek tetapi tepat dan padat.
- Tidak pernah meninggikan perkataannya di dalam sesuatu majlis yang boleh menyakitkan hati orang yang mendengar.
- Tidak berbicara kecuali yang perlu sahaja.
- Seringkali menggunakan bahasa kiasan dalam menerangkan hukum agama.
- Seringkali melemparkan senyuman.
Sebelum memakan sesuatu sentiasa membaca: "Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri yang akan menyampaikan nikmat ini kepada nikmat syurga."
- Tidak suka memakan makanan yang sedang panas. Bila makan, sentiasa makan apa yang ada hampir dengannya.
- Makanan kebiasaannya ialah AIR dan KURMA. Bahagian daging yang digemarinya ialah rusuk dan bahunya. Baginda tidak menyukai buah pinggang, bahagian kemaluan, bahagian simpanan najis serta hempedu.
- Baginda tidak makan bawang putih dan bawang besar.
- Tidak pernah menghina sesuatu makanan. Jika ia suka, ia memakannya, jika tidak suka lalu ditinggalkan tanpa menghina.
- Setiap kali selesai memakan sesuatu baginda membaca: "Segala pujian bagi Allah. Ya Allah! Ya Tuhanku! Bagi-Mulah segala pujian, Engkau telah memberiku makan sehingga kenyang. Engkau telah memberiku minum sehingga aku puas. Bagi-Mu segala pujian. Tidak teringkar nikmat-Mu, tiada tertinggal, malahan diperlukan lagi."
- Minum dengan 3 kali tegukan biarpun airnya sedikit.
Bila memakai pakaian dimulainya dari sebelah kanan sambil membaca doa: "Segala pujian bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutupi auratku dan untuk aku menghiaskan diri di muka orang ramai."
- Apabila menanggalkan pakaian dimulai dari kiri. Apabila menukar pakaian baru, pakaian lama diberikannya kepada orang miskin.
- Mempunyai tempat tidur yang yang dibuat daripada jerami dan sehelai baju yang dijadikan hamparan tidur, ianya dibawa kemana sahaja ia pergi.
- Sangat berlapang dada dalam menghadapi sesuatu hal. Suka memaafkan kesalahan orang lain yang dilakukan ke atasnya, walaupun kesalahan itu berat.
- Tidak suka menunjukkan kebencian kepada seseorang secara terang-terangan. Suka memberi maaf dan tidak ada rasa dendam kepada sesiapa pun.
- Sangat dermawan, penyanyang, sangat berani dan tangkas.
- Sering memberi salam kepada kanak-kanak. Suka berjenaka dan bergurau dengan kanak-kanak.
- Bila berjalan, jalannya cepat serta ditundukkan kepalanya seolah-olah mencari sesuatu.
- Sentiasa memenuhi jemputan walaupun jemputan orang miskin.
- Sering menziarahi jenazah dan mengiringinya hingga ke kubur.
- Tidak pernah melaknat sesiapa, lebih2 lagi kepada isteri2, ahli keluarga dan sahabat2nya.
- Sangat suka kepada bau-bauan yang harum dan benci kepada kepada sesuatu yang busuk.
- Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat.
- Kebanyakan duduknya menghadap kearah qiblat.
- Apabila baginda berhadapan dengan sesuatu yang menyusahkan hatinya menyebabkan ia marah, dia hanya mengurut janggutnya sedangkan dia diam.
- Menyahut panggilan dengan bahasa halus kepada sesiapa sahaja yang memanggilnya.
- Memerah susu kambing dengan tangannya sendiri.
- Tidak pernah berputus asa, cergas dan bijaksana, sangat bertangungjawab.
- Bila berjalan dengan para sahabat baginda suka berjalan di belakang sekali.
- Baginda mempunyai RASA CINTA YANG MENDALAM TERHADAP ISTERI2NYA. Baginda pernah makan dan minum dengan Sayidatina Aisyah dalam satu bekas.
- TIdak pernah meniggikan suaranya ketika menangis kesedihan, hanya air mata saja yang minitik.
- Baginda bila berdoa penuh khusyuk dan air matanya sentiasa berguguran dari matanya yang mulia.
- Tersangat sabar dan tabah dalam menempuh setiap cabara, kesusahan dan penderitaan.
- Baginda TERLALU KASIH PADA UMATNYA.
- Baginda tidak sukakan kebisingan dan hiruk pikuk, sebaliknya suka ketenangan dan keadaan yang teratur dalam semua hal.
- Tidak pernah melukan hati orang lain, melainkan di bawah undang-undang Allah.
- Biasanya berbaring di atas lengan kiri dan ketika tidur, ia berbaring di atas lambung kanannya dan meletakkan kedua tapak tangannya di bawah pipinya. Baginda tidak suka berbaring dengan menelungkupkan wajahnya ke bawah dan melarang orang lain berbuat demikian.
- Sentiasa berhati-hati sewaktu hendak tidur agar tidak ada bahagian tubuhnya terdedah. Baginda tidak suka tidur di bilik yang gelap dan dibawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.
- I a mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir sehingga lena. Apabila terbangun dari tidur di tengah malam, biasanya baginda membasuhkan muka dan tangannya sebelum tidur kembali.
- Baginda tidak bangun dalam sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun. Baginda mengajak dan mendesak beberapa kali tetamunya untuk makan bersama. Baginda suka makan secara beramai-ramai dari berseorangan.
- Baginda tidak suka meniup makanan dan minuman atau menghidunya. Baginda tidak suka memakan makanan yang terlalu pedas.
- Setiap suapan baginda sentiasa mengucap syukur kepada Allah.
- Manisan madu, cuka, tembikai, mentimun, labu, mentega dan beras yang dimasak dengan kacang juga sangat disukainya.
- Baginda sering membawa sendiri barang2 keperluan dapur yang dibelinya dipasar.
- Baginda sangat mementingkan kebersihan. Ia meminta para sahabat agar membersihkan halaman rumah dan dalam rumah. Di dalam rumah baginda tidak ada perabot dan barang perhiasan, kecuali KEBERSIHAN YANG MENJADI HIASAN.
- Baginda membahagikan waktu berada di rumah kepada 3 bahagian. Iaitu bahagian sembahyang, sebahagian lagi untuk tangunggannya dan sebahagian lagi rehat.
- Jika seseorang datang kepadnya dan memakai pakaian yang baru, ia mengatakan "Cukup bagus, cukup bagus, PAKAILAH IA SEHINGGA MENJADI BURUK.."
- Wajah baginda sentiasa tersenyum kepada orang yang tidak disukainya.
- Baginda mengucapkan salak kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk rumah.
- Baginda suka memandang dengan ekor mata dengan lembut, sesuai dengan sifat malunya.
- Baginda BENCI kepada perhiasan yang cantik yang melambangkan KESOMBONGAN dan KEMEGAHAN.
- Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas sehingga para pendengar dapat menghafal percakapannya itu.
- Kedua mata baginda selalu bercelak. Baginda sangat gemar menerima hadiah yang berupa wangi-wangian.
- Baginda tidur sangat sedikit.
- Baginda MAKAN SETELAH LAPAR dan BERHENTI SEBELUM KENYANG.
- Tidak pernah memandang rendah kepada sesiapapun dan tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain. -WAALAHUALAM..

Itula diantara sifat serta akhlak Rasulullah SAW yang sangat indah lagi terpuji. Sebenarnya sifat2 akhlak terpuji Rasulullah SAW itu ialah apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Sluruh sifat terpuji yang ada pada para rasul terdahulu ada terhimpun pada Rasulullah SAW. Jika hendak menghuraikan akhlak Rasulullah SAW ertinya kita terpaksa menghuraikan seluruh isi Al-Quran yang mulia kerana akhlak Rasulullah adalah akhlak Al-Quran.

Semoga kita sebagai umatnya ni dapat mengikuti dan mencontohi sifat-sifat terpuji baginda itu..mudah-mudahan

Sekian, Wassalam ^_^

Post a Comment

13 Comments

  1. terasa diri ini sangat kerdil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. krna itu kita perlu berusha yg tbaik dan sedaya upaya =)

      Delete
  2. Waaa,alhamdulillah terima kasih atas perkongsiannya ... :') Terasa rindu kepadanya ...

    ReplyDelete
  3. kita ni biasanya makan makanan panas-2 , bertentangan pulak dgn sunnah rasulullah . btw , thanks sharing ye kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samela sblum ni...tp lepas da tau..da xde lg nk mkn pns..paling x tgu sjuk/suam sikit bru makan/minum =)

      Delete
  4. kadang2 tu kita tau tapi kita tak amalkan..alangkah malu nyer dan berasa sangat kerdilnyer kita dengan baginda..

    ReplyDelete
  5. nice sharing dear..rasa syahdu bila baca :)

    ReplyDelete
  6. nice sharing cik yaya..
    menyedarkan kita, mana kedudukan kita skrg.. huhu.. mudah-mudahan sentiasa memperbaiki diri, cuba utk mencontohi sikap2 terpuji baginda.. huhu

    ReplyDelete