Assalammualaikum w.b.t.

Ini adalah percubaan pertama..walaupun agak menghampakan tapi masih boleh dimakan lagi..hahah..bukan xsedap laaa....tapi terbuat banyak sangat..macam nak bagi 7-8 orang makan padahal kat umah ada 3orang je..uhhuuhu..nasib baik ada jiran, jadi bagi lah kat jiran..hehehehe ^,^ Jom try wat...

Nyummyyy....slurppp! =D
Bahan2:
1 biji bawang besar
1/2 batang lobak merah
1 btg daun saderi
2 biji tomato 
(blend smua bahan diatas)
1 paket spaghetti
2 ketul isi ayam dicincang
3-4 sosej
1 tin kecil tomato puri
1 botol sos prego
Cili bangla (warna hijau dan merah)
Garam secukup rasa 

Cara masak (Spaghetti):
1. Rebus air dalam periuk.
2. Masukkan sedikit minyak (supaya spaghetti tidak melekat)
3. Masukkan spaghetti. Tutup tudung periuk dan biarkan seketika sehingga lembut. Dan kacau sekali sekala untuk mengelakkan spaghetti dari melekat.

Cara masak (Sos):
1. Tumis bahan yang dah diblend tu sampai naik baunya & mendidih
2. Masukkan ayam, sosej
3. Masukkan tomato puri
4. Tambah garam hingga cukup rasa.
5. Masukkan cili bangla.
6. Kacau sehingga sos masak dan kelihatan pekat.

Senang kan..mudah je..tapi Yaya da melakukan beberapa kesalahan semasa masak Spaghetti ni..huhu..
Kesalahan dalam memasak Spaghetti (jangan TIRU ok!):
- Spaghetti perlu dimasak dalam periuk yang besar, muat sepeket spaghetti tu. Tapi Yaya guna periuk sederhana besar (xmuat ;p), dan buatkan air yang mendidih cepat kering sebelum spaghetti tu masak..dan xdapat kacau sepenuhnya jadi spaghetti tu melekat-tak lembut.

- masa blend bahan yang perlu tu,Yaya masuk air. Sepatutnya xperlu bubuh air pon.Buah tomato tu sendiri dah banyak air. Membuatkan kuah dia jadi berlebih sangat, cair, lama jugak la nak bgi dia pekat sket..huhu ;p.

Itu je..sila ambil perhatian ok..dan ni adalah resepi masak spaghetti paling mudah Yaya rasa..sebab tengok resepi lain macam banyak sangat je bahan dia..hehe.. ;p Mana yang kurang rasa tu tambah2 la sendiri ye.. selamat mencuba! ^_^

Sekian, Wassalam =)