RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...22#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan....
Kerahmatan yang kedua, disebut di dalam surah tersebut mengenai malam Lailatulqadar seperti disebut di dalam ayat 4. Maksudnya, “Pada malam itu turn malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).”

Para malaikat dan Ruh yakni Jibril akan bersama dengan sekalian manusia di bumi. Mengapa dibezakan antara malaikat dan Jibril? Sebaigaimana kita tahu Nabi Muhammad s.a.w. adalah penghulu segala manusia dan jin. Manakala Jibril adalah penghulu malaikat. Antara nama lain bagi Jibril adalah ar Ruh.

Ar-Ruh iaitu Jibril yang diasingkan dari sebutan malaikat adalah untuk menunjukkan Jibril adalah malaikat yang paling hebat. Yang kedua, ada orang banyak salah paham terhadap Jibril, Allah sebut di dalam surah al-Baqarah ayat 98, “Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah Nya) dan memusuhi malaikat-malaikatNya dan rasul2Nya khasnya malaikat Jibril dan Mikail (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang2 kafir.

Apa yang nak dijelaskan kat sni, terlihat yang orang2 Yahudi benci kat Jibril. Kerana tugas yang dipikul olehnya. Antara tugasnya adalah menyampaikan wahyu dan memerintahkan suoaya umat islam berperang. Orang Yahudi tidak menyukai peperangan bukan kerana memperjuangkan hak asasi manusia tapi kerana orang Yahudi lebih suka kepada dunia. Jika berlaku peperangan maka banyak harta benda musnah, keluarga terkorban dan banyak kemusnahan yang merugikan mereka. Itulah masalahnya mereka membenci Jibril.

Jadi apabila para malaikat dan Ruh turun, itu menunjukkan keberkatan pada malam itu. Seperti yang disebut dalam Tafsir Ibnu Katsir, para malaikat banyak turun pada malam Lailatulqadar kerana malam itu penuh dengan keberkatan. Para malaikat turun bersama turunnya barakah dan rahmat, sebagaimana mereka turun ketika al-Quran dibaca. Sebagaimana mereka melingkar di sekeliling majlis zikir. Mereka membentangkan sayap bagi para penuntut ilmu yang bersungguh-sungguh sbg penghormatan untuknya.
Akan bersambung...

Sekian,Wassalam..=)

Post a Comment

6 Comments

  1. Amin ~
    semoga kita dapat keberkatan di bulan mulia ni
    kena juga kawal nafsu makan dan amarah
    selamat hari raya dear ^^

    ReplyDelete
  2. moga rmdhn kita dbrkati..amin =)

    ReplyDelete