RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...21#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. (1)
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2)
Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bulan. (3)
Padama malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. (4)
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (5)

Ciri utama yang ada dalam Surah al-Qadr berkenaan dengan kebaikan. Kebaikan maksud disni adalah dari sudut umur. Nabi Muhammad s.a.w. ada menyebut di dalam beberapa hadis antara maksudnya:
"umur umatku antara 60-70 tahun."
Kalau diperhatikan umur umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. adalah panjang. Contoh Nabi Nuh, masa yang digunakan untuk berdakwah pun memakan masa 950 tahun. Itu menunjukkan umur umat terdahulu dengan umat nabi Muhammad s.a.w sekarang berbeza. Umur umat terdahulu panjang, kalau nak dikira amalan mereka pun mngambil masa yang lama dan tentunya mereka lebih banyak amalan daripada kita. Dengan rahmat Allah, umur umat nabi Muhammad s.a.w. pendek, namun daripada segi pahala amalannya dilipat gandakan.
Itulah rahmat Allah yang datang pada malam Lailatulqadar. Amalan kebaikan yang dilakukan sedikit tapi pahalanya dicambahkan menjadi banyak. Allah berikan itu adalah sebagai satu rahmat. Ia juga disebut dalam Surah al-Anbiyaa':
"Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad),melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
(Surah al-Anbiyaa':107)
Dan rahmat disitu bukan sahaja dari sdut gandaan pahala, tapi juga rahmat yg merangkumi seperti disebut dalam ayat 3 diatas, "Malam Lailatulqadar lebih baik dari 1000 bulan. Seribu bulan bersamaan dengan 83tahun 4bulan. Jika dapat beribadat dengan ikhlas dan menepati seperti ciri2 yg dituntut oleh Islam maka ibadat yang kita lakukan adalah umpama beribadat 83tahun 4bulan. Itu kalau dilakukan setahun, tapi kalau setiap tahun kita tidak pernah ptus melakukan ibadat pada malam Lailatulqadar maka ia akan dilipat gndakan lagi....
Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Renung2kan & selamat beramal..
Akan bersambung..

Post a Comment

6 Comments