Alhamdulillah...genap hari ke-20 kita menjalani ibadah puasa...syukur lagi pada yang Maha Esa diri ini masih bernafas untuk menjalani ibadah yang telah difardhukan pada setiap hamba NYA..semoga dapat menjalani hingga ke akhirnya..amin..=)
Ertinya :
"Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"
(Al-Qadr : 2) .
Ye..memang yang pasti kita semua mencari malam lailatul qadar itu..pasti! Semua orang akan menempuh malam yang istimewa itu, tapi berjaya atau tidak kita mendapatkannya...?? Lailatul qadar itu diibarat seperti dimensi..semua orang boleh melaluinya tapi adakah kita dapat memasuki dimensi tersebut?
Hadis nabi menyebut:
" Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lailatul qadar itu hanya boleh dimasuki dengan RAHMAT Allah. Kenapa kita dianjurkan untuk mencarinya pada 10malam terakhir ramadhan? Kerana 21 hari berpuasa adalah latihan untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan berdoa. Selepas 21hari, kita sudah bersedia untuk memasuki dimensi lailatul qadar. Ketika itulah kita telah benar2 bersedia dan dekatkan diri dengan Allah.
"Apabila
telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam,
mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya
kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)"
( Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)
Masalahnya orang kita ni suke beno wat keje 'last minute' kannn..bila nak masuk 10malam terakhir tu la yang baru dok sibuk beribadat sedangkan malam-malam lain sejak awal Ramadhan lupa semuanya..Bila nak masuk 10malam terakhir ni la baru nak mula mgharap perkara ajaib berlaku..Tu kira ok lagi. Kalau sebelum ni yaya sendri tengok n pengalamn sendiri..huhu (mase tu naif lagi kan..xtaw betapa penting malam lailatulqadar ni) masa mula2 je la ramai orang wat ibadah..bila nak masuk waktu2 akhir, semua da sbok wat persiapan raye,..jadi ke mana ibadah 10 malam terakhir tu..lngsung xda..
Sabda nabi S.A.W.:
"Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir"
Bagusnya malam lailatulqadar ni adalah ganjarannya. Satu ibadat dilipat ganda nilainya seperti 1000 bulan beribadat. Kalau didarabkan 1,000 bulan dengan 30hari, da jadi 30k..ni bermakna satu ibadat menyamai 30k kali ibadat yang kita biasa buat pada hari biasa. Itu adalah keistimewaan malam Lailatulqadar yang tidak terdapat pada malam2 lain. Wallahualam. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui yang berhak menilai kita, samada kita layak atau tidak untuk mendapat rahmatNYA.
Di
malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan
Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
Ertinya :
"Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu
Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : "
Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat
suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Jangan riasau bagi wanita2 yang 'cuti' tu..cuti tu xbermakna cuti dari melakukan ibadah ye..ada jga pahala andai kita mencarinya..=) Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan
dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
- Berzikir
- Berdoa
- Membawa
terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
- Mendengar
bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari mp3/CD.
Insyaallah..kamu pun akan mendapat ganjaran pahala yang sama. Semua bergantung pada niat dan juga rahmat Allah..sentiasalah berharap pada-Nya..
Renung2kan dan selamat beramal..
Semoga bermanfaat.=)
Sekian,Wassalam..^_^
Renung2kan dan selamat beramal..
Semoga bermanfaat.=)
Sekian,Wassalam..^_^
6 Comments
moga2 dapat jumpa malam al-qadar. ;)
ReplyDeletemudah2han.Insyaallah..=)
Deletenice sharing.. selamat beramal yer ^^
ReplyDeleteslmt beramal jgk..=)
Deletewowww. :D semoga kite dpt menemukan malam tersebut :D
ReplyDeleteInsyaallah..=)
Delete