Doa Ramadhan
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan....
AJAL DAN REZEKI DITENTUKAN
(LAILATULQADAR)
Kerahmatan
yang ketiga adalah, firman Allah,
“Kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan
berlakunya pada tahun yg berikut).”
Berdasarkan
tafsir Ibnu Katsir, Mujahid berkata, “Malam itu begitu sejahtera untuk segala
perkara.”
Kemudian
Sai’id bin Manshur berkata: Isa bin Yunus menyampaikan kepada kami daripada
Qatadah dan yang lain berkata, “Segala urusan diatur." Ajal dan rezeki
ditentukan pada malam tersebut sebagaimana firman Allah,
“Pada malam itu diatur segala urusan yang penuh
hikmah.”
“Sejahteralah (malam itu) sampai
terbit fajar,”
Sa’id bin Mansur berkata,”Husyaim menyampaikan kepada
kami dari Abu Ishaq dari asy-Sya’bi tentang, para malaikat menebarkan
keselamatan pada malan tersebut kepada mereka yang beribadat di masjid smpai
terbit fajar.
Qatadah dan Ibnu Zaid
mentafsirkn ayat, ”Sejahteralah malam itu,” dia berkata, Malam Lailatulqadar
merupakan malam yang sejahtera, syaitan tidak boleh melakukan atau melancarkan
gangguan pada malam tersebut.”
Sekian, Wassalam..=)
2 Comments
dh masuk minggu akhir ramadhan...
ReplyDeletebtul tu...=)
Delete