Doa Ramadhan
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan..
Alhamdulillah...kita masih berkesempatan menyambut Ramadhan yang ke-17 hari ni..Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk menyelesaikan ibadah fardhu ni hingga ke akhirnya..ini adalah entri yang bersambung dengan entri yang lepas (16#) sempena Nuzul Al-Qur'an hari ni. Just for sharing.=)
Selamat membaca dan semoga bermanfaat. ^_^
Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat. Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.
Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt.
“Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran).
Berapa ramai di kalangan umat Islam
yang benar-benar menyedari bahawa al-Quran adalah merupakan mukjizat yang
paling besar diberikan oleh Allah kepada manusia. Kehebatan bahasanya,
keindahan ayatnya dan keunggulan isi kandungannya menjadikan al-Quran tidak
mampu ditandingi oleh mana-mana kitab lain. Cabaran Allah terhadap manusia dari
zaman berzaman tidak pernah disahut sehingga ke hari ini.
Di bulan Ramadhan ni, segala ibadah yang kita lakukan pahala dilipat gandakan. Dan pahala ibadah yang paling mudah untuk kita raih adalah dengan membaca al-Qur'an. Dari Ibn
Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
” Barangsiapa
membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan
tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim
‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”
Dari Abi
Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda
” Sesiapa yang membaca al-Quran
sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai”
Kesalahan besar yang dilakukan oleh Umat Islam hari ini yang menyebabkan mereka gagal menjadi manusia yang hebat dan bertaqwa adalah kerana kita meninggalkan Al-Quran samada secara sedar atau tidak sedar. Imam Ibnu Katsir menjelaskan maksud meninggalkan Quran sebagai berikut :
a. Tidak membaca Al-Quran dan tidak mahu mendengarkannya.
b. Tidak beriman dengan ajaran Al-Quran.
c. Tidak mengkaji dan memahami Al-Quran.
d. Tidak membenarkan isi kandungan Al-Quran.
e. Tidak mengamalkan ajaran Al-Quran.
f. Berpaling daripada Al-Quran kepada yang lain
Ini bagi yang kurang membaca al-Quran la kan..nak harap baca 1surah pun kadang2 kita ni malas..tahu asal puasa dah, apa ibadah yang kita lakukan sepangjang puasa?xde..jadi dalam bulan yang mulia ni rajin2lah melatih diri kita tu baca Qur'an..sekurang-kurangnya untuk melatih diri tu membaca al-Quran, ikutla seperti sabda Nabi di atas ni. Baca 10 ayat 1hari..buat tiap2 hari..bila dah lame tu, up la sikit baca tu..20ayat 1hari..Insyaallah, membaca al-Quran tu akan jadi perkara kebiasaan kita.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Berapa
banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya
kecuali hanya lapar dan dahaga.”(Riwayat Ibnu Majah)
Bulan Ramadhan inilah peluang yang terbaik bagi kita untuk mengelakkan kita daripada tergolong dalam kalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran. Apa yang penting kita mesti memastikan adanya peningkatan di setiap Ramadhan yang kita lalui dan yang kita tinggalkan. Pada yang tak taw baca al-Qur'an tu, bolehla pegi belajar dengan orang2 yang pandai mengaji, baca al-Qur'an.
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan yang mengajarkannya“
(HR Bukhari)
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Qur'an untuk pelajaran, maka
adakah orang yang mengambil pelajaran"
(QS. al-Qamar:17)
Tahu x kita baca al-Qur'an ni punya pahala yang tersendri. Contoh, bagi yang pndai membacanya dan paham, ada pahalanya, bagi yang membaca tapi tergagap2 (belajar) juga punya pahala tersendiri dan bagi yang membaca tapi tidak memahami pun ade juga pahalanya.
Menurut nabi, “Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata (tergagap-gagap) kerananya serta kesusahan maka baginya dua pahala “
(Bukhari dan Muslim)
Hasan alBashri rahimahullah berkata: "Carilah kenikmatan dalam tiga perkara:
shalat, al-Qur`an dan doa. Jika kamu mendapatkannya maka pujilah Allah
SWT atas hal itu, dan jika kamu tidak mendapatkannya maka ketahuilah
bahwa pintu kebaikan telah ditutup atasmu."
Daripada hanya mendengar bacaan Al-Quran kepada membacanya dengan penuh keimanan. Daripada membaca kepada mengkaji dan memahami. Daripada memahami kepada membenarkannya. Daripada membenarkannya kepada mengamalkannya dan mengutamakannya daripada segala yang lain daripadanya.
Sepatutnya tiap2 rumah orang Islam mempunyai kitab al-Quran juga bersama tafsirnya sekali. Supaya kita dapat memahami dan mengamalkannya. Ada ayat2 suci al-Quran untuk digantung. Digantung, tapi tidak mengamalkan ayat tersebut, maka ayat itu akan menjadi hiasan semata2 dan tidak dapat menjadi pelindung rumah kita. Tuan rumah pun kenelah amalkan setiap ayat al-Qur'an yang dibaca, yang digantung tu ye.
Jadi same2lah kita tambah amal ibadah kita dengan memperbnyk mbaca al-Quran, membaca tafsirnya juga supaya kita lebih memahami..semoga amalan kita dterima dan dberkati oleh Allah s.w.t. amin..=)
Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Renung2kan & selamat beramal..
Akan bersambung..
Sekian,Wassalam..=)
8 Comments
sama2 la kita menghayati peristiwa nuzul al quran.
ReplyDeletemudah2an chic na..^_^
Deletealhamdulillah :-)
ReplyDeletealhmdlh..=)
Deletemukjizat yg paling hebat sbb relevan dgn semua zaman ^^
ReplyDeleteye..betull..=)
Deletesalam ramadhan juga..~
ReplyDelete=)
Delete