Doa Ramadhan
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan..
DEMI MASA
"Demi masa(1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian(2) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran & nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.(3)"
[Al-Asr (103): 1-3]
Berkata Imam Syafie, "Seandainya manusia merenungkan surah al-A'sr ini, maka surah ini akan mencukupi untuk mereka."
Kenapa Imam Syafie kata macam tu, sedangkan surah ni cuma ada 3 ayat je??
Hakikatnya, surah yang diturunkan di Mekah ini mempunyai maksud yang begitu jelas, dalam membentuk kehidupan manusia, bagi meraih kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Kerana itulah ia dikatakan melengkapi keseluruhan hidup manusia.
Bukan ke masa ni pun banyak dikaitkan dengan manusia? Cube lihat ayat pertama. Didefinasikan sebagai masa, waktu atau zaman. Secara zahirnya ia menunjukkan segala perlakuan manusia samada baik atau buruk sepanjang hari, bulan, tahun atau juga sepanjang hidup. Cuba kita lihat pula disekeliling kita...lihat manusia2 yang berada disekitar kita..apa yang sedang mereka lakukan saat itu..jika perkara itu baik, Alhamdulillah..tapi kalau buruk..?
Dan Allah s.w.t juga bersumpah, manusia itu akan benar-benar terjerumus dalam kerugian dan kerosakan, selama mana mereka hidup di dunia, kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan amal soleh.
Kemudian Allah s.w.t menambah lagi dengan berfirman:
Kemudian Allah s.w.t menambah lagi dengan berfirman:
"Nasihat-menasihati untuk kebenaran."
Ia membawa maksud saling memberi nasihat, untuk melakukan ketaatan kepada Nya dan meninggalkan segala hal yang dilarang Nya. Dan Allah s.w.t berfirman:
"Saling menasihati di dalam kesabaran."
Ape maksud ayat ni? Kita sedia maklum kan yang apabila manusia ditimpa musibah dan bala bencana, pasti mereka akan lemah imannya. Jadi di snilah perlunya setiap manusia saling menasihati, supaya bersabar atas segala musibah dan takdir, serta gangguan dari orang yang menyakiti.
Menurut Ibn Kathir, orang yang menyakiti ni adalah orang yang diajak untuk berbuat baik dan orang yang dilarang berbuat kemungkaran. Sudah menjadi kelaziman apabila selesai ssbuah pertemuan sesama muslim, sama ada dalam usrah atau apa saje pasti kita akan dapat dengar bacaan Tasbih Kafarah dan surah al-A'sr.
Kenapa surah al-A'sr?
Jikadirujuk dalam tafsir Ibn Kathir, at-Tabrani meriwayatkan, dari Abdullah bin Hafsh Abu Madinah berkta,
"Apabila dua orang sahabat Rasullullah s.a.w. bertemu, maka sebelum berpisah,salah seorang di antara mereka membacakan surah al-A'sr sampai akhr utk yg lain. Kemudian salah sorng diantra mereka memberi salam kpd yg lain."
Tindakan itu bertujuan untuk mengingatkan sesama mereka tentang keperluan menjaga masa dan kewajipan melaksanakan amal makruf nahi mungkar, spy tidak termasuk dikalangan org2 yg rugi.
Jadi, same2la kita saling ingat memperingati antara satu sama lain..semoga masing2 tidak terlalu leka dan lalai dengan hal duniawi yang hanya seketika ini. Bekerjalah kamu seolah2 kamu hidup untuk selama-lamanya dan beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari..
Jadi, same2la kita saling ingat memperingati antara satu sama lain..semoga masing2 tidak terlalu leka dan lalai dengan hal duniawi yang hanya seketika ini. Bekerjalah kamu seolah2 kamu hidup untuk selama-lamanya dan beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari..
Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Renung2kan & selamat beramal..
8 Comments
noted.. nice sharing yaya ^^
ReplyDeletegud...hehe.. ^_^
Deleteerr selalu leka bila online. tq mengingatkan. :)
ReplyDeletesame la kite...
Deletekadang2 terleka..huuu
ok..thanks ye..=)
ReplyDeleteDemi masa..
ReplyDeleteSelamat Menyambut ramadhan...
ReplyDeleteslmt mnymbur rmdhan jg..=)
Delete