Monday, 28 March 2011

MAKE OVER-PART1

Hehe saje wat title make over tu...ade kaitan pon dengan keratan iklan kat atas ni....hihi..make over yang aku dpat free of chances jer...coz my mom da brblnje sakan kt Cosway tu...make over ni under cosway la..huhu..xsabar aku nk pagi utk make over ni...al maklumlah..xpenah d make over..1st time kot...hoho..yeke??erkkk ;p xkot..lupa lak sblm ni aku pnah make up utk diner last bln Jan ari tu..hihi..tapi aku suke jugak nk cakap perkataan percuma kat tepi tu...ade free for make over,hair style,photo shoot n dier bg skali pix tu nti..hihi..suke..suke suke...!! ^o^ xcited nyer aku..skali xjdi bru taw..huhu xmawla...jd..jd...!! insyalh... =) 
so..tgu je la cmne upe aku lps d make over tu nti..aku upload pix nti klo jd p..huhu ;p (jdi3!!)

p/s: aku g dengan my superhero la...hihi...bia tgu lame...wekk ;p hoho
ok da....   

ROSE ESSENCE SLEEPING MASK

Bioglo-Rose Essence Sleeping Mask
Hehe...saje nk tunjuk produk bru beli n bru jerrr pakai...untuk kegunaan malam...bau pon wangi..paki time mlm sblum nk tido je..pkai ckit je n ratekan seluruh muke..xlame lps tu da rase kulit tegang cikit...besh!!hihi aku suke!! product from Cosway ni...beli sebab bulan ni ade discount...huhu... ^o^  actually mula nk beli dari product bio essence..yg sleeping mask tu..tp ongkos tak mencukupi..hihi..mayb next time..or kalo product from Cosway ni pon ok..gne je la..mura ckit..hoho ^o^ 
anyone want to tyr???? ^_^ 


Sunday, 27 March 2011

Thursday, 24 March 2011

KEBETULAN KEWW....????



Mase tengah mcj dengan si dia..aku tibe saje je bagitaw yg aku tengah skit mlt..huhu
"mlt syg skit.kne ulser.um.skt sgt"-aku bgtaw..hihi saje nak mengada ;p
"..hehe..abg ingat abg xbagitaw.abg nk tngung sowang je..abg pon same taw.."-dier plak bls. Aik..??aku da pelik......umm @_@??
"em..yeke..??" tanye aku yg kurng pcaya..huhu 
"..yup!kat bbr bawah..blh knn..syg plak?"
haaaa....aku makin pelik...kebetulan!!??
"hah?tipu!..nk tengok.."
"Sumpah..abg tny syg ni...syg kne ktne..??"
"Same!! hehe kebetulan keww..??"
"..xla..biase jd cmni..abg ni spesel ckit..abg klo syg sakit msti abg dpt jgk...da lame x syg kene?abg dr isnin.."
"Um.same jgk..tp isn tu xdela sakit sgt...taw2 je da besa mcmni..huhu.."
"..Kdg2 la..cmnila keadaannye..xtaw nape..mgkn sbb syg sgt kot..kuasa cinta kan..."
ohohohoh....aku yg mdengar ni senyum jela... =) hrap2 nye betul...umm...
tp lepas tu gado pla...adoii...bmslh btol aku ni..tiap ari ajak gado..huhu..ummm...
cedei.... kcewe sgguh...

p/s: i'm so sorry coz hurt ur feelings..u juz too gud for me..hmmm

Sunday, 20 March 2011

SENJA YANG MENGISAFKAN


" Elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. 
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang , Begitu juga dengan
isterinya,Julia.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok.
Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak 
apa... . jangan laju sangat bang, Julia 
takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya 
memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa... ." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan... .di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan... .. BANG!!.

"Julia... .bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda... .mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat. "Maca mana dengan suami Julia mak,
abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati ! nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar... ... . dan Julia tersengih keseorangan.

Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Moral cerita: Solatlah Asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu
anda.
Heeeeee heeeeee..... ..

SEBAGAI TANDA SHABAT SALING MENGINGATI

Hanya Ingin Mengingatkan .... 


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...  
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.



Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...... 

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.



Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
 
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
 Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan 

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 

Saturday, 19 March 2011

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH AYAT-AYAT AL QURAN ALKARIM

Assalammualaikum w.b.t.

1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)                 
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)                 
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya,seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan  rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu,ia dikira mati syahid.Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.mengatakan:Barangsi apa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)              
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali,nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca
oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
            
9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
         
10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

13) SURAH AL-HUD (Hud)   
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.Barang siapa membaca ayat 112 dari surah
ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari  kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

15) SURAH AR-RA'D (Petir)    
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungan gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

19) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)    
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

20) SURAH AL-KAHF (Gua)      
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki  yang murah.

21) SURAH MARYAM (Maryam)     
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

24) SURAH AL-HAJ (Haji)   
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

25) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

26) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

27) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

28) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

29) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)              
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

32) SURAH AR-RUM (Rum)    
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya

33) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir,nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

35) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasa musuh-musuhnya.

36) SURAH SABA' ( Saba ')                  
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

37) SURAH FAATHIR (Pencipta)  
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda :"Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat,Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.Barang siapa membaca sekali ketika  membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam,andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

40) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati

SATU TITIK HITAM

HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabk an oleh Allah pada akhirat kelak.

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama:Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua :Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 2 8)
Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan 
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Adab Membaca Al-Quran

Disunatkan membaca al-Quran selepas berwuduk dan dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.
Mengambil al-Quran dengan tangan kanan. Sebaik-baiknya memegangnya dengan kedua-dua belah tangan.
Disunatkan membaca al-Quran di tempat yang bersih seperti di rumah dan surau. Paling utama di masjid.
Disunatkan membaca al-Quran menghadap ke kiblat. Membacanya dengan khusyuk dan tenang.
Ketika membaca al-Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca al-Quran bersihkan mulut dan gigi terlebih dulu.
Sebelum membaca al-Quran disunatkan membaca ta?awwudz yang berbunyi: A?udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dulu perlindungan Allah, supaya dijauhi daripada pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang pada waktu membaca al-Quran.
Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta?awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya hatinya menjadi terang. Doa itu bermaksud: ?Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.?
Disunatkan membaca al-Quran dengan tartil iaitu dengan bacaan yang perlahan dan tenang.
Bagi yang sudah mengerti maksud ayat al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran ayat yang dibacanya. Cara pembacaan seperti ini yang dikehendaki iaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memerhati dan memikirkan maksud yang terkandung dalam ayat yang dibaca. Dengan itu, ia akan sampai kepada hakikat sebenarnya iaitu membaca al-Quran serta mendalami isi dalamnya.
BACALAH ANDA SEMBELUM ANDA DIBACAKAN DENGAN ALQURAN DAN YASSIN

DOSA DATANG DALAM 4 PERINGKAT

Dosa Peringkat Pertama
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, 'Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. 'Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, 'Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini.' Rasullullah menjawab,' Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap.' Sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut'. Rasulullah menjawab, 'Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.' 

'Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.' ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

KOREAN FASHION










































All this Korean fashion style picture I got from this blogger http://puteri-fashion.blogspot.com/ .All for sold and anyone that interested with this and want to know more about their things, can just visit they blog ok..tq! hihi sempat promote.. ;p  =) 

Friday, 18 March 2011

Hanya Kamu

Selamat ulang bulan kite..hihi ulg uln pon nk smbut keww?? Aip!! xsemestinye taw..macam sy dan dia..bru je..masing2 hubungan sebelum ni dengan orang terdahulu xsmpai 3buln..jd amat suke bile mnybut kali ni..ini menunjukkan masing2 bleh tahan sbar diri masing2..sebab bukan senang kami ni..ade je prob..tp tengkiu to my sweetheart yang tlh bnyk bersabar dengan sy...hanya orang yg kuat mental je bleh bersma sy kan sygku...hihi mmuaahh..
Da ngntuk+penin pale nk tdo da...

p/s: Terima kasih abg..bnyk bersabar dengan syg...syg kamoo sgt3...moga hbgn kita berkekalan...



Owh my..!!!

Sangat TERKEJUZZTT....!!!!!
Betapa xcited nyew ari ni bile mengenangkan appointment with one of popular slimming centre in Malaysia ni..buy from some company Advertising to get 3bonus treatment..sound cam besh jek kan...tp mmg besh la..cume..cam biasela..bile p kat tempat2 macam ni telinga memang kene tahan r kan...dlm masa yg sama geram p0n aderr...pasai per??erm..adela...huhu....

1st time dtg actually..tempat ok la kot...aku nye appointment kol 7pm..huhu..cian x..smpi lewat ckit sebb jln jem+banjir kt jalan kua uma aku tu.smpai da la tlewat ckit..pastu sampai sane je kene isi borang. then dia bawak g timbang ngn uko tinggi. And nk taw pe yg terkejuznyer?? Berat aku da naik ke tahap maksima!!!! Owhh TIIDAAAKKKKKK!!!!!!.........................punye nak nangis aku sebab berat aku naik dengan menggileerr..hhu . Tapi aku wat relax je depan consultant tuh..h0hoo..cover la konon ..;p pastu kene dengar dia si consultant tu leww membebel lagi..aku ingat boleh cepat..tp lambat gak....dekat 15min die potpet2...tension lak aku yg mendengar ni..lpas tu masa die citer tentng pakej yg dia ade..aku pon cam xcited r kan..yela..berat da nek sape yg nak..klo bdn gmuk...kan..gabra la aku..mcm2 yg aku pikir..antaranya : -xnak makan nasi lagi la..,nk diet la, pose la, makn bskut ngn roti je la..huhu..fobia siutt..

Nak dipendekkan citer..aku wat treatment untuk massage..ermm..ok la..k0wt.aku jenis orang xkisah..kalo orang jenis cerewet tu msti bnyk yg d komplen nyerr..huuuu =0 Lagii...aku fobia bukan sebab pe..gmuk tu..aku penah lalui..mse dulu..sekarang ni da ok ckit..walau ade part2 yg sush untuk di hilangkan lemaknyer..sampai begitu ketara bile dilihat .. hohoh0h0 ^o^ so bile jadi perkara cam skunk ni aku tension r..tkt aku jadi balik sprti dlu..OWWHH NOOO!!! katakan TIDAKKKK!!!...huu  -_-'' tp yg best bdn aku jnis cepat turun bile kurng makan..erm..jadi ingt strt sok xnk mkn nasi dah samapai aku rase berat aku da ok...umm..bole ker??erkkk ;p YAYA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! hehe,..
Owhh yeeaa!!

Popular Posts