بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
25 Jamadilakhir 1446H | 27 Disember 2024
“Jangan seronok sangat jika belum diuji. Boleh jadi Allah dah tak pandang kita lagi..”
Ada orang yang seronok sebab belum diuji, ada orang yang berbangga sebab belum duji. Siap dia meremeh dan merendahkan lagi orang yang sedang diuji
“Baru diuji macam tu, dah tak boleh tahan. LEMAH!”
Walhal dirinya belum pun diuji, tak sedikit pun pernah menerima ujian dari ILAHI. ALLAH bagi segala nikmat dunia, ALLAH bagi segala apa yang ada, ALLAH mudahkan urusan dia, murahkan rezeki semuanya bersebab.
Kenikmatan yang melalaikan, kemudahan yang membuatkan semakin lupa diri dan hanyut dalam duniawi. Ianya adalah kesenangan untuk orang yang DIA murkai. Na’uzubillah min zalik🥺
Tanda ALLAH sayang hamba Nya adalah melalui ujian. Belum beriman seseorang hamba ALLAH itu selagi dirinya belum diuji.
ALLAH meletakkan kamu di tempat yang sekarang bukan secara kebetulan, tetapi kerana DIA tahu itulah yang terbaik untukmu. Ujian yang kamu hadapi adalah latihan untuk menjadikanmu lebih kuat dan hebat.
Firman ALLAH SWT:
‘Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.’
(Surah Al-Insyirah, 94:6)
Bersangka baiklah kepada ALLAH, kerana ketetapan-NYA tidak pernah sia-sia ☺️❤️
Wallahu'alam.
Sesibuk mana pun kita jangan tinggal solat, istighfar & selawat pada Baginda SAW =)
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
0 Comments