KONSEP REZEKI - PERCAYA & REDHA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

18 Zulqaedah 1444H | 07 Jun 2023
Kredit ayat : Kak Sha

Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Allah beri.

Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.

Kau tengok pula sirah 'Aaishah. Kahwin dengan Rasulullah, tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.

Tuhan hantar Nabi Musa As ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke Syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Tuhan hantar Nabi Nuh AS untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Banyak yang kita boleh pelajari berdasarkan kisah-kisah Para Anbiya dan sahabat. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama.

Macam zaman kita sekarang, orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Bagi yang sudah berkahwin, ada suami, ada isteri masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Perlu ada ilmu rumahtangga. Boleh dikata WAJIB bagi semua pasangan untuk punya ilmu dan faham agama. Bila salah seorang atau kedua-duanya tidak melakukan yang wajib mereka lakukan dalam rumahtangga, maka akan tercatitlah satu dosa. Ya. Bukan mudah dan jangan ambil ringan hal ini. Betul, syurga isteri dibawah tapak kaki suaminya tapi sebab suami, isteri boleh ke syurga atau neraka dan begitu juga sebaliknya. Apabila tiada ilmu, dan masing-masing cetek dan lemah iman, maka boleh terjadi perceraian seperti yang sudah banyak berlaku di akhir zaman ini.

Bila dikurniakan anak, bertambah pula tanggungjawab suami isteri sebagai ibu dan ayah. Si anak juga boleh menjadi penyebab untuk ayah ibu ke syurga mahupun neraka.
Yang belum bertemu jodoh, yang belum dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab tertentu, dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Untuk yang bujang atau belum berkahwin, inilah masa nya untuk anda terus berbakti pada ibu ayah jika masih ada. Jika keduanya sudah tiada, jangan bersedih, teruskan amal ibadah anda, sentiasa tambah dan perbaiki amalan diri sendiri. Jangan terlalu sibukkan hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan diri. Kumpul 'saham' untuk di hari akhirat kelak. Anda tidak akan rugi apa pun jika tidak jumpa jodoh yang sesuai. Percayalah Allah dah sediakan yang terbaik untuk hambaNYA di akhirat sana .

Pasangan yang belum dikurniakan zuriat juga sama seperti yang bujang. Maksud Yaya, sentiasa tambah dan perbaiki amalan diri masing-masing. Perbaiki cara hidup, kerja, hubungan suami isteri, keluarga mertua masing-masing, orang-orang sekeliling. Berbahagialah dengan cara anda sendiri. Allah dah beri banyak masa dan peluang hidup berdua suami isteri, jangan merendah pasangan masing-masing juga. Jangan menyalahkan satu sama lain. Perlu faham konsep rumahtangga sebenarnya. Jangan putus asa dengan Allah.

Semua orang punya peranan masing-masing dalam hidup ni. Sentiasa utamakan tanggungjawab dan tugas KITA sebagai hambaNYA. REDHA dengan segala yang telah ditentukan dari DIA untuk kita. Apa yang ALLAH beri itu sebenarnya itu adalah paling baik dan sempurna untuk kita.

Jadi, sebelum nak terus mengeluh tentang itu dan ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Bila dapat apa anda nak, tak semestinya boleh terus bergembira. Bila tak dapat apa anda nak, tak semestinya tak boleh bahagia.

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang dititiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan diri ke syurga. MASYAALLAH

So..again and again..

*"Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri."*

Ya! Yang penting, kau percaya.. kalau dah itu takdir kau, itulah yang sebaik-baiknya. Dialah Sebaik-baik Penyusun

Kau hanya akan bahagia kalau kau terima.
Sekadar ingatan untuk semua terutama diri sendiri yang sering leka dan alpa.
Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat buat semua.
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

18 Comments

  1. setiap makhluk Allah tu ada bahagian rezeki masing2. kita krg part ni tp Allah beri kelebihan yg lain. usah cemburu atau memperolok olokkan rezeki org. yg penting kita belajar bersyukur agar tidak menjadi hamba yg kufur nikmat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk peringatan. Kadang2 kita lupa dengan jaminan rezeki Allah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabarakallah. Moga kita sama2 beringat. terima kasih singgah sini =)

      Delete
  3. Dalam kehiudpan dunia nia simple.. Doa - Usaha - Tawakkal..
    Allah tak pernah menzalimi hamba2 nya

    ReplyDelete
  4. ayat2 yaya ni menginsafkan nina sbb kadang2 manusia ni dia lupa nk bersyukur.. apa pun nice sharing. kena bersyukur dgn rezeki yg Allah berikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. yaya kongsi untuk jadi ingatan kat diri sendiri jgk. biasala manusia ni kan nina..kadang leka dan lupa utk bsyukur dgn apa yg ada depan mata. sbb tu yaya kena selalu tgok ceramah dan motivasi spy tak lupa. bila dapat sesuatu ilmu pula, mmg akan share spy org lain pun dapat ilmu jgk ^_^

      Delete
  5. Tq bagi kata-kata semangat.

    ReplyDelete
  6. Singgah balas dan follow Yaya semula.
    Penulisan yang sangat bagus. Terima kasih kerana mengingatkan. Semoga kita semua rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang Allah beri.

    ReplyDelete
  7. Macam-macam ujian kita kat bumi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIA beri apa yg kita mampu hadapi. InsyaAllah =)

      Delete
  8. Rezeki utk setiap hamba Allah itu telah ditetapkan sentiasa berserah dan bersangka baik.. Doa adalah senjata terkuat sebagai seorang muslim..

    ReplyDelete