بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
28 Rabi'ul Akhir 1444H | 23 November 2022
Saya perasan sangat. Dekat mana-mana kereta mewah orang Dubai mesti mereka tampal sticker MASYA-ALLAH. Antara usaha untuk elak ain. Betapa mereka takut jika mata-mata manusia kagum dengan kekayaan yang mereka ada.
Di Malaysia saya perasan ramai yang letak kalimah syahadah di cermin belakang kereta. Ini juga satu usaha yang baik.
Sebenarnya ramai jutawan-jutawan di malaysia atau disini yang tidak mempamerkan kekayaan mereka di media sosial walaupun ada 3 biji kereta Ferrari di rumah dan mempunyi banyak perniagaan yang berjaya.
Sehinggakan saya dapat tahu Founder kilang perfume di dubai ini mempunyai private jet dan sentiasa berulang aling ke US dan seluruh dunia untuk lebarkan perniagaan mereka.
Setakat dalam carian saya, tidak jumpa lagi gambar beliau bersama jet di instagram mahu pun facebook buat video murahan joget sana sini untuk jadi femes atau dengan caption
“nak berjaya nak jadi jutawan jangan tinggal solat dhuha, taat ibubapa, jangan tinggal sedekah pagi”.
Di Malaysia masih ramai mulakan perniagaan dengan sanggup menjatuhkan maruah sendiri. Sanggup dedah aurat, sanggup joget di depan camera untuk dapatkan followers. Sanggup jadikan Agama sebagai contents.
Kena kecam tak kisah sebab cara ini mereka akan dapat pelanggan lebih ramai. Selepas itu buat video permohonan maaf menangis depan camera dan akhirnya lancarkan produk baru.
Cukup-cukuplah kita follow dan jadikan orang begini sebagai inspirasi dalam dunia perniagaan dan buanglah budaya nak kembangkan perniagaan kena pamer segala kekayaan yang kita ada sehinggakan tempat tidur pun nak kena tunjuk kepada dunia luar yang kita ada tempat tidur yang mewah.
Ingatan bersama supaya kita tak lalai.

-EncikMatt-
Sumber : Muhammad Hassan
~~~~~~~~~~''~~~~~~~~~~~
Masih ramai lagi yang tidak tahu akan wujudnya 'AIN'. AIN yang dimaksudkan disini bukan lah nama kakak mahupun adik anda ye. Bukan juga nama kawan kawan rakan taulan sedara mara dan sewaktu dengannya.
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang.
Di dalam hadis baginda Rasulullah ﷺ bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.
Dalam kitab وسائل الرسول على شمائل الرسول ﷺ disebutkan terdapat cara untuk mengelakkan penyakit Ain, iaitu kita berkata (sesuatu perkara yang kita takjub):
1- اللهم بارك فيه
2- ما شاء الله لا قوة إلا بالله
Syeikh Muhammad Abdul Rahim Al-Wasobi hafizhohullah , ketika mensyarahkan kitab ini, beliau menyebutkan:
"Peliharalah diri kita apabila berhadapan dengan perkara yang kita takjub dengan menyebut
ما شاء الله لا قوة إلا بالله
Pakai baju cantik, bawa kereta cantik, tengok² anak buat perkara yang baik, tengok isteri kita taat dan khidmat, maka bacalah kalimah tersebut. Kadang ucapan yang tidak sepatutnya diucapkan adalah umpama racun yang menyerang kepada siapa yang kita ucapkan.
FAKTA-FAKTA TENTANG AIN
1. Ain bukan sejenis ilmu sihir. Ain dia ada begitu saja di tubuh seseorang. Ain tidak boleh di pelajari.
2. Ain lebih bahaya dan lebih sering membuat seseorang meninggal dibanding sihir (santau, dan sejenisnya).
3. Ain boleh ada di tubuh orang yang ahli alim agama, biasa dan orang yang sering berbuat dosa
4. Pemilik ain dia tidak sedar dia ada ain di dalam dirinya
5. Ain biasa terkena kepada orang-orang terdekat dan yang tersayang kena penyakit ain
6. Jika kita kebetulan ada ainnya maka agar tak terkagum atau tidak sedar saat kita memuji atau mengagumi sesuatu, ucapkanlah SUBHANALLAH atau MASYAALLAH sebelum memujinya
7. Petanda sakit Ain, jika mengenai akan rasa belikat belakang ,akan membuat tulang belikat sakit- mencucuk-cucuk badan kurus walau makan banyak dan cukup zat. Menangis siang malam tanpa sebab yang jelas.
Jika anak yang dulunya periang akan menjadi pendiam, suka menyendiri tidak fokus dalam pelajaran dan jadi kuat memberontak.
Jika terkena pada orang dewasa, akan mempunyai penyakit yang susah di sembuhkan,sering menguap, dada berdebar debar, sering mimpi dengan orang yang sama dan tak bergairah dan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.
8. Dalam hadits di sebutkan kelak banyak orang islam yang meninggal kerana ain.
Mungkin kerana seiring bergantinya zaman orang islam tidak paham apa itu sakit ain dan tidak ambil peduli itu dan ketika sakit di rasakan sakit biasa dan terus berubat ke klinik, sampai ajal menjemput padahal penyebab utama sakitnya kerana Ain.
9. Ain tidak hanya mengenai manusia,
Boleh juga terkena pada haiwan ternakan, tumbuhan dan benda mati seperti rumah, kereta dan motor .
Makanya Nabi sampai berpesan: jika kamu melihat sesuatu yang mengagumkan pada saudaramu baik dirinya maupun hartanya maka doakanlah keberkahan untuknya kerana sesungguhnya ain itu nyata
10. Pemilik ain tidak memiliki ciri khusus. Kita tahu seseorang atau diri kita sendiri punya ain setelah kita terkena.
11. Tahukah Anda, ada sebuah masyarakat di suku pedalaman yang kalau tidak bisa menebang suatu pohon, kerana kukuh dan kuatnya pokok tersebut maka mereka akan berdiri mengelilingi pohon sambil berkata:
“mati kau wahai pokok",dan menyumpah2 pokok tersebut setiap hari
Mereka lakukan itu setiap hari sampai pokok itu benar-benar mati oleh ain atau dari salah satu mereka
12. Perhatikan kucing saat mengintai cicak. Kucing hanya terus melihat cicak tersebut ,lalu cicaknya ada yang terus jatuh turun kebawah hingga kucing menerkamnya.
Ada kemungkinan kucing itu sedang melemparkan ainnya. Wallahua'lam
13. Walaupun kita tidak tahu soal ain, orang tua zaman dahulu tahu kadang memuji perempuan menyebabkan sakit maka mereka mengucapkan kalimat sebaliknya seperti tidak cantik , huduhnya dia
Tapi bukan itu yang di ajarkan islam, tetaplah memuji tapi dahului dengan menyebut asma Allah
14. Perubatan terbaik dari ain adalah dengan mandi dari bekas wudhu penyebab sakit ain.
Ini sesuai pesan Nabi: jika ada yang memintamu berwudhu ( Mahu di ambil bekas wudhunya buat mandi) maka berwudhulah kerana sesungguhnya ain itu nyata.
15. Ain, selain boleh terkena oleh seseorang (manusia) boleh juga di kenakan dari bangsa jin dan Iblis .
Ciri-ciri yg terkena ain dari bangsa jin adalah ada tanda sufah (bisa kuning,bisa hitam) di wajahnya. Warna ini berbeza dengan warna kulit wajahnya,tapi bukan kudis atau panau.
~~~~~~~~~~''~~~~~~~~~~~
Berikut, dilampirkan serba sedikit doa-doa untuk mengelakkan dari penyakit ain.
1- اللهم بارك فيه
(Ini jika kita doakan kepada orang apabila kita kagum dengannya)
2- ما شاء الله لا قوة إلا بالله
(Jika kita takjub dengan sesuatu)
3- تحصنتُ بالله الحي الْقَيُّوم الذي لا يموت أبداً ، ودفعتُ عن نفسي السوء بلا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
(Perlindungan diri sendiri)
Tambahan:
Kata Habib Hussien Al-Haddar hafizhohullah dari gurunya Habib Zein bin Sumait hafizhohullah Taala: Antara amalan lain untuk mengelakkan penyakit Ain ialah:
Banyakkan berselawat kepada baginda Rasulullah ﷺ. صلوا على النبي
Maka, selepas ini, ketika kagum sesuatu janganlah menyebut seperti:
Fuiyoo - Fullamak - Power - Smart Gila - Very Beautiful - Smart Gila Bak Hang dan lain-lain ucapan yang bombastic 😄
Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir
Darul Fath Wal Madad
*Afwan, hanya sekadar catatan ringkas dari fawaid Syeikh yang begitu banyak.*
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Semoga keluarga kita sentiasa dilindungi oleh panahan mata Syaitan Iblis Dan SAKIT AIN. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
3 Comments
Baru saya tahu/faham betul-betul mengenai ain.
ReplyDeleteAlhamdulillah. kira pengetahuan AM ni. semua org patut tahu..jadi xdela orang sesuka hati pamer@tunjuk segala yang dia ada atau selfie sesuka hati ..kalau terkena AIN diri sendiri yg susah
Deletemasih ramai tak faham pasal ain.. ia bukan lah nama semata2
ReplyDelete