BUAT SEGALA PERKARA KERANA ALLAH SWT

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

27 Rabi'ul Akhir 1444H | 22November 2022
kredit gambar : santapan minda
Libatkan Allah Sekecil apapun dalam kehidupan kita. Tiada kata yg lebih indah daripada "Ya Allah" ketika kita dilanda banyak masalah..

Pernah rasa bersedih.... berkatalah "Ya Allah"
Pernah rasa buntu..... berkatalah " Ya Allah"
Dan pernah rasa putus asa.... berkatalah " Ya Allah"

Selalulah ingat kepada NYA dan Datanglah kepada NYA , dan luahlah hanya kepada NYA...karena hanya dia yg dapt keluarkan kita dari setiap permasalahan itu.

Libatkan DIA dalam setiap urusan kita di dunia ini agar hidup kita menjadi mudah.

Hidup ini Bukan Untuk Di Tangisi,
Hidup ini adalah Untuk Di Jalani & Di Syukuri.
Setiap Langkah Memberikan Kebaikan,
Setiap Langkah Memberikan Kebahagiaan.

Apa Yang Kau Cari Ada Di Dalam Dirimu,
Apa Yang Kau lihat Ada Di Dalam Ketaqwaanmu.

Ingatlah Pertolongan Allah Swt Bagi Orang Yang Bertaqwa, Hadirnya Tidak Pernah Kita Duga, Hadirnya Tidak Kita Sangka.

Terkadang Pertolongan Allah Swt Itu Pasti Bagi Mereka Yang Bertaqwa Dan Percaya PadaNYA.

"Barang Siapa Bertaqwa Kepada Allah Swt, Niscaya DIA Akan Mengadakan Baginya Jalan Keluar Dan Memberinya Rizki Dari Arah Yang Tidak Di Sangka Sangka.

"Dan Barang Siapa Berserah Diri Kepada Allah Swt Niscaya Allah Akan Mencukupkan Keperluannya, Sesungguhnya Allah Swt Melaksanakan Urusan Yang Di KehendakiNya.

Sesungguhnya Allah Swt Telah Mengadakan Ketentuan Ketentuan Bagi Setiap Sesuatu.

"Dan Barang Siapa Yang Bertaqwa Kepada Allah Swt Niscaya DIA Menghapus Kesalahan Kesalahannya, Dan Melipat gandakan Pahalanya,

(QS.Ath-Thalaq 2-3)

👉🏻 Sabda Nabi Muhamammad SAW:
"Ubatilah Orang Yang Sakit Dengan Shodaqoh, 
Bentengilah Harta Kalian Dengan Zakat Dan Tolaklah Bencana Dengan Do'a,"
(HR. Baihaqi)

Allahumma Yassir Wa Laa Tu'assir,
Ya Allah, Mudahkanlah Jangan Di Persulit,
Aamiiin..
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

5 Comments

  1. biar Dia yg balas dan bagi ganjaran

    ReplyDelete
  2. Lupa kadang-kadang. Tq ingatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. diri sdri pun mmg selalu lupa. manusia kan..jadi sentiasa la ingat mengingatkan sesama kita.. =)

      Delete
  3. in shaa allah.. buat perkara kerana Allah

    ReplyDelete