BERHENTI MEMBUAT PERBANDINGAN

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

15 Rabi'ul Awal 1444H | 12 Oktober 2022

“Sudah-Sudah lah Bunuh Jiwa Dengan Asyik Membandingkan Diri Dengan Orang Lain.”

Nampak macam perkara biasa. Tapi ya,ini lah realiti hidup.Kita pantang tengok orang lebih dari kita,pasti kita akan label diri sendiri sebagai seorang yang gagal.

Kita kuat memberontak sana sini.Kita seolah-olah anggap hidup kita suram,tiada masa depan.Sedangkan kita terlepas pandang rezeki di depan mata.

Kita lahir dari keluarga yang supportive,makan minum cukup,ada tempat tidur yang selesa.Tetapi kita masih rasa semua tidak cukup.

Sedangkan tiap fasa kehidupan ada perjalanan yang tersendiri.Setiap perjalanan ada dugaan yang tersendiri.

Dan perjalanan dan dugaan kita adalah tidak sama.

Kita terus tekan diri sendiri sehingga membunuh jiwa tanpa sedar.Akhirnya,diri kita sendiri adalah penyebab jiwa kita terdorong ke lembah kehancuran hidup.

Ada orang gaji dia besar, tapi tuhan uji dia dapat anak down syndrome. Rupa-rupanya rezeki gaji besar dia untuk bahagiakan anak istimewa dia.Dalam hidup senang dia ada ujian.

Ada orang dia dapat kerja stabil,tetapi dia datang dari keluarga yang susah. Rezeki yang dia dapat juga adalah untuk dikongsi bersama keluarganya di kampung.

Ada orang datang dari keluarga orang berada. Hidup serba senang dan mewah. Tetapi tuhan uji dia dengan ujian kerjaya.

Tuhan dah susun cantik-cantik jalan hidup kita. Siang malam kita asyik fikir nasib hidup kita sampai seksa mental sendiri,

“Akhirnya kita adalah punca mengapa mental kita terus sakit.”

Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan hidup.

Hidup kaya raya pun diuji,
Pandai dalam pelajaran pun diuji,
Wajah cantik dan kacak pun diuji,

Kehidupan adalah proses,jika jatuh,sila bangun. Kalau penat berehat sebentar,kemudian teruskan bangkit tanpa menoleh ke belakang.

Sudah-sudah lah asyik membuat perbandingan hidup,tidak semua orang ada apa yang kita ada.

“Kehidupan adalah pengembaraan dan proses pembelajaran,bukannya perlumbaan.”


Penulisan ini dikongsi semula bagi membangkitkan jiwa-jiwa yang sedang dilanda ujian hidup.
-Aidil Adha-
Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

3 Comments

  1. Allah mencipta perbezaan supaya kita melihat kebesaran-Nya

    ReplyDelete
  2. zaman skrg hidup byk membandingkan org. semoga nina tak berperangai mcm ini membandingkan hidup sendiri dgn org lain

    ReplyDelete
  3. semoga kita dijauhkan dr sifat suka membandingkan sesuatu

    ReplyDelete