TIADA ANAK YANG NAKAL, CUMA ORANG TUA YANG KURANG SABAR

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

14 Safar 1444H | 11 September 2022
TIADA ANAK YANG NAKAL. YANG ADA HANYALAH ORANG TUA YANG TIDAK SABAR

Seseorang menegur saya.
" Kau cakap dgn anak mcm kawan kan . Tak tengking tengking, marah marah.elok je cakap bebaik"

Saya senyum....

Sebab saya sendiri tak suka ditengking, diherdik atau dimarah marah. jadi saya elakkan buat pada orang lain walaupun anak sendiri.

Apabila saya meminta anak melakukan sesuatu, saya berikan dia sedikit masa kalau dia sedang bermain atau tengah buat kerja lain.

Saya tidak memaksa anak anak mengikut kehendak saya ketika itu juga. Cukup saya berikan signal yg saya perlukan pertolongannya. Sampai masa dia akan bantu dengan rela hati.

Pernah dulu saya kerah Aqeel. Bantu saya cuci pinggan serta merta. Sedangkan dia tengah seronok bermain game. Dia tolong saya dengan hati membengkak. Menghempas pinggan di sinki. Buat kerja dalam terpaksa. Dia tidak rela melakukannya

Lalu saya mendekatinya.

"Kalau rasa tak ikhlas nak tolong ibu tak payah basuh. Nanti ibu basuh sendiri. Dari berdosa sakitkan hati ibu lebih baik jangan buat.Tak apa ibu boleh basuh. Biarkan aje"

Terkesan dengan kata kata saya dia mula basuh dengan elok. Tiada lagi bunyi hempasan di sinki. Tak perlu tengking dan marah. Cukup sedarkan apa yg dia sedang buat itu salah.

Saya usap belakangnya.

"Terima kasih anak soleh sebab tolong ibu, byk dpt pahala tolong ibu hari ni " Dia mula tersenyum.

Belajar berterima kasih juga dengan anak anak walau pertolongannya sekecil mengutip sebutir nasi yg jatuh dilantai. Tanda kita hargai setiap perbuatan baiknya. Beli jiwa anak anak dengan kata kata bahagia.

Mereka akan rasa kita sangat menghargainya. Sebagaimana kita juga mengharapkan anak anak menghargai kita dengan penuh rasa cinta. Sebolehnya saya elakkan menyakiti fizikal anak anak. Saya selalu bayangkan kalaulah saya dipukul sakitnya bukan hanya ditubuh tapi akan berbekas dihati. Saya tidak mahu anak membesar dengan memori sedih disepanjang hidupnya.

Saya juga tidak suka berleter dengan anak. Cukup sekadar menegur kesalahan dan meminta anak anak perbaiki kesilapan. Paling lama saya berleter hanya 2 minit 😅 itupun sudah cukup lama rasanya.

Bagi saya teguran yg ringkas, padat dan tepat akan terus masuk ke otak anak. Berbanding leteran yg panjang, lama lama otak pun menolak.

Segala input jadi kucar kacir . Sudahnya anak tak dengar pun apa yg ingin kita sampaikan.
Akhirnya kita tak dapat hasil yg kita mahukan

Contoh kita buat nota padat kita akan lebih mudah ingat berbanding huraian panjang lebar dibuku yg terpaksa kita hafal dan hadam dalam jangkawaktu yang lama. 

Saya selalu memanggil anak anak saya dgn panggilan "anak soleh" atau "ahli syurga"

"Terima kasih anak soleh sebab tolong ibu"
"Terima kasih ahli syurga "

Mudah mudahan kata kata itu Allah angkat menjadi doa 🙏Saya bukanlah ibu yang baik.
Tapi saya selalu mencuba sebaiknya menjadi baik kepada anak anak saya.

Kerana saya percaya dalam dunia Ini tiada anak yang nakal. Yang ada hanyalah orang tua yang tidak sabar.

Semoga Allah mengurniakan setinggi tinggi kesabaran kepada kita semua demi menjaga amanah Allah SWT ini.
Aamiin ya Allah ya mujib.

Kredit: Juraini Kadir

Nota diatas Yaya copy paste ye. Sebab rasa ia satu perkongsian yang bagus untuk yang sudah bergelar ibu bapa yang ada anak kecil. Kalau anak yang dah besar tu lain sikitlah caranya kot huhu. Yela, kita kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya, ye tak 😇
Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

3 Comments

  1. betul kena tegur dan ckp elok2 walaupun anak baru setahun lebih tp nampak hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye btul..kalau bole tunjuk yg baik sejak bby lagi..tiap hari dia tgok, insyaAllah akan beri impak positif pd dia dikemudian hari kan

      Delete
    2. ya.. nk anak dgr ckp kena ckp baik2 baru menjadi, kalau marah xmenjadi

      Delete